Asyik citer benda-benda remeh je kan daku ni. So hari ni nak tulis resipi semula. Resipi kek span yang sangat mudah.
Bahan-bahan :
300g tepung optima/ sponge mix ( daku suka pettina sponge mix sbb kek naik gebu n texture kek halus)
300g telur ayam
60g air
60g butter (cairkan atas api perlahan)
Cara-cara :
1. Mix tepung optima, telur ayam dan air sehingga kembang ( biasanya warna jadi hampir putih).
2.Masukkan esen (terpulang pada anda ikut kesukaan).
3.Setelah kembang masukkan butter (tuang masa panas-panas) dan aduk guna senduk.
4.Tuang ke dalam loyang ukuran 8 inci dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit.
* Selamat mencuba n good luck frenz.
17 April 2011
16 April 2011
Kalau orang bawa motor laju...????
Semenjak 2,3 menjak ni...jalan sebelah rumah daku ni banyak nau motor lalu lalang. Bukan motor je, kereta, van n lori pun sama naik nak lalu juga. Kalau jalan raya besar tak pe lah. Ni jalan taman je ( belah belakang rumah taman plak tu)..
Tempiasnya rumah pak mertua aku pun kena sekali sbb rumah ni bersebelahan dengan taman. Sebenarnya tak kisah pun apa nak lalu kat sini, kalau kapal terbang nak landing sini pun daku tak kisah.
Tapi yang tak bestnya bila mat-mat motor kampung ni bawa lelaju kat jalan ni. Jalan ni plak tempat budak-budak kecik lalu termasuklah anak-anak aku. Bawa macam pelesit, tak peduli orang kiri kanan.
Kalau ikut hati yang marah, memang ku baling dengan batu bata je biar tergolek terus dalam longkang.
Kelmarin, ada sorang mamat botak ni . Bawa laju gila. Akhirnya dia terlanggar kucing mak long aku. Tergolek la kucing tu masuk longkang. Cedera parah di kepala dan menghembuskan nafas terakhirnya dalam longkang tu. Sakit hati daku. Geram tengok mamat tu (mamat botak tu berenti dengan muka bersalah). Daku sempat sound le jugak.
Antara ayat daku " sape langgar kucing tu??? nasib baik langgar kucing, kalau langgar anak aku, memang aku saman ko sampai ko tak sanggup nak hidup kat dunia ni". Mamat tu diam je.
Semalam n hari ni, mamat tu bawa slow je dah lalu kat sini. Bagus juga kengkadang ni bila kita agak kurang ajar sket dengan orang yang tak paham bahasa ni. Bikin panas.
* Fikir bila buat sesuatu. Timbang tara semasa berfikir tu perlu supaya tak menyusahkan orang lain.
15 April 2011
Cerita yang bersambung...
Kalau kengkawan ada terbaca tajuk entri daku "kesian sesungguhnya". Kali ni nak sambung untuk entri tersebut. Hari ni pegi kantin n bawa sekali murid daku yang 'kesian' tu. Sampai je kat kantin, mak cik tu terus bagitau kat S****N ni suh mai je kat kantin setiap kali rehat. Ingatkan dia sorang je dapat makan free di kantin. Rupanya tiga-tiga beradik diorang dapat makan free.
Alhamdulillah.............
Semoga murah lah rezeki mak cik kantin tu. Hari ni memang daku rasa happy sangat sebab dapat membantu murid-murid yang susah ni. Semoga S*****N dan adik-adiknya menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti.
Kalau ada kengkawan yang nak menyumbang dan beramal pun boleh jugak sebabnya ramai juga murid-murid kat sini yang agak susah. Kot-kot ada rezeki lebih ke.Mana tau kan...
*Perlu ke kita menunjuk kemewahan, harta benda yang kita ada. Riak tu dibenci Allah. Janganlah kita terpengaruh dengan hasutan syaitan. Selamat beramal.
Apa perasaan bila bersara ya?
Tetiba terkeluar plak entri ni.Bersempena dengan persaraan seorang sahabat di sekolah tadi membuatkan daku nak buka topik ni.
Sebenarnya bila tengok orang bersara, hati sendiri yang rasa sayu.Kira macam berhenti kerje secara tiba-tiba jugak lah. Semalam masih lagi sembang dengan kawan-kawan,murid-murid. Tetiba hari ni dah duduk kat rumah tak buat apa-apa.
May be sementara nak biasakan diri dengan rutin baru dan tinggalkan alam kesibukan akan rasa kesunyian sikit.
Patutlah tengok my dad lepas bersara dok sibuk dengan biznez lagi. Hilang sket rasa kesunyian tu. Bila fikir pasal pencen ni, daku pun rasa nak pencen awal. Hukhukhuk....Bleh duk rumah, gi ngaji, gi melancong merata dunia. Alamak, bestnya rasa tetiba. Hehehehehe...
Tapi perasaan best tu bleh bertahan sampai bila ya? Kecuali penuhkan jadual harian dengan aktiviti yang padat macam berkebun, gi kelas agama, exercise ronda-ronda jalan kaki atau baca buku ilmiah.
Apa pun harapnya kawan-kawan yang dah bersara tu or yang bakal bersara, semoga Allah merahmati kamu... Insyaallah.........
14 April 2011
Kesian sesungguhnya..
Hari ni nak tulis entri yang agak touching sket. Bagi daku lah, bagi orang len, terpulanglah. Hari ni waktu sebelum rehat, member ada tanya pasal sorang anak murid. Namanya S****N. Sorry nama dirahsiakan demi menjaga maruah serta identiti dia. Masa member tanya tu, daku blur jugaklah. Member kata, S****N ni suka nangis ke? Daku jawab le tidak. Memang tidak pun. Tapi budak ni muka memang kesian sket. Kalau pandang muka dia tu, sayu je. Oleh sebab dia ni budak lelaki so daku ingat member gurau je. So dalam pukul 1.10pm masuk le kelas. Tanyalah jugak pasal hal nangis tu. S****N tak cakap. Dia ni memang berat mulut sket budaknya. So kengkawan dia yang tolong jawabkan. Memang dia menangis.
Daku pun tanya dia bertubi-tubi, dah macam CSI pun ada. Namun, hampa jugak. So masa balik terserempak dengan member. So dia bagitau S****N ni menangis sebab tak de duit nak makan masa rehat. Huwaa....rasa bersalah gila dengan budak ni. Adik dia pun tak bawa duit juga. Tapi ada sorang ustazah ni bagi duit untuk dia makan. Sampai balik rumah daku rasa berdosa sebab tak dapat tolong dia. Dah la daku guru kelasnya. Yang daku tau, selalunya mak dia akan hantar bekal waktu rehat. Tapi hari ni, mak dia hantar adik yang sorang lagi ke klinik. May be sebab tu tak sempat nak hantar bekal masa waktu rehat. Daku terkejut gak budak ni tak dapat RMT. Ayah dia sorang je yang kerje dengan pendapatan RM600 sebulan. Cukup ke untuk tampung keperluan keluarga dengan keadaan zaman macam sekarang ni. Kelas daku ramai bebudak yang susah. Tapi daku tak dapat nak tolong sbb daku pun bukan banyak harta. Hukhukhuk...
Apa pun balik tadi, aku segera ke kantin. Minta mak cik kantin bagi S****N makan setiap rehat dan caj bawah akaun daku. Ni je lah yang daku mampu tolong. Tapi, mak cik ni lagi best. Dia pulak yang nak belanja S****N ni makan hari-hari lepas ni. Terharu gak daku dengan kebaikan mak cik kantin ni. Kira mcm kami berebut S****N plak. Walau macam mana pun daku mengalah, bagi mak cik kantin tu yang sponsor budak ni. Dia pun nak beramal jugak untuk bekalan ke akhirat nanti. Daku, nampaknya terpaksa cari budak-budak susah yang lain...Ni je lah yang daku nak share dengan kawan-kawan untuk entri kali ni.
* Rasa bersyukur dengan apa yang daku ada.
11 April 2011
Lama dah tak layan blog ni.Kalau dia punya hati dan perasaan, kompem lama dah dia merana. Hukhukhuk....Semenjak dua menjak ni, memang tak buka lappy pun. Kalau buka pun cuma untuk kerje je.Tempat baru ni memang kerje, kerje, n kerje. Memang serius seyyy. Tak boleh main2. Ni pun update blog guna fon je. Jadilah, janji update. Banyak nak ngadu dalam blog ni, tapi kemudian je lah. Rasa mcm nak serius berblog, tapi byk halangan. Hukhukhuk... ini yg buat kan daku kagum dgn sesetengah Blogger yg bleh update blog 2-3 hari sekali. Tolong dakuuuu! Aku nak serius berblog!
Citer benda best plak la. Khamis n jumaat baru ni bawa Budak bola tampar peringkat daerah. Dapat number 2 n 3. Jumaat bawa ke Negeri plak. Team lelaki dpt nombor 3. Bravo! Memang mantop gila la diorang main. Setaraf dgn bebudak sjkc yg dpt johan. Coach diorang azam. You cool bro. Byk kena bljr dgn azam cara nak coaching bola tampar ni. Daku biasa coaching budak chess dgn ping pong je. Hukhukhuk...next year kena well prepare. Then 3-5 Mei ni, kena prepare dgn project inovasi plak. Hasil ciptaan daku 'smart knife holder'....esok kena start buat prototype plak utk present. Harapnya Dapat la sesuatu..ok sambung lagi esok. Penat tangan menaip.
*suka Citer tak habis kan? Daku memang camni..
Citer benda best plak la. Khamis n jumaat baru ni bawa Budak bola tampar peringkat daerah. Dapat number 2 n 3. Jumaat bawa ke Negeri plak. Team lelaki dpt nombor 3. Bravo! Memang mantop gila la diorang main. Setaraf dgn bebudak sjkc yg dpt johan. Coach diorang azam. You cool bro. Byk kena bljr dgn azam cara nak coaching bola tampar ni. Daku biasa coaching budak chess dgn ping pong je. Hukhukhuk...next year kena well prepare. Then 3-5 Mei ni, kena prepare dgn project inovasi plak. Hasil ciptaan daku 'smart knife holder'....esok kena start buat prototype plak utk present. Harapnya Dapat la sesuatu..ok sambung lagi esok. Penat tangan menaip.
*suka Citer tak habis kan? Daku memang camni..
Subscribe to:
Posts (Atom)