01 October 2010

KSSR course - baking cake

Dah beberapa hari diriku tak meng'update' blog ni. Start 27-29/9/10 penuh hari-hari ku dengan kursus perubahan sukatan ni. Dalam tensen-tensen dengar KSSR ni, sempat gak dapat gang-gang yang suka buat cake. Ceria sungguh hari-hariku gi kursus. Bertukar-tukar resipi kami ni. Dalam pada tu, sempat gak melayan order cake. Pagi sampai petang kursus n malam plak baking. Penat memang penat, tapi kalau dah suka tak terasa penatnya. Thanks kawan-kawan yang mengorder. Malam tadi plak bz dengan buat kek besday untuk member. Yang sebiji lagi tu, bukan kek besday. Member saje order untuk makan-makan. 2-2 kek blueberry. Secara tak langsung sebagai latihan untuk menjadi lebih baik. Tak sabar rasanya nak mencapai cita-cita yang terpendam ni....haih...

26 September 2010

Cecacing Siber paling bahaya ~~~Stuxnet

Hari ni baca paper, Iran plak kena serang dengan stuxnet. Beberapa negara lain dah kena serang sebelum ni lagi. Semakin ramai manusia bijak pandai, semakin porak peranda dunia ni. Tu lah, yang teman tengok negara Kat bawah ni teman copy dari paper kosmo online (http://www.kosmo.com.my/). Kot tak terbaca dalam kosmo, baca dalam ni pun boleh.

TEHERAN - Selepas berjaya menyerang tujuh buah negara, Iran kelmarin menjadi mangsa terbaru apabila pakar-pakar komputer di republik Islam itu mengesan kemunculan cecacing siber paling berbahaya, Stuxnet.
Agensi berita rasmi ISNA melaporkan, sekumpulan pakar nuklear turut menyertai mesyuarat kecemasan semalam bagi menangani virus maya itu yang dipercayai boleh mengambil alih sistem kawalan tenaga elektrik kawasan industri.Sehingga kini, cecacing itu yang dikesan di Jerman sejak Jun lalu telah menjangkiti lebih 45,000 sistem kawalan industri di India, Pakistan, Indonesia, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) sebelum merebak ke Iran minggu lalu.

Kat bawah ni lagi sedikit info tentang stuxnet ni . Info ni teman ambik dari (http://www.auto-mobi.info/)..

MEDIA ALERT: Focus on Stuxnet Worm


Saturday, 25 September 2010

Norman ASA, a leading global network security company, announced today that Norman Network Protection (NNP), an antimalware network appliance used as a gateway or inside a LAN, is an effective first line of defense against the spreading Stuxnet worm variants of malicious software.Norman's NNP has been verified by independent labs to improve network security up to 38% when used in conjunction with a range of endpoint protection products.
Stuxnet has been a hot topic in security during 2010 and remains so with the ability to exploit four zero-day vulnerabilities. Stuxnet has been successful in targeting industrial operations around the world using SCADA (supervisory control and data acquisition) systems. To date Stuxnet has spread from computer to computer via USB memory sticks and through copying itself to new networks protected by weak passwords.
Stuxnet, which comes with a rootkit, could be used by cyber criminals or a hostile nation state to disrupt operations in power plant, chemical manufacturing and other critical industrial systems.
"Malware appliances typically focus on the gateway, but increasingly threats are introduced by internal mobile devices, such as USB devices and laptop PCs," said Arvid Gomez, vice president, OEM and Technology. "The ultrafast Norman NNP appliance uses sophisticated malware detection and analysis technology to provide a real-time protection wherever the threat surfaces. And NNP delivers significant risk reduction at fraction of the cost of comparable appliances."
The Norman NNP network security appliance offers significant additional security protection – potentially doubling security performance as measured by lab tests. NNP provides a critical additional layer of protection against network threats which endpoint products may miss.
The full report on NNP performance can be found at www.nsslabs.com/anti-malware/normannp.
The NNP Appliance supports Gigabit Ethernet capacity on multiple protocols and delivers high-performance inbound and outbound real-time scans of Microsoft® Windows® file sharing protocols and HTTP, FTP, SMTP, POP3, RPC, TFTP and IRC.



About Norman ASA



Founded in Norway in 1984, Norman ASA is a global leader and pioneer in proactive content security solutions and forensics malware tools. Norman's proactive antimalware solutions, including malware analysis tools, network security and endpoint protection, are powered by patented Norman SandBox® technology and used by security solutions providers around the world.
Norman's unified core antimalware protection for clients, servers and network security are delivered as products and services designed to protect business communications and resources, including corporate and government networks and applications, remote employees, branch offices and extranets. Norman's solutions are available through Norman subsidiaries and a network of global partners. For more information, visit www.norman.com.


.: Teman bukan mahir sgt pasal technical IT ni. virus pun tau gitu2 je. Cuma teman suka baca isu semasa kebetulannya tentang cecacing siber ni...

24 September 2010

Warga Emas di Penang dapat duit raya

Cerita pasal raya ni, cek nak sentuh la sket pasal duit raya. Gi beraya tu hari, anak cek la paling seronok. Asyik dapat duit raya. Rezeki diorang lah tu. Duit raya diorang dapat RM400 sorang. Oleh sebab anak cek ada 2 orang so total RM800. Alhamdulillah...Apa pun  yang cek nak fokus lam entri ni ialah tentang warga emas di penang dapat duit raya RM100 sorang. Antara yang dapat duit raya ni pak mentua, mak mentua n nenek cek (belah suami). Apa nak herankan.Penang boleh bagi duit raya sebab cukai tanah, cukai pintu, segala cukai n income negeri ni banyak. Macam negeri Selangor gak. Negeri tanah tumpahnya darah ku tu. Cek bangga jadi anak Selangor sey. Sonok lah warga emas ni dapat duit raya tu. Prosedur senang je. Yang cek tau, ada orang kol warga emas kat rumah n minta diorang isi borang. Pas tu tungu je duit masuk lam bank dengan tunaikan voucher ke hape ntah...mcm tu la lebih kurang. Menjaga kebajikan warganya adalah satu kepentingan. Adios.....

.: Tetiba macam rasa nak jadi warga emas la plak. Banyak keistimewaan golongan ni.

Tak Pernah Mandi Laut kat L....

Semenjak aku ke sini, tak pernah lagi kaki ku yang mulus ni menjejak kaki di gigi air sekitar pantai. Dulu kecik-kecik , my mom n my dad rajin lah jugak bawa kitaorang gi picnic kat pantai morib, masa tu pun aku dok kat banting so leh katakan tetiap hari pegi. Dekat plak dengan rumah masa tu. Tapi bil dah masuk sekolah menengah, aku teramat tak sukanya mandi kat pantai sebab rasa badan jadi gatal-gatal. Tak tahan leh jadi kudis. May be sebab air kat morib masa tu dah tak berapa bersih kot. Tapi hari ni, my daughter tetiba ajak mandi pantai kat labuan ni. Alamak, tak tau nak ngelak macam mana ni. Kejap lagi bawa jugaklah dia pegi pantai, bagi dia main pijak-pijak air je la kan. Takut dia plak kena kudis nanti. Pasir pantai ni lagi satu, kalau orang tak tahan boleh jadi kudis wo. Berbisa dia punya pasir. Sambil-sambil tu boleh jugak aku try carik siput. Kalau korang nak tau, siput-siput kat labuan ni cantik-cantik. Buat hiasan memang menarik. Wah membebel-bebel kat sini ni, kang terlewat plak nak ke pantai...Chiowww

.: My daughter tengah bermurung coz abang dia ada kat rumah neneknya. So dia rindu. Layankan aje lah permintaan dia.

23 September 2010

Kiddy Cake Besday

Ni kek yang member order untuk besday bash anak dia hari ni. Semalam lepas maghrib baru start buat sponge kek n deco kek sekali. Asalnya nak buat bentuk bulat, tapi loyang yang baru ni tak muat plak ovenku yang comel tu..so guna gaklah loyang 4 segi yang lama ni. Resipi sponge kek, sila rujuk resipi hotel cheese cake dalam ni.

DGA32~~~lambatnya tunggu surat lantikan~~~

Hari ni try kol lagi  putrajaya pasal lantikan dg32 ni..Banyak kali juga kol sebelum ni. Muka pun dah naik tebal. Tanya pasal surat lantikan ni, iskh...baru nak meeting minggu depan katanya. Harapnya betul la tu. Lama sangat menunggu surat lantikan ni. Negeri lain, contohnya macam Kelantan, bulan Februari tu hari dah dapat. Negeri Perak,Perlis,N9,Kedah, Tganu n negri lain pun dah dapat jugak.Bila sebut pasal dg32 ni, ada orang kata lagi lambat dapat lagi best sebab dapat tunggakan banyak. Tapi bagi aku secara peribadinya, tunggakan tu bukanlah harapan aku. Apa yang aku harapkan, dengan adanya surat lantikan tu, maka bolehlah aku mendaftar PTK dg32, then bolehlah mohon dg41 plak. Sekarang ni, aku rasa macam nak menangis meraung-raung sebab lantikan lom dapat lagi. Dahlah aku tgh apply pindah. Tak naklah bermasalah plak surat lantikan dan kenaikan gaji nanti. Bila pindah-pindah ni, ada sikit leceh la plak pasal benda-benda macam ni.

.: Kadang-kadang blog ni jadi tempat aku meluah perasaan. Aku sayang lah dengan blog ni.

21 September 2010

2 weeks tak update blog ni..

2 minggu tak hupdate belog ni..macam tak de idea sudah. Citer jugaklah pasal raya sebab skang ni mood rayaku masih belum hilang. Raya kali ni, raya yang agak penat juga la. Sebelum raya balik penang, ambil anak-anak kat sana. 3 hari la berpuasa kat penang. Sempat pergi solat tarawikh. Alhamdulillah..lepas tu terus ke Bangi. Melawat makcik n pakcik suami kat sana. First raya, beraya kat Klang. Beraya dengan my family dulu. Pas tu beraya kat Bangi. MIL dengan FIL pun beraya kat Bangi sama. So senang cerita. Tak yah gaduh-gaduh nak beraya kat rumah sape dulu. Second raya, beraya rumah sedara mara yang ada kat area KL n Selangor. Sangat letih la. Bila dah letih, memang x masak la tengah hari. Sudahnya, 4 hari berturut-turut makan kat kedai mamak. Roti canai, teh tarik, nasi kandar,roti canai, teh tarik,nasi kandar. Sudahnya sampai saat ini, aku teramatlah fobia nampak kedai mamak. He3x. Nantilah sambung cerita. Tetiba tak bleh berfikir plak.

04 September 2010

Rokku, pemilik blog ragam artis meninggal dunia?

Baru ni blog walking la ke blog ragam artis. As usual la, me mesti nak sibuk-sibuk tau pasal artis-artis ni. Saje je, bukan obses sangat pun dengan gosip-gosip diorang ni. Saje untuk menceriakan hari-hari ku. Masa gi kat shoutbox tu terkejut juga bila ada blogger-blogger lain tulis 'al-fatihah'. Ya Allah, andai berita ini benar, tempatkanlah beliau di kalangan umatmu yang soleh dan mendapat keberkatanmu Ya Allah. Amin. Tak lupa juga pada sorang blogger, 'zaza' yang telah kembali juga ke rahmatullah kerana kemalangan baru-baru ini. Innalillahiwainailaihirojiun.....

Ni link blog beliau ...http://ragam-artis.blogspot.com

.: Ya Allah, lindungilah aku ....

01 September 2010

SUMPAH, GERAM!!!! Ngeeeee

Pepagi dah buka www.moe.gov.my . Hasrat di hati nak isi borang pindah sesubuh gajah ni. Tapi hampes betul, tiap kali isi n simpan -----> server error la hape la. Sumpah aku geram tahap gaban pepagi ni. Menghilangkan mood aku di awal-awal bulan yang baik ni. Kalau macam neh sape yang patut aku marah??? Kang aku komplen lebey-lebey kena blacklist plak. Tapi tak kata kang, macam ni lah jadinya. Sape nak jawab neh....Memang hangat la pagi neh. Semerah mentari pagi, merah lagi hatiku. Ha, kan dah masuk lirik lagu pepagi yang hening + kudus neh. Udahlah, pindah tak di beri peruntukan tahun neh. Bukannya kita neh suka-suka pindah. Kalau boleh tak nak juga pindah neh. Nyusahkan diri je. Tak dapat nak mencapai apa-apa dalam perkhidmatan. Asyik terganggu apa yang kita dah rancang. Habis, dah hubby balik semenanjung, kena la ikut. Takkan kita nak bertapa kat sini sensorang.

.: Luahan perasaan dari insan yang kerdil di sisi Allah S.W.T

30 August 2010

Nasi Minyak~~Ayam Masak Merah~~Acar~~Makaroni

Hari ni berbuka, menu kami berdua ialah nasi minyak.Nasi minyak ni macam biasa le digandingkan dengan ayam 'gurindam jiwa' n acar 'angan tak sudah'. Dah lama giler tak makan nasi minyak wooo. Gila kentang rindunya. So balik keje tadi, singgah jap kedai. Beli apa yang patut. Solat zohor pun kan main lajunya sebab tak sabar nak masak nasi minyak (macam ni punya orang pun ada) wuawuawua. Start masak kat dapur seawal pukul 3. Yer la kan, nak siang2 ayam lagi, prepare benda2 yang rencam tu lagi. Iskh..tak reti nak budget masa sebenarnya. Tung tang, tung tang kat dapur. Udahnya siap masak pukul 4.30. Lor, terawal lah pulak. Tahan je lah napesu nak makan nasi minyak tu. Apalah punya kemaruk nak makan nasi minyak kali ni. So gambar dan resipi akan di update nanti. Sabor yer.

Nak citer jugak ni, selain nasi minyak tu, ada juga member datang hantar makaroni dengan cempedak goreng. Wallawey~~~ lama tak makan cempedak goreng. Nak beli cempedak rasa tak berbaloi sebab hubby ku tak makan benda2 macam tu. Aiyooo~~~ So hari ni ada variety untuk menu berbuka puasaku. As usual, yang makan cempedak n makaroni tu only me, me and me again..Hehehehehe...

24 August 2010

My first birthday cake~~ Sooooo funnyyyy...

Masa besday diriku last month, terasa nak buat kek sendiri. Memang dah jangka tak jadi cantik macam yang pakar, tapi myself tersangatlah puas hati dengan hasilnya (jangan kutuk ahh, buruk pun korang kena puji jugak)..muhahahaha...permintaan yang sangat perasan dariku..hehehe..so sponge kek kat dalam tu perasa coklat. Tang luar tetiba warna putih. Hentam je la kan. Tak de ide betul masa tu. So ikut tangan dan apa yang terlintas di kepala. Decoration cake masa tu pun belajar ikut internet je. Dari start frosting d' cake until buat bunga ros sekali pun. Tu yang bunga ros kembang kuncup jadinya. Tak pernah langsung pegang nozzle tu sebenarnya. Tangan punya la ketar macam kena 'parkinson' hahahaha...apa nak buat kan, 'saya budak baru belajar'. Hasilnya.....

~~~~Taraaaaa~~~~

Ni plak cupcakes percubaan pertamaku..uhuk~uhuk~uhuk~


dan lagi...order pertama yang ku terima
tersangatlah simplenya.... 


----> kek yang lain-lain ditempah gambar dah ada kat entri sebelum ni...

.: Saya budak baru belajar. Sila bimbing ye kawan2 yang dah pakar tu. Resipi akan diupdate dalam entri seterusnya. Malas sebenarnya nak taip resipi malam ni. Macam nak mengarut tiba-tiba.

~~~Biskut shortbread-Versi tanpa loyang acuan khas (manual da)~~~

Ni lah versi tanpa loyang acuan


Ni selepas dipotong guna pisau biasa.

Kelmarin buat le biskut shortbread ni. Saje je buat sebab selama ni dok beli je. Bila search resipi, terjumpa dalam blog maklang. Senang juga nak buatnya. Simple n sedap lagi tu. So tak yah la story mory lagi. Teruskan dengan bahan-bahannya di bawah ni.

Bahan-bahan base :
Tepung gandum 170g
Gula castor 50g
Almond 80g
Susu tepung 45g
Butter - 75g -(cairkan pada suhu bilik)

Toppingnya :
Coklat masakan - agak2 dengan base kita tu
Coklat putih - sket je sebab nak buat hiasan
Shortening


Cara-cara :
1.Gaul kesemua bahan base dalam mangkuk sehingga sebati -guna sudu atau tangan.
2.Sapu shortening pada kertas minyak yang diletakkan didasar loyang.
2.Tekan padat bahan base pada loyang nipis ukuran 10x8 (ni sebab saya tak de acuannya) . Kalau ada acuan guna la acuan.
3.Cucuk-cucuk guna garfu atau lidi satay sebelum masukkan ke dalam oven.
4.Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 12 minit.
5.Keluarkan dan biarkan sejuk baru lah diletakkan topping diatasnya.

Cara-cara membuat topping :
1.Double boiler coklat masakan bersama shortening. Setelah siap tuang ke atas bahan base yang telah sejuk.
2.Double boiler colat putih dan hias sedikit di atas coklat masakan tadi.
3.Masukkan ke dalam chiller lebih kurang 10 minit.
4.Setelah siap, potonglah dengan pisau.

.: Sorry ya, biskut ni versi tanpa acuan, so tak secantik yang orang lain buat. Kat sini tak de jual loyang canggih tu. Sedihnya diriku. Tapi tetap tak mematahkan semangatku untuk terus mencubanya. TQ Maklang for d' resipi.

22 August 2010

@@@@ Projek Hari Ni @@@@

Hari ni dah rancang nak siapkan 2 biji kek yang ditempah oleh member. 1 biji cheese kek bersalji dan 1 biji capuchino cheese kek. Ku tunda lagi projek melipat kain demi kek. Dah setinggi rumah kain tak berlipat ni. Takut juga ada benda lain bersembunyi disebalik kain. Iskhh...serem la plak. Nape lah malas sangat nak lipat baju ni??? Ini memang kojer yang paling teman tak suka-lipat kain,sidai kain, iron baju. Nape ntah..sejak azali dah macam tu. Tapi kalau suh buat benda lain, ok je plak. Panjat bumbung, panjat pagar, panjat gunung..eh merepek dah plak. Gurau je...wakakaka...

Actually, dah siap bakar 1 biji kek. Tinggal buat topping je. Jap lagi nak bakar sebiji kek lagi sebelum bersambung dengan projek buat biskut. Alamatnya, tak berasap la dapurku petang ni. Silap-silap berbuka di McD..sorry ya laling. muhahahaha.....

.: Upload gambar kemudian je lah.

21 August 2010

Menu Berbuka ~~~~Mi Kari dan Donut~~~~

Hari ni saje gatal nak letak menu berbuka dalam blog. Nak tulis benda lain ide bukan ada pun. Bulan-bulan pose ni daya pemikiranku agak lemah sikit. Tak pasal je kang orang kata 'blog sampah'. Dush!dush! kalau ada orang kata camtuh. Ok, berbalik pada menu for today....taraaaaa~~~~~


Mi Kari Cinta Sakti (requested by my beloved hubby)---> layankan je lah.

~~~Telur rebus dah tenggelam di dasar mangkuk mi kari ni. Sila abaikan ~~~~~~



Donut angan tak sampai ---> sebab angan2 ku membuat blueberry tart asyik terbantut. Udahnya donut je le.

~~~Donut terakhir hubby ku tolong goreng. Berjaya juga dia menghanguskan donut ni..hahahah~~~

Resipi Mi Kari Cinta Sakti : (hidangan untuk 2 orang)
Sebungkus Mi Kuning
Taugeh - 50 sen
Sawi - setangkai
Terung - potong sederhana nipis dan goreng
Cili besar (merah dan hijau) - sebiji setiap satu dah cukup
Daun bawang & daun sup - potong halus
Tomato - sebiji
Bawang putih - 3 ulas
Bawang merah kecil- 3 ulas
Halia & Lengkuas - sebesar ibu jari
2 sudu serbuk kari ikan (bancuh siap2 dengan air suam)
Secawan santan
Udang kering -5-6 ekor (optional)
Ayam - dipotong kecil
Fish cake - potong ikut suka
Fish ball - potong ikut suka
Kerang
Lobak
keledek(direbus dan lecek )/Serbuk mashed potato(segera punya)

Cara-cara membuat kuah mi :
1.Tumbuk bawang putih,bawang merah,halia,lengkuas dan udang kering.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau.
3.Masukkan serbuk kari dan biarkan sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan sedikit air dan biar skejap.
4.Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong kecil.
5.Setelah menggelegak, masukkan santan dan lobak merah.
6. Setelah agak masak, masukkan fish ball,fish cake dan kerang.
7.Akhir sekali masukkan keledek lecek atau mashed potato yg dibancuh dengan air (untuk pekatkan kuah).
8.Tutup periuk dgn tudung dan tunggu hingga menggelegak lagi. Siap untuk dihidang.

Cara menyediakan mi dan aksesorinya :
1. Celur mi kuning sekejap, diikuti taugeh dan juga sawi.
2.Hiris cili merah dan hijau sebagai aksesori.
3.Potong tomato kepada 6 bahagian.
4.Potong daun sup dan daun bawang.
5.Rebus 2 biji telur dan belah 2.
6.Terung dihiris sederhana nipis dan digoreng-aksesori gak ni

.: Resipi ni may be anda tak berkenan, so boleh lah tukar atau modified ikut kehendak anda.

20 August 2010

Tauhu Sumbat

Sorry..tauhu sumbatku tiada gambar. Lupa plak nak snap on that day time buat santapan berbuka. Halal je la ye. Lagi pun semua orang dah tau rupa tauhu sumbat ni kan. Tauhu sumbat ni ekceli one of my fav kudapan. So bawah ni resipi untuk org yang tak berapa rajin macam diri ku..

Bahan Tauhu Sumbat :
Taugeh (dicelur sekejap)
Timun ( potong memanjang)
Carrot (potong memanjang)-optional
Sengkuang (potong memanjang)-optional

Bahan sos/kuah :
Sos cili bawang putih (jenama kimball) - agak2 dgn tauhu sumbat yang kita ada
Sedikit air
sedikit garam
sedikit gula
sedikit cuka - optional

Cara-cara :
1.Goreng tauhu sehingga kekuningan pekat.
2.Kemudian potong dua bentuk segitiga.
3.Then, sumbatkan bahan-bahan sayur tadi ke dalamnya.
4.Hidangkan di dalam pinggan

Cara-cara membuat kuah versi orang tak berapa rajin mcm diriku ini :
1.Tuang sos cili bawang putih, gula,garam dan air. Cuka tak letak pun tak pe sebab sos cili bawang putih tu  agak kuat juga cukanya.
2.Kemudian kacau atas api sehingga agak pekat sedikit. Siap sudah...
3.Sedia untuk dihidang bersama tauhu sumbat tadi.

.: Resipi ni, bebudak sekolah rendah pun boleh mencuba membuatnya. Mudah dan berkhasiat..

19 August 2010

Blueberry Tart plak.

Dari semalam lagi dok terpikir la nak buat blueberry tart. Tapi lepas buka malam tadi rasa agak letih+malas secara tiba-tiba. Bahan-bahan sume dah ada kecuali lemon. Lemon memang ku keluarkan dari agenda coz of tak boleh makan lemon lagi. Agak2nya sedap ke tart ni without lemon? ntah le..so azamnya, hari ni mesti nak buat juga tart ni. Selama ni asyik beli kat bakery je. Mahal lagi tu. Kalau beli plak bukan cukup satu, mesti nak lebih dari 5. Kalau jadi buat, esok baru publish resipi ni wif picture.

Cik Jue....manalah badan awak ni tak macam pau yang kat Utama Jaya tu..heheheheh

Tengok resipi tart ni, akan jadi dalam 12-14 pcs. Banyak juga ni. My hubby plak tak makan benda2 macam ni. Nampaknya kena la bagi serba sedikit kat kawan2 rasa. Semalam pun buat tauhu sumbat hubby makan sebiji je. Sabor je lah. Dah la, ada 6 biji. Udahnya bawa sampai ke sahur. iskh..iskh....hubby ku yang sangat cerewet makan ni.

.: Hari ni nak try wat blueberry tart yang saiznya 2 kali ganda duit 50 sen...terliur plak bulan2 pose cakap pasal makanan ni. Nyum,nyum....

17 August 2010

Blueberry cake

http://www.tdborneo.com.my/

Resepi base Cake


Bahan-bahan

150g tepung super fine
150g gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml mentega cair
1 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara

1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu dengan kelajuan tinggi.

2. perlahankan kelajuan dan masukkan air.pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.Masukkan perasa blueberry.

3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8 ichi, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

5. bila dah masak keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk dulu. dan kemudian belah kepada 3 bahagain

6.Sapukan whipping cream pada bahagian dipotong tadi, kemudian letak jem blueberry dan dikuti dengan whippng cream semula.Tindihkan potong kek yang kedua keatasnya dan ulang langkah sapuan tadi.

7.Akhir sekali, bolehlah frosting kek tersebut dengan baki whipping cream tadi dan tuangkan jem blueberry dia atas permukaan kek yang telah siap.

Bahan2 untuk topping dan filling:


450 ml whipping cream /topping cream
Jem Blueberry secukupnya

 
.: Tq dr.Chef....dr.raihana yang berada di moscow..sbb sudi kongsi resipi ni

16 August 2010

Cheese Cake Bersalji

http://www.tdborneo.com.my/



Bahan-bahan :

Kek :
4 biji telur gred A
100 g gula halus
100 g hong kong flour /wheat flour
60g corn flour
50 g air
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalette
75g melted butter

Topping :
Cream cheese (agak2 la dgn kek area)
Susu pekat (agak2 juga la)
Cheddar cheese

Cara-cara :
1.Masukkan semua bahan kek kecuali melted butter dan mix dengan kelajuan sederhana.
2.Setelah kembang, masukkan melted butter dan mix sebentar hingga sebati.
3.Tuang ke dalam loyang yang telah di griskan dan bakar pada suhu 150c selama 45 minit-1 jam.
4.Setelah masak, keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk sebentar.
5.Sementara itu, mix cream cheese dan susu pekat hingga tiada ketulan.
6.Tuang di atas kek as topping (keliling kek pun boleh)
7.Akhir sekali, parutkan cheddar cheese di atas topping tadi.

.: Sangat mudah dan sedap.  Resipi ni saya dapat dalam blog seseorang (tak ingat sgt) tapi tetap nak creditkan untuk tuan punya blog tu andai terbaca. Cumanya saya dah ubahsuai sikit resipinya.

Sticky Caramel Chicken Wings






Bahan-Bahan


8 keping kepak ayam (belah 2)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).


.: My kids suka makan ayam masak ni. Anak suka, ibu setujuu...sebab senang nak buat..heheheh.Tak lupa buat Ruzalila Nik yang berada di Qatar tu..Thanks sharing this recipe n harap sangat dapat  berjumpa lagi ,may be ngajar di sekolah yang sama lagi one day my sis...Selamat Menyambut Ramadhan dan Eidul Mubarak di perantauan.

15 August 2010

Suamiku, kekasihku, sahabatku..

Tiba-tiba rasa nak cerita pasal suamiku plak. Dia orang yang paling memahami hati, perasaan dan emosi aku yang serba rencam ni. Hehehehe...aku sangat sayangkan dia hingga akhir hayat aku. Tak terungkap dengan kata-kata sebenarnya sejauh mana aku sayangkan dia. Aku sedar Allah hanya meminjamkan dia kepadaku. Tapi peluang dan anugerah yang diberikan oleh Allah ini, akan ku hargai sepenuhnya sepanjang hidupku. Aku bersyukur kerana dikurniakan dengan suami yang amat memahami diri ini. Andainya, dia terbaca entri untuk kali ini, i just wanna say that "I Love U so Much Abang". Terima kasih kerana membimbing serta menyokong setiap apa yang yana lakukan......

.: Nak dedicate lagu " two steps behind" by def leppard to him..

Produk Kecantikan...

Oleh Faiza Zainudin

faiza@bharian.com.my

2010/08/15

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam


KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna. Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba. “Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.
Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.
Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.
Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.
“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.
Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).
Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.
INFO

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:

Kintop
Body Beaus
BMI-9 Xylimming Capsule
Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:

Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:

Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour
Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:

Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
Makjun Syafiq 3 Istimewa
Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:

Air Ikan Haruan


Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:

Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine

Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine

Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG

.: Dipaparkan di blog ini sebagai  rujukan sendiri di masa akan datang.

14 August 2010

SaLaM RaMaDhaN

Sedar tak sedar dah 4 hari kita berpuasa rupanya. Cepat masa berlalu. Rasa macam baru semalam je mula berpuasa. Harapnya belum terlambat untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Puasa'. Semoga puasa pada kali ini memberi seribu rahmat dan keberkatan kepada kita.

.: Jaga diri, hiasi peribadi

12 August 2010

Hotel Cheese Cake



Bahan 'base' :

Telur                      150g
Ovallete                     6g
Baking powder        2.5g
Milk Powder              8g
Sugar                        75g
Low protein flour       65g
Corn Flour                  5g
Water                        25g
Cocoa powder /
Coklat emulco            20g
Melted butter             50g

Filling :
Bahan A
Cream cheese        250g
Sugar                       75g

Bahan B
Cocoa powder/
Coklat emulco          20g

Bahan C
Gelatine                    20g
Water                    100g

Bahan D
Fresh cream           250 g

Cara-cara :
1. Putar semua bahan 'base' sehingga kembang kecuali melted butter.
2.Setelah kembang, masukkan melted butter dan aduk perlahan menggunakan sudip.
3.Tuang dalam loyang (sederhana) yang telah disapukan margerin atau shortening dan bakar pada suhu 160c
   selama lebih kurang 30 minit.
4.Seterusnya putar cream cheese dan gula sehingga nampak 'creamy'.
5.Kemudian masukkan gelatine (rendam dalam air kemudian panaskan atas api) dan putar.
6.Setelah agak sebati, masukkan pula cocoa atau coklat emulco.
7.Akhir sekali masukkan fresh cream (putar dulu sampai kembang) dan aduk menggunakan sudip.
8.'Base' kek yang telah dimasak tadi, keluarkan dari loyang dan belah tengah.
9.Masukkan 1 bahagian semula ke dalam loyang dan tuang setengah daripada 'filling' tadi. Kemudian
   masukkan 1 bahagian kek lagi dan tutup lapisan atasnya dengan baki filling tadi.
10.Masukkan ke dalam peti sejuk (chiller semalaman/freezer 2-3jam).
11.Keluarkan dari loyang dan hidangkan.

.: Selamat mencuba kawan-kawan. Andai tak berapa faham, bolehlah bertanya terus pada saya.

Tiada Peruntukan Pindah Untuk Januari 2011

OH!TIDAK........guru yang bertukar ke semenanjung tiada peruntukan pindah disediakan ( elaun pindah + kargo) bermula sesi 2010 hingga Januari 2011. Maklumat ni aku dapat semasa tengok-tengok borang e-g Tukar yang aka dibuka semula bermula 1 September ni. Nampaknya memang bukan khabar angin la. Jelas, nyata dan terang. Ingat untuk 2010 je peruntukan dibekukan. Rupanya bawa sehingga 2011. Gawat betul begini sey. Ini merupakan berita buruk juga bagi aku sebenarnya.

Aku n hubby dah kira budget nak pindah balik semenanjung. Tax kereta, kargo n tiket fligt all total 30k. Sayang juga rasa duit tu habis macam tu je.Dah lah bukan senang nak kumpul duit sebanyak tu. Tapi tak pe, ada lah Allah gantikan dengan rezeki lain nanti. Yang perpindahan Jun 2010, ada juga terbaca rungutan dari guru yang dapat pindah. Oleh sebab tak dapat peruntukan kargo, maka terpaksalah dia melelong barangnya. Kesian.

So, kawan2 tolonglah doakan supaya rezeki kami sekeluarga lebih murah selepas ni. Insyaallah.

Musim buat soalan, periksa, pening kepala ......

Adoyai....seminggu lebih lagi murid-murid akan menghadapi peperiksaan. Dulu masa zaman-zaman aku belajar, bila time dekat nak periksa je mula lah badan rasa seram sejuk. Bukan periksa besar pun, cuma periksa penggal je. Risau dapat C, nanti mak ayah bising. Tapi semenjak zaman millenium ni, ada juga yang murid-murid ni aku tengok macam tak heran pun nak periksa. Ini masalah sikap sebenarnya. Kat mana-mana pun selalu jumpa masalah ni kan. Kadang2 kita sebagai cikgu ni pula yang rasa lebih seram bila murid-murid ni nak periksa.

Aku nak tinggal kan sekejap tentang masalah segelintir murid tu. So bila dekat nak periksa, macam biasa la semua cikgu dan cikgi tersangatlah sibuk  mencipta soalan, memilih soalan, dan menaip soalan (yang menaip ni aku tak berapa gemor le). Nape ntah.Sejak azali ketidak sukaan ini wujud. Hahahaha.......tapi tetap kena taip juga. Kalau tak sape yang nak taip kan? Masa proses pemilihan soalan berdasarkan topik dan kemahiran lah yang agak tragik sikit untuk difikirkan. Kengkadang pening kepala. Takkan kita nak bagi soalan yang kemahiran tak diajarkan pada murid kan? Dah le pening2 kepala berfikir, sampai le siap soalan tu. Bila periksa, ada juga murid yang dapat markah 'suam-suam kuku' je. Sedangkan soalan tu kita amat percaya diorang boleh jawab. Kecuali lah soalan aras susah tu memang ada ramai murid yang tak boleh jawab. Ni aras mudah dan sederhana pun salah jawab. Bila lepas periksa, kita bincang jawapan. Eh dengan jaya nya pula murid-murid yang salah jawab tu boleh bagi jawapan dengan betul. Sebenarnya bila periksa ni, kadang2 ada murid yang cuai. Mungkin sebab suasana periksa berlainan dari kelas pembelajaran biasa ni. Kalau korang lah jadi cikgu, jumpa murid macam ni, apa yang korang buat? Kadang2 aku pun buntu juga sebab kalau nak marah pun, diorang ni dah imun...

Aku pun dah pening nak buat soalan ni..so kita jumpa lagi dalam entri yang akan datang.

11 August 2010

Kepertanggungjawaban, bertanggungjawab or bla bla bla.....

Isu tanggungjawab ni memang banyak yang aku nak ulas n boleh ulaskan. Biasanya di persekitaran kita kerja banyak jumpa orang macam ni. Ada banyak kategori ni nak huraikan satu demi satu. Ewah, macam kaunselor lah pulak. Hahahah...kaunselor wanna be....orang yang bertanggungjawab sebenarnya amat ramai dan orang yang tak bertanggungjawab langsung dengan kerjanya pun ramai jugak. Kadang2 aku terfikir mana kesedaran diri diorang ni. Aku ni tak lah rajin, tapi bila sesuatu yang telah dipertanggungjawab kan kepada kita, haruslah melaksanakannya walau dengan hati yang berat atau tak ikhlas. Kalau ikhlas lagi berlipat ganda pahalanya.

Ni nak cerita pasal orang tak bertanggungjawab. Kadang2 kalau tengok muka,Ya Allah macam bagus2 je. Kalau bagi kerje tu semua dia kata beres. Tapi spesies yang ni, aku faham benar la. Depan bos semua dia kata " yes bosssssssssssssssssssssssssss"..tapi bila tiba masanya kena buat kerja tu. Haram buat tak tau. Ramai ni golongan macam ni. Kadang2 tu atas sikap dia yang mcm tu menyebabkan orang lain yang dapat susah. Aiseh, ayat aku dah mula mcm nak marah ni. Iye, aku tak tipu. Kalau kerja yang glamour2 sampai orang atas kenal, barulah dia nak buat. Keje yang suam2 kuku kat tempat kerja tak nak buat. Tak de alasan bagi aku, kecuali ditimpa musibah mcm sakit kronik atau gila. Kalau mcm cikgu ni lagi lah. Tanggungjawab kita dengan murid. Kena lah ajar bersungguh-sungguh. Jangan lah sambil lewa je. Nak pulak yang memegang title sesuatu yang 'cemerlang'..jangan hanya pada title je. tapi perlaksanaan tak berapa nak ' hado'...nanti balasan Insyaallah, pada anak sendiri juga.

Sekian entri emo dari aku untuk kali ini. Meng'emo' kan untuk orang lain.. hahahaha....

Tak sabar menanti saat itu

Dah lama tak layan blog yang bersawang ni. Rasa macam tak tau nak taip pasal apa. Tajuk ada, cuma tak de idea nak garap isi dengan tajuk. Enti tentang tak sabar tu..hahaha...rasa happy tetiba bila nak ulas tajuk ni. Tak sabar sungguh sebab nak mohon pindah balik semenanjung. Nak jumpa dengan kids. Rindu teramat dengan diorang. Betul lah orang kata, anak ni penguat semangat kita. Walaupun happy berdua berbulan madu dengan hubby, tapi rasa tak lengkap plak tanpa kehadiran anak-anak. 1 September borang pindah keluar lagi. Ini kali kedua dah aku isi untuk tahun. Harapnya untuk kali ini, perpindahan aku balik ke sana diluluskan. Keseronokan kehidupan dah terbayang difikiran aku..boleh window shopping, bleh jalan2 cari makan, bleh juga jalan2 cari pasal. Lama dah aku tak buat semua aktiviti2 ni semenjak aku duk kat sini. Bleh ronda2 merata ajak anak-anak. Best, best...

Tapi apa pun, ada orang lain yang lebih gembira daripada aku n hubby sebenarnya. Mertua aku la paling excited bila aku n hubby decide nak balik semenanjung. Adalah orang yang leh bawa diorang n jaga diorang kot ada apa2 yang berlaku kelak. Yer la kan, diorang pun dah tua n tak berapa sihat sangat. Bila cerita tentang ketidak sihatan diorang tu, semenjak aku pos anak2 aku ke sana. Wah, dengarnya kedua-dua mertua aku semakin bersemangat nak makan n dapat bersenam secara tak langsung. Kira jadi semakin sihat la. Anak -anak aku tu terlebih aktif. So tuk dengan wan dia kena la bergerak cergas. Kesian juga kat diorang, tapi bila fikir balik anak-anak aku tu mcm sumber kekuatan pada diorang so syukur juga. So raya ni, aku balik Penag n Klang. Memang tak sabar menanti saat itu..................

21 July 2010

Baking Class

Wah, sangat lama juga rasanya tak meng'update' blog ni. Lately, memang sangat sibuk dengan baking class dan membakar kek di rumah. Nak buka lappy pun malas rasanya. Bila dah pergi baking class kena la mengamalikan di rumah. Kalau tak, memang tak mahir nanti. Sekarang ni suka sangat buat cheese kek. Belajar yang basic je, yang selebihnya cipta resipi sendiri. Bila eksperimen kek tu menjadi, rasa happy yang teramat. Hasilnya, bawa pergi tempat kerja n kawan-kawan la yang kena makan. Sejak beberapa malam ni, belajar mendekorasi kek sendiri di rumah. Maklum lah, decoration cake class next month. So belajar sendiri sementara. Susah juga nak buat bunga ros tu. Bila jadi, ada yang kembang la, ada yang kuncup la, ada tersenget la. Hehehehe..tapi tetap takkan patah semangat. Thanks juga to my hubby sebab bagi sokongan padu kat wife dia ni. Terharunya.

22 June 2010

Mindaku yang kosong

Lama juga aku tak mencoret apa-apa dalam blog ni. Tangan rasa lincah nak menari di keyboard, tapi idea pula tak ada. Blank. Kenapa agaknya ya? Sebab masih mood cuti kot, tambahan pula tak berapa sihat. Selsema dan batuk. Dah makan ubat tapi masih tak boleh pula tidur. Sunyi bila anak-anak tak de, pandang kiri dinding, pandang kanan dinding, pandang depan dinding, pandang belakang pun dinding. Adoyai, seksanya. Nak siapkan kerja sekolah pun tak de mood. Pada masa-masa macam ni buatkan aku semakin rindukan keriuhan jerit pekik my kiddos....

Note :. Rindu sangat sangat sangat kat kiddos n my hubby... :(

16 June 2010

Is Away....

Untuk beberapa hari yang berikut ni nampaknya tak dapatlah aku nak bermanja-manja dengan blog. Nak balik Penang n KL sampai Ahad. Orang lain masing-masing sibuk nak balik ke sini. Aku dah nak habis cuti barulah sibuk nak balik semenanjung. Tak pe, raya nanti boleh balik lama sikit. Ni pun, aku tak boleh nak mencoret lama-lama dalam blog. Nak bersiap coz ada member nak tolong hantar ke airport dan sebenarnya, aku tak suka orang yang menolong aku tu tertunggu-tunggu nanti. Apa pun thanks a lot gang.Heheheh..sehingga ketemu lagi..

14 June 2010

Belajar menghormati orang lain



Hari ni saje lah nak sembang dan kupas tentang topik 'belajar menghormati orang lain'. Aku percaya di sekeliling kita, di tempat kerja, di kejiranan, di kedai runcit ,hatta di mana sekalipun, mesti selalu jumpa orang yang langsung tak tahu menghormati orang. 'Hormat' adalah satu perkara yang sangat general nak disebutkan dan dalam entri aku ni, aku menjuruskan kepada menghormati hak personal dan pendapat seseorang individu.

Kadang-kadang bila nak bincang perkara ni, akan menjadi satu isu yang menyentuh sensitiviti perasaan individu. Chewah, ayat baik punya. Apa pun, selama aku bekerja dan bersosial ni memang banyak jumpa individu yang tak tahu langsung menghormati orang. Contohnya, bila kita beri pendapat dipandang sebelah mata sahaja dan individu tersebut hanya mengambil kira pandangan sendiri yang memang tak masuk akal. Ini kerana bagi aku, semua pendapat yang diberikan oleh pihak lain haruslah dipertimbangkan buruk baik dengan sewajarnya. Jangan terima pendapat yang enteng sahaja untuk diuruskan. Bagi aku, walaupun kita lebih tua, tak salah menerima pendapat orang lebih muda andai itu membawa kebaikan. Macam-macam manusia ni kan... tapi aku kalau jumpa orang macam ni, aku buat tak tau je sebabnya aku dah set dalam fikiran "biarlah dia terjun dengan labu-labunya". Nanti sendiri yang rugi.

Selain tu, ada juga individu yang tak tau langsung menghormati hak personal orang lain. Ini lah yang paling kerap terjumpa pun. Di persekitaran tempat kerja dan di kejiranan. Ini bukanlah satu tuduhan, hanya contoh yang terdapat di persekitaran aku sahaja. Dan aku percaya, pembaca di luar sana pun sering berhadapan dengan perkara sebegini kan? Contohnya, bila bab menjaja hal rumahtangga kawan-kawan yang menghadapi masalah. Bagi aku, itu hak personal individu tersebut dan kita sebagai orang luar tak berhak membuat spekulasi dan kesimpulan yang macam. Hanky panky gitu. Besok kalau terjadi pada kita dan orang lain buat perkara yang sama, masa tu tolong jangan marah atau nak mengamuk. Contoh yang lain pula, ada individu yang suka sangat nak tau hal luar dalam kawan-kawan. Yang ni pun aku memang tak gemar tengok. Kalau nak tau sikit-sikit tu oklah. Tapi kalau sampai nak tau berapa gaji, bini ada berapa, gaji laki kita berapa, berapa harga kereta. Beli perabot berapa ribu. Simpana bank ada berapa banyak. Ohh...spesies yang ni tersangatlah aku allergic.

Aku setakat ni, cuba menghalang menjauhkan diri aku daripada punca-punca yang mendorong aku ke tahap seperti itu. Walaupun kengkadang ada juga tersasul tetapi sekurang-kurangnya masih mencuba untuk memperbaiki diri. Kerana hidup hanya sekali, selagi kita hidup, carilah seramai rakan yang mungkin dan hindari permusuhan. So pada teman-teman di luar sana, sama-sama lah kita bermuhasabah diri dan kita sebagai manusia biasa tidak akan lari daripada kekhilafan akibat ikhtilaf kita yang berbeza..

Note :. Aku hanyalah insan yang sangat-sangat kerdil di bumi Allah yang sangat luas. Salam Ukkhuwah teman-teman.

13 June 2010

Kalakote

Kalakote


Kuah Kacang


Masa tengah syok jalan-jalan cari resipi lam internet. Terjumpa la resipi yang unik namanya ni. So check la  bahan-bahannya. Gambar tak der, so saya imaginasi sendiri je rupa bentuknya. Hehehe...Bila tengok bahan-bahannya macam buat cucur je tapi makan dengan kuah kacang. Resipi ni saya jumpa dalam resipi.net by Mat Anieh. Thanks a lot ya pencipta resipi. Petang tadi juga saya buat untuk suami dan anak-anak makan. Sedap.

Bahan-bahan Kalakote:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 biji telur
Daun Kucai (potong pendek
Daun Bawang
Taugeh (saya tambah sendiri)
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Ajinamoto (optional)- tapi saya tak letak.

Cara-cara :
1.Masukkan tepung gandum, tepung jagung, dan telur dalam bekas dan bancuh dengan air sehingga agak likat.
2.Masukkan daun kucai, daun bawang dan taugeh ke dalam adunan tepung tadi.
3.Letakkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
4.Goreng terus seperti cucur.

Bahan-bahan kuah kacang :
1 genggam kacang tanah, goreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar halus.
2 ulas bawang putih }
2 ulas bawang merah}
1/2 inci lengkuas}
3 ekor udang kering}  tumbuk / kisar
Cili giling/boh
1/4 gelas air asam jawa
1 gelas air
2 keping biskut marie (hancurkan halus)

Cara-cara :
1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.Masukkan cili boh, biarkan sehingga pecah minyak.
3.Masukkan kacang tanah kisar dan kacau sebati.
4.Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan menggelegak hingga pecah minyak.
5.Akhir sekali, masukkan biskut marie hancur ke dalam kuah kacang (utk memekatkan).
6.Biarkan hingga pecah minyak kemudian tutp api.

Note :. Saya suka makan apa saje. So semua resipi saya cuba. Mana2 resipi yang saya publishkan di sini, saya akan kreditkan nama blog dan juga pencipta resipi andai saya menggunakan resipinya. Mana yang tidak dikreditkan bermaksud resipi sendiri atau turun temurun. Sekian, adanya.




Lokan / Etak masak lemak cili api


Teringin makan masak lomak cili api. Teringat plak 'uwan2' maso ngajar kek  Negri Sembilan maghin masak lomak cili api. Memang sodap raso eh. Sepinggan tak cukup. Semalam pagi pergi supermarket, nampak la isi lokan ni. Terliur rasanya. Memandangkan Mr. Hubby tak de (dia tak gemar gulai ni), saya pun ambil kesempatan memasak untuk diri sendiri. Puashati dapat makan. Nyum..nyum..
Bahan-bahan :

10 isi etak/lokan saiz besar
7 biji cili api ( ikut citarasa)
1/2 inci kunyit
1 keping asam keping
1 gelas kecil santan pekat
1/2 gelas santan cair
1 batang serai (diketuk/dititik)
1 helai daun kunyit dihiris nipis.

Cara-cara :

  1. Tumbuk cili api bersama kunyit.

  2. Kemudian, masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama etak/lokan dan kecutkan (bagi mesra atas api sebentar). Tambahkan sedikit air supaya tidak kering.

  3. Setelah itu, masukkan santan cair dan serai yang telah dititik.

  4. Masukkan asam keping dan biar menggelegak.

  5. Kemudian, masukkan santan cair dan garam secukup rasa dan biarkan menggelegak.

  6. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan biarkan sebentar di atas api

  7. Sentiasa kacau gulai dengan api perlahan supaya santan tidak pecah.
Note :. Resipi di atas ialah untuk hidangan bagi seorang atau 2 orang.

12 June 2010

Kerabu Udang

http://www.tdborneo.com.my/



Kelmarin tengok pokok cekur dalam pasu dah makin gemuk. Daunnya hijau, cantik je lebarnya. Almaklumlah musim hujan. Tu yang rasa nak makan kerabu tiba-tiba. Tengok semua bahan ada, kecuali bunga kantan, so mulakan lah operasi membuat kerabu. Ni resipi mak mertua. Kalau menantu dia ni balik, kerabu ni lah kerap terhidang atas meja. Sedap.

Bahan-bahan :

12 ekor udang saiz kecil (rebus dgn suku cawan air)
Segenggam kecil taugeh (dicelur dan toskan)
1/2 bahagian bunga kantan saiz kecil (belah 2 dan hiris nipis-nipis)
5 helai daun cekur (dihiris nipis-nipis)
1/2 biji bawang besar (belah 2  dan dihiris melintang)
1/2 inci halia (dihiris halus-halus dan nipis)
2 sudu besar kerisik (belilah yg dah siap punya)
2 sudu besar beras goreng yang telah dihancurkan(ni pun buat dan simpan bakinya)
gula secukup rasa
garam secukup rasa
2 sudu besar air asam jawa / perahan lemon

Cara-cara :

  1. Campurkan udang beserta air rebusannya, taugeh,bunga kantan,daun cekur, bawang besar, dan halia di dalam pinggan. Gaulkan

  2. Kemudian campurkan dengan kerisik dan juga beras goreng. Gaulkan sebati.

  3. Akhir sekali masukkan garam, gula dan air asam jawa ke dalam kerabu tadi. Gaulkan sebati.

  4. Siap untuk dihidang.
Note :. Resipi yang tercatat di atas bukan sahaja untuk dikongsi bersama teman-teman di luar sana, tetapi juga sebagai sumber rujukan saya sendiri pada masa  akan datang.


11 June 2010

Pengalaman Daki Gunung Tahan

http://www.tdborneo.com.my/

Saje la entri kali ni nak cerita tentang pengalaman pendakian 10 tahun yang lalu. Sekarang dah gantung beg coz hubby tak suka la wife dia ni melakukan aktiviti lasak melasak ni. Apa nak buat, terima je lah walau terpaksa melupakan minat hiking ni.

Gunung tahan ni mcm yang semua dah tahu terletak di Pahang. Apa yang nak dimaklumkan ialah trek kami bermula dari Merapoh-Puncak(Gunung Tahan)-Kuala Tahan. Perjalanan bermula dari stesyen keretapi Tampin. Dengan beg dan ration yang berat. Memang mencabar. Bertolak dari Tampin jam 10-11 gitu, sampai di Merapoh hampir subuh. Kami turun dari keretapi terus menuju ke surau berdekatan untuk bersolat. Lepas solat kami terus ke Merapoh. Di sana kami tunggu lagi sehari sebelum memulakan pendakian. Kami menumpang di rumah kosong milik ranger hutan di Merapoh tu. So sempatlah memasak menggunakan gas yang kami bawa. Walaupun hidangan hanyalah sardin dan juga sayur kacang buncis. Tapi cukup menyelerakan. Keesokan paginya kami bertolak dr sg relau (if not mistaken sbb dah lama sgt n tak buat pun catatan perjalanan). Mulalah trekking. Dalam pada tu, ada group lain yang mendaki bersama kami. Group Matshushita. Lega sket sbb ada ramai yang mendaki gunung tu.

Untuk pengetahuan, aku memang tak de langsung pengalaman pendakian on that time. Cuma sebelum mendaki tu ada lah jogging hari2 nak bagi ada stamina. Memang dalam kepala asyik fikir yang aku bakal mati di Gunung Tahan tu. Bukan apa, sebelum naik tu aku dah dimomok-momokkan dengan pelbagai cerita dan azab rintangannya. Nak tarik diri dah terlambat sbb semua dah dibayar. Makanya berbekalkan semangat dan stamina yang tak berapa nak ada tu, teruskan juga cabaran pendakian untuk menawan Gunung Tahan.

Day 1
Pengalaman masa mula2 mendaki tu memang tak tau nak kata. Rasa nak menangis, rasa nak menjerit, rasa nak berputus asa pun ada. Apa pun aku nak berterima kasih dengan guide yang merendah2kan keupayaan aku, menyebabkan aku rasa tercabar dan teruskan juga pendakian. Sebenarnya dah tak de pilihan, nak turun dah jauh juga berjalan n tak der sape nak hantar aku balik semula ke Sg Relau. Sama ada aku teruskan perjalanan atau aku terpaksa berkubur kat situ. So aku teruskan mendaki. Dah lah beg berat. Barang aku bawa sama je berat dengan pendaki lelaki sbbnya ration tu diagihkan sama rata beratnya. Masa tu plak dengan berat aku cuma 40kg, ishh memang cabaran betul la.

Lepas beberapa jam berjalan n mendaki, kami pun berhenti di camp site. Kem Kor rasanya. Masa sampai tu, ada nampak ration group lain tersangkut tinggi atas pokok. Guide pun bgtau ration tu group MRSM  yang punya. Kena gantung sbb diorang tak nak bawa ration tu naik. Berat n lagi pulak group tu akan turun balik melalui Sg. Relau juga.So kitaorang pun terus  dirikan khemah masing2, mandi (air sungai tu sejuk mcm air batu) dan masak. Malam tu hujan renyai2. Makin sejuk jadinya. Lagi pulak dalam hutan tebal. Memang agak menyeramkan. Malam tu tak dapat tidur sbb terlalu penat dan ditambah plak lagi terdengar bunyi tapak kaki memijak ranting disekeliling khemah. Terbayang yang bukan-bukan masa tu. Binatang buas lah, makhluk halus lah.

Bila daki gunung ni, tengoklah tempat bermalamnya. Kadang2 tak mandi pun sbb air tak cukup. Air tu digunakan untuk benda wajib yang lain contohnya mcm solat, masak n gosok gigi je. Lepas camp site yang pertama, kami teruskan perjalanan lagi. Aku tak ingat dah nama-nama laluan yang aku lalui sbb masa tu roh mendaki ni belum meresap sepenuhnya dalam jiwa aku. Aku tak berapa nak igt dah nama tempat laluan pendakian. Antara yang aku ingat melalui permatang. Yang mana aku pengsan kat sini. Mungkin udara sangat nipis dan aku plak jenis paru2 tak cukup oksigen. Yang aku ingat bila member buka sweater, n aku terbau minyak cap kapak. Memasing hulur air. Masa tu rasa selamat sbb dalam group kami byk laki2. Group Matshushita pun tak lokek tenaga menghulur bantuan dan beri sokongan pada group kami. Lepas aku dah ok, perjalanan diteruskan, pendakian mmg mencabar di sini. Dari terpaksa memanjat batu, melalui duri pokok rotan, berpaut pada akat pokok saje. Memang pengalaman ni membuatkan individu tu lebih mensyukuri nikmat yang diberikan oleh-NYA. Walaupun ada perjalanan yang agak santai, tetapi halangan pokok rotan berduri membuatkan kami lebih berhati-hati, tambahan pula hujan sejak beberapa hari menyebabkan trek yang santai menjadi becak. Ini melambatkan lagi perjalanan kami.

Day 2
Esoknya kami meneruskan perjalanan ke base camp seterusnya . Bukit botak. Sepanjang perjalanan tu, tersangatlah dahaga sbb air dah habis. Nampak le satu lopak air yang agak keruh, tak de pilihan lain, keluarkan straw dari dalam beg n sedut le air tu. Sedap, tak sedap belakang kira. Sepanjang perjalanan tu byk betul panorama menarik yang tak dapat dilihat di tanah rendah. Pokok periuk kera selamba je tumbuh merata-rata. Kagum aku. Kemudian nak ke bonsai tu agak penat juga la mendaki. Otai2 gunung ni nasiblah baik hati tetap setianya menunggu kami yang agak slow mcm traktor berantai. Di Bonsai, memang cantik pandangannya. May be sbb suhu agak sejuk maka byk pokok terbantut (agaknya lah). So masa tu ada beberapa org member yang nak terkucil terpaksa le pergi dibalik pokok2 bonsai tu. Tapi kepala tetap nampak. Malu? darurat. Sume dah tak heran. Tak de masa pun nak skodeng2 sbb memasing menikmati pemandangan yang sangat indah.

Berehat skejap je n teruskan perjalanan ke Bukit Botak. Nama laluan sory tak ingatla. Nak naik Bukit Botak tu bercinta jugalah. Mencanak.Thanks Salleh(otai gunung ni) sbb sanggup tunggu n bagi semangat kat aku. Akhirnya dah gelap sampai juga kami di Bukit Botak. Badan dah la rasa tak selesa. Turun sket kat bawah, ada kolam batu. Kecik je la. Tak boleh berenang pun. Sekali pegang air, punya lah sejuk mcm ais. Tapi mandi juga sbb tak tahan rasa kotor. Habis je mandi badan menggigil mcm parkinson dah. Aku tak boleh nak makan pun sbb sejuk sgt kat Bukit Botak tu. Walaupun member buat unggun. Tetap tak hilang sejuk. Jari aku kebas dan membengkak. Terus aku masuk khemah. Tidur dalam sleeping beg. Menggigil juga. Ni belum sampai puncak lagi..

Note :. Bersambung Part 2

10 June 2010

Simple Cheese Cake



Teringin makan cheese cake. Apakan daya, sini tak de secret recipe. So google skejap, dapat lah resipi cheese kek ni. Tapi saya ada ubah dan tambah sedikit bahannya. Cheese kek yang saya buat ni, tak letak biskut pun di bawahnya kerana stok biskut di rumah memang dah habis n saya tak berapa rajin nak keluar membelinya. Jadi seadanya je yang saya buat ni.
Bahan-bahan :

Bahan A :
1 cawan biskut hancur (marie atau apa biskut manis)/10 keping biskut
1/3 cawan butter dicairkan

Bahan B :
250g cream cheese
200g fresh cream
3 sudu tepung gandum/ serbaguna
2 sudu jus lemon
100g gula halus
Telur 2 biji

Cara-cara :
1.Campur biskut hancur dan butter yang dicairkan dan ratakan di dasar loyang.Jangan lupa sapu loyang dengan butter atau margerin. Takut melekat.
2.Masukkan semua bahan B di dalam blender dan blend sehingga sebati.
3.Tuang bahan B ke dalam loyang.
4.Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 45 minit (Pada 30 minit bolehlah letakkan alumunim foil di atas loyang supaya permukaan kek tidak hangus dan sambung bakar 15 minit lagi).
5.Selepas keluar dari oven, sejukkan dan kemudian simpan di dalam peti sejuk semalaman.Baru sedap dimakan.


Note :. Sesuai untuk minum petang. Bagi penggemar cheese cake, selamat mencuba ya.

08 June 2010

~~~Resipi Donut Gebu, Lembut~~~

Breakfast hari ni saja la buat donut. Anak2 request. Gagah jugalah buat. Buka esbok ada bahan-bahan lagi. Mulakan la operasi menguli. Orang kata mudah je buat donut ni. Tapi saya tetap rasa susah sebab nak dapatkan kelembutan yang seimbang. Apa pun resepi donut ni adalah kacukan beberapa resipi donut. Memang lembut walaupun dah sejuk. Kadang-kadang ada donut yang memang lembut tetapi liat. Tapi donut yang ni memang lembut dan tak liat. Dah buat eksperimen dulu, memang terbukti..maklumlah cikgu sains. Kat bawah ni disertakan resipinya. Kalau nak ubahsuai pun terpulanglah ya.

Bahan-bahan :
  1. 500g tepung gandum
  2. 50 g butter/margerin
  3. 2 sudu gula
  4. 1/2 sudu kecil garam
  5. 1 peket mauripan / dry yeast
  6. 1 biji telur (pukul sebentar)
  7. 200ml susu segar + sedikit air suam (optional)- nak guna air suam semua pun boleh tapi jgn lupa letak 2 sudu susu tepung atau susu manis.
Cara :
  1. Masukkan mauripan, gula, butter dan susu segar dalam bekas dan biar selama 10 minit(bahan kacau)
  2. Kemudian masukkan tepung, garam dan telur yang telah dipukul di dalam satu bekas yang lain.
  3. Campurkan bahan kacau dan tepung tadi serta uli hingga tak melekat di tangan.
  4. Semasa menguli, pastikan gunakan hujung jari bukan tapak tangan (petua orang tua).
  5. Kemudian bentuk lah doh-doh bulat kecil dan biarkan sebentar (5 minit). Nak goreng baru lubangkan di tengahnya.
  6. Sementara itu, panaskan minyak dengan api perlahan.
  7. Kemudian goreng lah doh tadi sehingga warna kekuningan. Angkat dan toskan.
  8. Gaulkan dengan gula halus atau topping yang anda suka.

Note :. Resipi yang simple dan mudah tapi sangat puashati bila kita sendiri membuatnya. Selamat mencuba.


07 June 2010

Homemade Pizza~~~walla~~~~

Tiba-tiba rasa nak makan pizza. Minta hubby pergi ke supermarket n beli bahan-bahan yang diperlukan. Bila buat sendiri ni, puas sket makan sbb kita boleh letak apa yang kita suka. Nyum..nyum...Untuk resipi ni jadi 2 biji pizza large size..


Bahan-Bahan :

PIZZA
500 tepung gandum...........]
1 paket yeast mauripan........] gaul rata
1 sudu kecil gula..........................]
1 sudu kecil garam........................]
1 sudu besar majerin/butter (pun boleh)
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak

cara :

1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. Tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda.
3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin) dan bahagikan adunan kepada beberapa ketulan. Nak senang buat 2 ketul besar.
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendaki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZA

bahan

2 ketul dada ayam (potong kecil)
200 gram
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas – (pilihan)
1 cawan cendawan butang [hiris nipis) / nak potong 2 pun boleh.
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella (ikut kesukaan individu nak banyak atau sikit)
1 sudu besar minyak
3 sudu serbuk kari
1 sudu kecil daun oregano (tak letak pun ok je)
garam secukup rasa

cara

1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu bersama serbuk kari
3. Masukkan ayam dan tambahkan garam serta daun aregano
4. Kacau hingga ayam empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.

Note :.  Resipi ni dapat dari blog seseorang dan saya dah ubah sikit resipinya. Tapi maaf sangat sebab
tak ingat langsung blog mana saya ambil resipi ni. Kes nak cepat le ni. Apa pun credit to that blogger.

06 June 2010

Presiden Egypt (mesir) yang patut dilaknat Allah

http://www.tdborneo.com.my/


Kekejaman Israel semakin memuncak bagi aku bila mana serangan dan tawanan ke atas aktivis-aktivis ke Gaza. Semalam pula, satu-satunya kapal yang berjaya melepasi beberapa siri tawanan Israel  membawa bantuan keperluan kepada penduduk Gaza , Rachel Corrie ditawan. Makna lainnya, barang bantuan yang beribu tan tu mestilah Israel sapu bersih, satu habuk pun tak dapat pada penduduk Gaza. Simpati aku. Tapi dalam hal ni, yang paling kejam ialah Presiden Mesir , Hosni Mubarak. Dia ni nama je Islam, tapi jadi pengkhianat agama. Sepatutnya sempadan Mesir(sempadan Rafah)  ke Semenanjung Gaza boleh dibuka. Ini tidak, disekat dan dibina tembok besi untuk menghalang penduduk Gaza mendapatkan barangan keperluan di sana.Tak cukup dengan tembok besi, dibina juga tembok bawah tanah bagi menghalang pejuang-pejuang Islam mendapatkan bekalan melalui terowong bawah tanah. Sememangnya kejam juga Hosni Mubarak ni ala-ala Benjamin Netanyahu si Israel laknat. Marilah sama-sama doakan Hosni Mubarak ni dapat kecacatan mental atau dapat barah otak . Melampau tindakan dia. Memang bagus sangatlah tindakan Hamas mengebom tembok besi tu sebelum ni. Namun sehari selepas serangan komando Israel, Mesir buka juga sempadanya bagi tujuan bantuan kemanusiaan. Takut buka kejap je, seminggu lepas kes ni reda mesti Mesir tutup balik. Memang hati yahudi betul si Hosni(walaupun Islam) ni. Hosni Mubarak ni nama je Islam gamaknya, tapi tak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar pun rasanya. Islam liberal ke hape dia ni amalkan agaknya. One day biar mesir tu sendiri kena serang dengan Israel, baru penduduk dengan pemimpin Mesir ni tau langit tinggi ke rendah. Ingat sokong Israel ada jaminan keselamatan ke? Bekerjasama ke bantu ke, Israel ni boleh diumpamakan macam 'membantu anjing yang tersepit'. Aku harap Gaza dan penduduknya akan selamat di bawah lindungan Allah Taala.

Note :. Entri yang agak emosional kali ni daripada aku .

04 June 2010

Israel lagi?Ideologi Yahudi yang berterusan.


Bila sebut Israel sampai bila-bila pun kebanyakan orang terutamanya umat Islam jadi sedikit emo. Bagi aku, memang sepatutnya kita sebagai umat Islam ni rasa marah bila umat kita, saudara sesama Islam sewenang-wenangnya dinafikan haknya di bumi sendiri. Tapi yang menjadi kemusykilan aku, sejauh mana tanggungjawab kita sebagai umat Islam nak menyelamatkan saudara sesama Islam kita di sana. Cukup ke dengan hanya berdegar-degar anti Israel di FB? FB tu pun bukan yahudi punya ke? Cukup ke dengan hanya sekadar berdemonstrasi di kedutaan? Cukup ke sekadar menulis huruf kecil pada awalan yahudi? Ada kesan ke pada Israel/yahudi? Pada aku tak memberi apa kesan pun pada mereka. Tentang memboikot barangan yahudi/ Amerika. Selama ni pun dah diwar-warkan, tapi sejauh mana kejayaannya. Jangan tak tau, Maybelline, McD, Levi's pun yahudi punya. Yang nyata, masih ramai juga umat Islam menggunakannya. Kita ni janganlah bila sesuatu isu tu tengah hangat maka masing-masing pun sibuk nak menunjukkan kepekaan. Kepekaan itu bagus, tapi jika ianya konsisten. Kalau nak boikot, boikot saje tak cukup, haramkan terus produk/ jenama tersebut di bumi Malaysia. Sanggup ke? Ketegasan perlu ada bermula dari pihak di atas sehingga di bawahnya.

Kemudian, tentang kapal yang dihantar ke Gaza. Cukup ke beberapa buah kapal saje? Bagi aku tak cukup nak banding dengan keganasan Israel tu. Sepatutnya hantar kapal membawa bantuan satu ARMADA. Aku setuju juga apa yang dikatakan oleh KJ. Apa salahnya semua negara OIC ni wajibkan hantar 4-5 buah biji kapal diiringi dengan tentera bagi tiap-tiap negara. Bukannya  negara Islam tak de duit untuk support semua tu. Tapi itu sekadar pandangan saje. Nanti ada pula yang kata, kos tinggilah, apalah. Bagi aku, kalau betul2 nak membantu biarlah sesungguh hati. Jangan hanya ala kadarnya.

Note :. Hanya sekadar pandangan dari seorang insan kerdil.

Cerita Haiwan Peliharaan - Part 2

http://www.tdborneo.com.my/

Seperti yang aku janjikan, akan bersambung cerita tentang haiwan peliharaan part 2. Entri yang lepas aku cerita tentang kucing. Selepas kematian kucing2 aku yang agak tragis tu, aku bertukar pula kepada membela tupai. Oh, tapi ni bukan tupai kampung ya, aku bela tupai korea. Tupai korea tu macam gambar kat atas tu. Masa mula-mula pergi ke pet shop tu aku ingat nak beli kura2 kecil yang warna hijau tu. Tapi bila difikirkan, kura2 tu tak berapa comel. Akhirnya di sana aku ternampak beberapa ekor tupai yang agak unik. Begitu aktif bersenam pula. Aku pun sambar la 2 ekor. Masa tu seekor saje harganya RM65. Sangkar pula RM40 so total RM170 aku kena bayar kat tokey pet shop for that day. Sengih uncle tu bila aku bayar. Dah le tak mo kasi less. Cesss..

First day sampai rumah, tupai2 ni nampak macam mogok je aku tengok. Yang jantan tu tak berhenti bersenam n tak nak makan. Yang betina tu ok lagi, cuma nampak monyok. Esoknya balik dari kerja aku tengok tupai jantan tu dah terbaring je.Nafas dia turun naik. Macam kena sakit jantung. Aku cubalah juga selamatkan tupai ni. Apa aku buat? heheheh..aku ambik straw n aku hembus ikut mulut ke mulut guna that straw.Ala-ala CPR gitu. Tapi tak berhasil. Tupai tu mati di tapak tangan aku. Sadis betul. Petang tu juga aku korek lubang n tanam tupai tu. Aku cacak la ranting kayu atas kubur dia. Tinggallah yang betina. Hari-hari aku bagi tupai tu makan epal hijau. Naik botak kepala aku belanja dia makan epal. Kalau sebiji epal dia makan tak pe la. Tupai tu makan biji epal hijau tu je.Ala yang kat tengah tu. Selebihnya tupai tu buang. One day, lepas aku bagi makan, aku lupa nak tutup sangkar tu. Tengah aku baring-baring kat bilik (maklumlah masa tu pregnant), aku terdengar bunyi plastik. Bila aku check tengok, alahai tupai tu dah naik atas sinki selongkar benda dalam plastik. Apa lagi, aku hambat la tupai tu nak masukkan balik dalam sangkar. Sebab tupai tu kecik, jadi tupai tu menyelinap celah sana n sini. Akhirnya tupai tu melarikan diri ikut celah bawah pintu dapur. Meraunglah jugak aku. Masa tu baru teringat yang aku tengah pregnant anak sulung. Mujurlah tak mengenan ke apa. Aku rasa sekarang tupai tu dah berkembang biak apa dengan tupai kampung yang ada sekeliling taman aku tu. Mesti cantik hasil kacukan anak2 tupai tu.

Note :.Bersambung part 3




03 June 2010

Resipi roti

Baru belajar buat roti. Sejak semalam dan hari ni la buat. Semalam punya first time buat so tak berapa nak cantik kembangnya, tapi yang hari ni punya  elok jadinya. Buat roti saje suka-suka untuk anak-anak makan. Nampaknya anak-anak ni agak teruja bila tengok mama diorang dah pandai buat roti. Apa pun tq kak yani dari http://www.myresipi.com/ kerana sudi berkongsi resipi roti yang lembut tu. Boleh lah buat selalu lepas ni. Tak payah dah beli kat kedai. Kat bawah ni lah hasil roti yang dah siap. Sila abaikan rupa bentuknya.

 Ni masa dah siap jadi doh.

Ni lah hasil lepas siap dibakar.