15 April 2011

Apa perasaan bila bersara ya?

Tetiba terkeluar plak entri ni.Bersempena dengan persaraan seorang sahabat di sekolah tadi membuatkan daku nak buka topik ni.
Sebenarnya bila tengok orang bersara, hati sendiri yang rasa sayu.Kira macam berhenti kerje secara tiba-tiba jugak lah. Semalam masih lagi sembang dengan kawan-kawan,murid-murid. Tetiba hari ni dah duduk kat rumah tak buat apa-apa.
May be sementara nak biasakan diri dengan rutin baru dan tinggalkan alam kesibukan akan rasa kesunyian sikit.
Patutlah tengok my dad lepas bersara dok sibuk dengan biznez lagi. Hilang sket rasa kesunyian tu. Bila fikir pasal pencen ni, daku pun rasa nak pencen awal. Hukhukhuk....Bleh duk rumah, gi ngaji, gi melancong merata dunia. Alamak, bestnya rasa tetiba. Hehehehehe...
Tapi perasaan best tu bleh bertahan sampai bila ya? Kecuali penuhkan jadual harian dengan aktiviti yang padat macam berkebun, gi kelas agama, exercise ronda-ronda jalan kaki atau baca buku ilmiah.
Apa pun harapnya kawan-kawan yang dah bersara tu or yang bakal bersara, semoga Allah merahmati kamu... Insyaallah.........

0 comments:

Post a Comment