Showing posts with label Complain saya. Show all posts
Showing posts with label Complain saya. Show all posts

15 December 2011

Mana Dokumen Ni???

Tiba2 hari ni teringat nak buka satu beg ni,
Beg dokumen,
Segala mak nenek dokumen dok dalam tu,
Sementara cuti so nak kemaskini fail sekali,
Susun punya susun,
Baru terperasan!
Haishh...ni tak boleh jadi..
Satu dokumen penting dah hilang,
Aduih..gelap masa depan ni..
Jenuh cari dari tadi sampai naik tensen..
Hohoho..tolong saya,
Rumah saya ni berkotak2 kertas n buku,
Baru kemas kotak2 tu hari tu,
Takkan saya nak buka satu2 balik..
Rasa tak sanggup,
Tapi macam mana dokumen ni?
Time ni memang saat kebengangan tahap *tut* melanda...
Sampaikan nak masak pun tak boleh,
Hati tak tenang selagi tak jumpa..
Ya Allah, permudahkanlah segalanya untukku...

*Mesti korang pernah rasa camtuh kan? amat bengang jadinya...

14 December 2011

Hawk Brand Hampeh..

Pepagi ni rasa malas nak buat nasi goreng,
Dah 2 hari asyik goreng mi je,
Takkan nak makan menu yang sama lagi kan?
So tengok atas esbok ada baked beans,
Cap helang then guna "Hawk Brand"
As usual saya mesti check expired date nya..
Hohoho...2014..selamat,
Then atas meja makan...
Ada roti jugak, ngamlah tu,
Baked beans ni Hubby Baby  rajin beli,
Sebab dia suka makan benda tu,
Saya makan juga tapi sket2 je la..
My kids pun tak suka baked beans tu,

Oleh sebab dah ada,
Saya pun potong bawang putih n tumis,
Dok tengah tumis tu sambil buka tin hokay,
Bila penutup tin dibukak..
Kedengaran bunyi hembusan gas dari tin tu,
Aishh..mcm tak best je ada gas keluar tu,
Macam ada tindakan microbes je..
Sama ada tin tak dinyahkuman dengan betul atau apa?
Then cium bau baked beans tu..
Apa kau rasa? Oren?
Haih..bau cam harem..
Oleh sebab dah tumis garlic maka tuang jugaklah dalam kuali,
Bila bagi hubby cium,
Muka dia berkerut,
Dia suh lempar je dlm tong sampah,

Saya?
Saya terus ilang mood hokay,
Kalau korang nak buka biznez pun,
Hagak2 lah..
Tu barang makan,
Dah la expired date lama lagi,
Buat eksperimen dulu sama ada benda tu leh tahan lama ke idak,
Jangan nak untung jer..nak cepat kaya,
Kalau saya n family makan juga,
Then sakit perut ke mati ke,
Memang ku saman korang,
Dah la repack tu kat bayan lepas,
Dekat je tu,
Karang saya terjah apa korang rasa,
Report kat bahagian Hal Ehwal Pengguna baru tau.

Apa pun hubby n kids kena makan juga,
Goreng je telur n makan dengan roti..

*Kengkadang orang biznez ni nak untung je..kualiti tak jaga...macam H.A.R.A.M tau dak!

31 May 2010

Marah

Orang yang baca entri blog aku mesti fikir aku ni kemaruk ke apa kan? Dalam sehari sampai 2 entri aku tulis.hehehe..sebenarnya dah lama jari jemari aku ni gian nak melontarkan sesuatu dalam fikiran aku untuk dikongsi. Dalam pada tu juga dah berapa blog ntah aku create, tapi semuanya sekerat jalan je. Kali ni memang ide luahan perasaan datang mencurah-curah bagaikan hujan batu kat amerika tu...

Berbalik pada topik entri ni -----> marah..

Kenapa manusia diciptakan untuk mempunyai perasaan marah. Macam mana agaknya nak mengatasi perasaan itu dengan cara yang sebaiknya. Bukan apa, sebab biasanya kalau orang marah mesti nak dikaitkan dengan mengamuk la, hentak meja la, menjerkah orang yang tak berdosa la n bla bla bla...tapi marah ni merupakan sifat biasa bagi manusia macam kita ni kan. Macam aku sendiri, mustahil la kalau tak pernah marah kan. Apa aku buat bila aku marah? tengoklah pada keadaan. Kalau orang buat sesuatu yang menyakitkan aku, selagi boleh tahan marah, biasanya aku diam je (tak bercakap).Kalau orang tu tanya aku jawab sepatah. Tapi kalau orang tu mengumpan aku kepada kemarahan yang amat sangat..biasanya aku jumpa je terus orang tu. Cakap terus terang aku tak puashati dan minta maaf. Kalau orang tu pulak rasa nak marah aku, terpulang la pada orang tu.

Tapi pernah juga aku marah yang aku tak boleh nak control dah. Maklumlah, kadang2 emosi kita bukan stabil sangat dan ada pulak orang buat kita marah..nampaknya memang kena serangan mortar la.Dalam meeting, cakap benda yang sama berulang2 kali. Muak juga. Asyik minta puji. Kerja tak ikhlas. May be kawan2 lain boleh tahan la.Aku time tu mmg sakit telinga dengar dan akhirnya bertubi-tubi serangan mortar aku hinggap di telingan orang tu.Puas. Tapi lepas meeting, aku relax je tegur orang tu pun.Sebabnya, dah lepas kemarahan aku.

P/S : Kawan2 jangan la ikut cara aku ni kalau telinga tak cukup tahan n jiwa tak cukup kental.


Apa pun, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi..peace no war.... :)