Showing posts with label Resipi Masakan. Show all posts
Showing posts with label Resipi Masakan. Show all posts

15 December 2011

Share resipi..

Rasanya macam lama dah tak tepek resipi kat blog,
Asyik mengarut2 je dengan cerita lain,
Ye la,
Sejarah awalnya buat blog sbb nak sembang about resipi,
Tapi dah jadi lain pulak,
Blog ni dah macam tempat saya mengadu jadinya,
Tak pe la kan,
Saya selit2 baru seronok nak menulis,
Tengoklah 2-3 hari lagi saya update beberapa resipi,
Kek, kuih & lauk,
Buka expert sangat pun masak,
Sikit2 je.
Tapi boleh lah juga share kan..
Yang mudah2...menu orang malas..hehehehe....

Lagi pun tengok ada orang copy resipi,
Seronok jugak..
Walau blog ni blog picisan je,
Takat 1-2 je yang blogwalking sehari,
Tapi tak kisah,
Sape nak baca, baca je lah,
Sape rasa boring kat sini, tak yah lah buang masa membaca benda ngarut lam ni...
Hehehehe..


*sharing is caring or sharing is sexy? hehehehe

17 April 2011

Resipi Kek Span

Asyik citer benda-benda remeh je kan daku ni. So hari ni nak tulis resipi semula. Resipi kek span yang sangat mudah.


Bahan-bahan :
300g tepung optima/ sponge mix (  daku suka pettina sponge mix sbb kek naik gebu n texture kek halus)
300g telur ayam
60g air
60g butter (cairkan atas api perlahan)

Cara-cara :
1. Mix tepung optima, telur ayam dan air sehingga kembang ( biasanya warna jadi hampir putih).
2.Masukkan esen (terpulang pada anda ikut kesukaan).
3.Setelah kembang masukkan butter (tuang masa panas-panas) dan aduk guna senduk.
4.Tuang ke dalam loyang ukuran 8 inci dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit.


* Selamat mencuba n good luck frenz.

23 September 2010

Kiddy Cake Besday

Ni kek yang member order untuk besday bash anak dia hari ni. Semalam lepas maghrib baru start buat sponge kek n deco kek sekali. Asalnya nak buat bentuk bulat, tapi loyang yang baru ni tak muat plak ovenku yang comel tu..so guna gaklah loyang 4 segi yang lama ni. Resipi sponge kek, sila rujuk resipi hotel cheese cake dalam ni.

30 August 2010

Nasi Minyak~~Ayam Masak Merah~~Acar~~Makaroni

Hari ni berbuka, menu kami berdua ialah nasi minyak.Nasi minyak ni macam biasa le digandingkan dengan ayam 'gurindam jiwa' n acar 'angan tak sudah'. Dah lama giler tak makan nasi minyak wooo. Gila kentang rindunya. So balik keje tadi, singgah jap kedai. Beli apa yang patut. Solat zohor pun kan main lajunya sebab tak sabar nak masak nasi minyak (macam ni punya orang pun ada) wuawuawua. Start masak kat dapur seawal pukul 3. Yer la kan, nak siang2 ayam lagi, prepare benda2 yang rencam tu lagi. Iskh..tak reti nak budget masa sebenarnya. Tung tang, tung tang kat dapur. Udahnya siap masak pukul 4.30. Lor, terawal lah pulak. Tahan je lah napesu nak makan nasi minyak tu. Apalah punya kemaruk nak makan nasi minyak kali ni. So gambar dan resipi akan di update nanti. Sabor yer.

Nak citer jugak ni, selain nasi minyak tu, ada juga member datang hantar makaroni dengan cempedak goreng. Wallawey~~~ lama tak makan cempedak goreng. Nak beli cempedak rasa tak berbaloi sebab hubby ku tak makan benda2 macam tu. Aiyooo~~~ So hari ni ada variety untuk menu berbuka puasaku. As usual, yang makan cempedak n makaroni tu only me, me and me again..Hehehehehe...

24 August 2010

My first birthday cake~~ Sooooo funnyyyy...

Masa besday diriku last month, terasa nak buat kek sendiri. Memang dah jangka tak jadi cantik macam yang pakar, tapi myself tersangatlah puas hati dengan hasilnya (jangan kutuk ahh, buruk pun korang kena puji jugak)..muhahahaha...permintaan yang sangat perasan dariku..hehehe..so sponge kek kat dalam tu perasa coklat. Tang luar tetiba warna putih. Hentam je la kan. Tak de ide betul masa tu. So ikut tangan dan apa yang terlintas di kepala. Decoration cake masa tu pun belajar ikut internet je. Dari start frosting d' cake until buat bunga ros sekali pun. Tu yang bunga ros kembang kuncup jadinya. Tak pernah langsung pegang nozzle tu sebenarnya. Tangan punya la ketar macam kena 'parkinson' hahahaha...apa nak buat kan, 'saya budak baru belajar'. Hasilnya.....

~~~~Taraaaaa~~~~

Ni plak cupcakes percubaan pertamaku..uhuk~uhuk~uhuk~


dan lagi...order pertama yang ku terima
tersangatlah simplenya.... 


----> kek yang lain-lain ditempah gambar dah ada kat entri sebelum ni...

.: Saya budak baru belajar. Sila bimbing ye kawan2 yang dah pakar tu. Resipi akan diupdate dalam entri seterusnya. Malas sebenarnya nak taip resipi malam ni. Macam nak mengarut tiba-tiba.

~~~Biskut shortbread-Versi tanpa loyang acuan khas (manual da)~~~

Ni lah versi tanpa loyang acuan


Ni selepas dipotong guna pisau biasa.

Kelmarin buat le biskut shortbread ni. Saje je buat sebab selama ni dok beli je. Bila search resipi, terjumpa dalam blog maklang. Senang juga nak buatnya. Simple n sedap lagi tu. So tak yah la story mory lagi. Teruskan dengan bahan-bahannya di bawah ni.

Bahan-bahan base :
Tepung gandum 170g
Gula castor 50g
Almond 80g
Susu tepung 45g
Butter - 75g -(cairkan pada suhu bilik)

Toppingnya :
Coklat masakan - agak2 dengan base kita tu
Coklat putih - sket je sebab nak buat hiasan
Shortening


Cara-cara :
1.Gaul kesemua bahan base dalam mangkuk sehingga sebati -guna sudu atau tangan.
2.Sapu shortening pada kertas minyak yang diletakkan didasar loyang.
2.Tekan padat bahan base pada loyang nipis ukuran 10x8 (ni sebab saya tak de acuannya) . Kalau ada acuan guna la acuan.
3.Cucuk-cucuk guna garfu atau lidi satay sebelum masukkan ke dalam oven.
4.Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 12 minit.
5.Keluarkan dan biarkan sejuk baru lah diletakkan topping diatasnya.

Cara-cara membuat topping :
1.Double boiler coklat masakan bersama shortening. Setelah siap tuang ke atas bahan base yang telah sejuk.
2.Double boiler colat putih dan hias sedikit di atas coklat masakan tadi.
3.Masukkan ke dalam chiller lebih kurang 10 minit.
4.Setelah siap, potonglah dengan pisau.

.: Sorry ya, biskut ni versi tanpa acuan, so tak secantik yang orang lain buat. Kat sini tak de jual loyang canggih tu. Sedihnya diriku. Tapi tetap tak mematahkan semangatku untuk terus mencubanya. TQ Maklang for d' resipi.

21 August 2010

Menu Berbuka ~~~~Mi Kari dan Donut~~~~

Hari ni saje gatal nak letak menu berbuka dalam blog. Nak tulis benda lain ide bukan ada pun. Bulan-bulan pose ni daya pemikiranku agak lemah sikit. Tak pasal je kang orang kata 'blog sampah'. Dush!dush! kalau ada orang kata camtuh. Ok, berbalik pada menu for today....taraaaaa~~~~~


Mi Kari Cinta Sakti (requested by my beloved hubby)---> layankan je lah.

~~~Telur rebus dah tenggelam di dasar mangkuk mi kari ni. Sila abaikan ~~~~~~



Donut angan tak sampai ---> sebab angan2 ku membuat blueberry tart asyik terbantut. Udahnya donut je le.

~~~Donut terakhir hubby ku tolong goreng. Berjaya juga dia menghanguskan donut ni..hahahah~~~

Resipi Mi Kari Cinta Sakti : (hidangan untuk 2 orang)
Sebungkus Mi Kuning
Taugeh - 50 sen
Sawi - setangkai
Terung - potong sederhana nipis dan goreng
Cili besar (merah dan hijau) - sebiji setiap satu dah cukup
Daun bawang & daun sup - potong halus
Tomato - sebiji
Bawang putih - 3 ulas
Bawang merah kecil- 3 ulas
Halia & Lengkuas - sebesar ibu jari
2 sudu serbuk kari ikan (bancuh siap2 dengan air suam)
Secawan santan
Udang kering -5-6 ekor (optional)
Ayam - dipotong kecil
Fish cake - potong ikut suka
Fish ball - potong ikut suka
Kerang
Lobak
keledek(direbus dan lecek )/Serbuk mashed potato(segera punya)

Cara-cara membuat kuah mi :
1.Tumbuk bawang putih,bawang merah,halia,lengkuas dan udang kering.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau.
3.Masukkan serbuk kari dan biarkan sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan sedikit air dan biar skejap.
4.Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong kecil.
5.Setelah menggelegak, masukkan santan dan lobak merah.
6. Setelah agak masak, masukkan fish ball,fish cake dan kerang.
7.Akhir sekali masukkan keledek lecek atau mashed potato yg dibancuh dengan air (untuk pekatkan kuah).
8.Tutup periuk dgn tudung dan tunggu hingga menggelegak lagi. Siap untuk dihidang.

Cara menyediakan mi dan aksesorinya :
1. Celur mi kuning sekejap, diikuti taugeh dan juga sawi.
2.Hiris cili merah dan hijau sebagai aksesori.
3.Potong tomato kepada 6 bahagian.
4.Potong daun sup dan daun bawang.
5.Rebus 2 biji telur dan belah 2.
6.Terung dihiris sederhana nipis dan digoreng-aksesori gak ni

.: Resipi ni may be anda tak berkenan, so boleh lah tukar atau modified ikut kehendak anda.

20 August 2010

Tauhu Sumbat

Sorry..tauhu sumbatku tiada gambar. Lupa plak nak snap on that day time buat santapan berbuka. Halal je la ye. Lagi pun semua orang dah tau rupa tauhu sumbat ni kan. Tauhu sumbat ni ekceli one of my fav kudapan. So bawah ni resipi untuk org yang tak berapa rajin macam diri ku..

Bahan Tauhu Sumbat :
Taugeh (dicelur sekejap)
Timun ( potong memanjang)
Carrot (potong memanjang)-optional
Sengkuang (potong memanjang)-optional

Bahan sos/kuah :
Sos cili bawang putih (jenama kimball) - agak2 dgn tauhu sumbat yang kita ada
Sedikit air
sedikit garam
sedikit gula
sedikit cuka - optional

Cara-cara :
1.Goreng tauhu sehingga kekuningan pekat.
2.Kemudian potong dua bentuk segitiga.
3.Then, sumbatkan bahan-bahan sayur tadi ke dalamnya.
4.Hidangkan di dalam pinggan

Cara-cara membuat kuah versi orang tak berapa rajin mcm diriku ini :
1.Tuang sos cili bawang putih, gula,garam dan air. Cuka tak letak pun tak pe sebab sos cili bawang putih tu  agak kuat juga cukanya.
2.Kemudian kacau atas api sehingga agak pekat sedikit. Siap sudah...
3.Sedia untuk dihidang bersama tauhu sumbat tadi.

.: Resipi ni, bebudak sekolah rendah pun boleh mencuba membuatnya. Mudah dan berkhasiat..

19 August 2010

Blueberry Tart plak.

Dari semalam lagi dok terpikir la nak buat blueberry tart. Tapi lepas buka malam tadi rasa agak letih+malas secara tiba-tiba. Bahan-bahan sume dah ada kecuali lemon. Lemon memang ku keluarkan dari agenda coz of tak boleh makan lemon lagi. Agak2nya sedap ke tart ni without lemon? ntah le..so azamnya, hari ni mesti nak buat juga tart ni. Selama ni asyik beli kat bakery je. Mahal lagi tu. Kalau beli plak bukan cukup satu, mesti nak lebih dari 5. Kalau jadi buat, esok baru publish resipi ni wif picture.

Cik Jue....manalah badan awak ni tak macam pau yang kat Utama Jaya tu..heheheheh

Tengok resipi tart ni, akan jadi dalam 12-14 pcs. Banyak juga ni. My hubby plak tak makan benda2 macam ni. Nampaknya kena la bagi serba sedikit kat kawan2 rasa. Semalam pun buat tauhu sumbat hubby makan sebiji je. Sabor je lah. Dah la, ada 6 biji. Udahnya bawa sampai ke sahur. iskh..iskh....hubby ku yang sangat cerewet makan ni.

.: Hari ni nak try wat blueberry tart yang saiznya 2 kali ganda duit 50 sen...terliur plak bulan2 pose cakap pasal makanan ni. Nyum,nyum....

17 August 2010

Blueberry cake

http://www.tdborneo.com.my/

Resepi base Cake


Bahan-bahan

150g tepung super fine
150g gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml mentega cair
1 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara

1. satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu dengan kelajuan tinggi.

2. perlahankan kelajuan dan masukkan air.pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.Masukkan perasa blueberry.

3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

4. sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8 ichi, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

5. bila dah masak keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk dulu. dan kemudian belah kepada 3 bahagain

6.Sapukan whipping cream pada bahagian dipotong tadi, kemudian letak jem blueberry dan dikuti dengan whippng cream semula.Tindihkan potong kek yang kedua keatasnya dan ulang langkah sapuan tadi.

7.Akhir sekali, bolehlah frosting kek tersebut dengan baki whipping cream tadi dan tuangkan jem blueberry dia atas permukaan kek yang telah siap.

Bahan2 untuk topping dan filling:


450 ml whipping cream /topping cream
Jem Blueberry secukupnya

 
.: Tq dr.Chef....dr.raihana yang berada di moscow..sbb sudi kongsi resipi ni

16 August 2010

Cheese Cake Bersalji

http://www.tdborneo.com.my/



Bahan-bahan :

Kek :
4 biji telur gred A
100 g gula halus
100 g hong kong flour /wheat flour
60g corn flour
50 g air
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalette
75g melted butter

Topping :
Cream cheese (agak2 la dgn kek area)
Susu pekat (agak2 juga la)
Cheddar cheese

Cara-cara :
1.Masukkan semua bahan kek kecuali melted butter dan mix dengan kelajuan sederhana.
2.Setelah kembang, masukkan melted butter dan mix sebentar hingga sebati.
3.Tuang ke dalam loyang yang telah di griskan dan bakar pada suhu 150c selama 45 minit-1 jam.
4.Setelah masak, keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk sebentar.
5.Sementara itu, mix cream cheese dan susu pekat hingga tiada ketulan.
6.Tuang di atas kek as topping (keliling kek pun boleh)
7.Akhir sekali, parutkan cheddar cheese di atas topping tadi.

.: Sangat mudah dan sedap.  Resipi ni saya dapat dalam blog seseorang (tak ingat sgt) tapi tetap nak creditkan untuk tuan punya blog tu andai terbaca. Cumanya saya dah ubahsuai sikit resipinya.

Sticky Caramel Chicken Wings






Bahan-Bahan


8 keping kepak ayam (belah 2)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).


.: My kids suka makan ayam masak ni. Anak suka, ibu setujuu...sebab senang nak buat..heheheh.Tak lupa buat Ruzalila Nik yang berada di Qatar tu..Thanks sharing this recipe n harap sangat dapat  berjumpa lagi ,may be ngajar di sekolah yang sama lagi one day my sis...Selamat Menyambut Ramadhan dan Eidul Mubarak di perantauan.

12 August 2010

Hotel Cheese Cake



Bahan 'base' :

Telur                      150g
Ovallete                     6g
Baking powder        2.5g
Milk Powder              8g
Sugar                        75g
Low protein flour       65g
Corn Flour                  5g
Water                        25g
Cocoa powder /
Coklat emulco            20g
Melted butter             50g

Filling :
Bahan A
Cream cheese        250g
Sugar                       75g

Bahan B
Cocoa powder/
Coklat emulco          20g

Bahan C
Gelatine                    20g
Water                    100g

Bahan D
Fresh cream           250 g

Cara-cara :
1. Putar semua bahan 'base' sehingga kembang kecuali melted butter.
2.Setelah kembang, masukkan melted butter dan aduk perlahan menggunakan sudip.
3.Tuang dalam loyang (sederhana) yang telah disapukan margerin atau shortening dan bakar pada suhu 160c
   selama lebih kurang 30 minit.
4.Seterusnya putar cream cheese dan gula sehingga nampak 'creamy'.
5.Kemudian masukkan gelatine (rendam dalam air kemudian panaskan atas api) dan putar.
6.Setelah agak sebati, masukkan pula cocoa atau coklat emulco.
7.Akhir sekali masukkan fresh cream (putar dulu sampai kembang) dan aduk menggunakan sudip.
8.'Base' kek yang telah dimasak tadi, keluarkan dari loyang dan belah tengah.
9.Masukkan 1 bahagian semula ke dalam loyang dan tuang setengah daripada 'filling' tadi. Kemudian
   masukkan 1 bahagian kek lagi dan tutup lapisan atasnya dengan baki filling tadi.
10.Masukkan ke dalam peti sejuk (chiller semalaman/freezer 2-3jam).
11.Keluarkan dari loyang dan hidangkan.

.: Selamat mencuba kawan-kawan. Andai tak berapa faham, bolehlah bertanya terus pada saya.

13 June 2010

Kalakote

Kalakote


Kuah Kacang


Masa tengah syok jalan-jalan cari resipi lam internet. Terjumpa la resipi yang unik namanya ni. So check la  bahan-bahannya. Gambar tak der, so saya imaginasi sendiri je rupa bentuknya. Hehehe...Bila tengok bahan-bahannya macam buat cucur je tapi makan dengan kuah kacang. Resipi ni saya jumpa dalam resipi.net by Mat Anieh. Thanks a lot ya pencipta resipi. Petang tadi juga saya buat untuk suami dan anak-anak makan. Sedap.

Bahan-bahan Kalakote:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 biji telur
Daun Kucai (potong pendek
Daun Bawang
Taugeh (saya tambah sendiri)
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Ajinamoto (optional)- tapi saya tak letak.

Cara-cara :
1.Masukkan tepung gandum, tepung jagung, dan telur dalam bekas dan bancuh dengan air sehingga agak likat.
2.Masukkan daun kucai, daun bawang dan taugeh ke dalam adunan tepung tadi.
3.Letakkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
4.Goreng terus seperti cucur.

Bahan-bahan kuah kacang :
1 genggam kacang tanah, goreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar halus.
2 ulas bawang putih }
2 ulas bawang merah}
1/2 inci lengkuas}
3 ekor udang kering}  tumbuk / kisar
Cili giling/boh
1/4 gelas air asam jawa
1 gelas air
2 keping biskut marie (hancurkan halus)

Cara-cara :
1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.Masukkan cili boh, biarkan sehingga pecah minyak.
3.Masukkan kacang tanah kisar dan kacau sebati.
4.Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan menggelegak hingga pecah minyak.
5.Akhir sekali, masukkan biskut marie hancur ke dalam kuah kacang (utk memekatkan).
6.Biarkan hingga pecah minyak kemudian tutp api.

Note :. Saya suka makan apa saje. So semua resipi saya cuba. Mana2 resipi yang saya publishkan di sini, saya akan kreditkan nama blog dan juga pencipta resipi andai saya menggunakan resipinya. Mana yang tidak dikreditkan bermaksud resipi sendiri atau turun temurun. Sekian, adanya.




Lokan / Etak masak lemak cili api


Teringin makan masak lomak cili api. Teringat plak 'uwan2' maso ngajar kek  Negri Sembilan maghin masak lomak cili api. Memang sodap raso eh. Sepinggan tak cukup. Semalam pagi pergi supermarket, nampak la isi lokan ni. Terliur rasanya. Memandangkan Mr. Hubby tak de (dia tak gemar gulai ni), saya pun ambil kesempatan memasak untuk diri sendiri. Puashati dapat makan. Nyum..nyum..
Bahan-bahan :

10 isi etak/lokan saiz besar
7 biji cili api ( ikut citarasa)
1/2 inci kunyit
1 keping asam keping
1 gelas kecil santan pekat
1/2 gelas santan cair
1 batang serai (diketuk/dititik)
1 helai daun kunyit dihiris nipis.

Cara-cara :

  1. Tumbuk cili api bersama kunyit.

  2. Kemudian, masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama etak/lokan dan kecutkan (bagi mesra atas api sebentar). Tambahkan sedikit air supaya tidak kering.

  3. Setelah itu, masukkan santan cair dan serai yang telah dititik.

  4. Masukkan asam keping dan biar menggelegak.

  5. Kemudian, masukkan santan cair dan garam secukup rasa dan biarkan menggelegak.

  6. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan biarkan sebentar di atas api

  7. Sentiasa kacau gulai dengan api perlahan supaya santan tidak pecah.
Note :. Resipi di atas ialah untuk hidangan bagi seorang atau 2 orang.

12 June 2010

Kerabu Udang

http://www.tdborneo.com.my/



Kelmarin tengok pokok cekur dalam pasu dah makin gemuk. Daunnya hijau, cantik je lebarnya. Almaklumlah musim hujan. Tu yang rasa nak makan kerabu tiba-tiba. Tengok semua bahan ada, kecuali bunga kantan, so mulakan lah operasi membuat kerabu. Ni resipi mak mertua. Kalau menantu dia ni balik, kerabu ni lah kerap terhidang atas meja. Sedap.

Bahan-bahan :

12 ekor udang saiz kecil (rebus dgn suku cawan air)
Segenggam kecil taugeh (dicelur dan toskan)
1/2 bahagian bunga kantan saiz kecil (belah 2 dan hiris nipis-nipis)
5 helai daun cekur (dihiris nipis-nipis)
1/2 biji bawang besar (belah 2  dan dihiris melintang)
1/2 inci halia (dihiris halus-halus dan nipis)
2 sudu besar kerisik (belilah yg dah siap punya)
2 sudu besar beras goreng yang telah dihancurkan(ni pun buat dan simpan bakinya)
gula secukup rasa
garam secukup rasa
2 sudu besar air asam jawa / perahan lemon

Cara-cara :

  1. Campurkan udang beserta air rebusannya, taugeh,bunga kantan,daun cekur, bawang besar, dan halia di dalam pinggan. Gaulkan

  2. Kemudian campurkan dengan kerisik dan juga beras goreng. Gaulkan sebati.

  3. Akhir sekali masukkan garam, gula dan air asam jawa ke dalam kerabu tadi. Gaulkan sebati.

  4. Siap untuk dihidang.
Note :. Resipi yang tercatat di atas bukan sahaja untuk dikongsi bersama teman-teman di luar sana, tetapi juga sebagai sumber rujukan saya sendiri pada masa  akan datang.


10 June 2010

Simple Cheese Cake



Teringin makan cheese cake. Apakan daya, sini tak de secret recipe. So google skejap, dapat lah resipi cheese kek ni. Tapi saya ada ubah dan tambah sedikit bahannya. Cheese kek yang saya buat ni, tak letak biskut pun di bawahnya kerana stok biskut di rumah memang dah habis n saya tak berapa rajin nak keluar membelinya. Jadi seadanya je yang saya buat ni.
Bahan-bahan :

Bahan A :
1 cawan biskut hancur (marie atau apa biskut manis)/10 keping biskut
1/3 cawan butter dicairkan

Bahan B :
250g cream cheese
200g fresh cream
3 sudu tepung gandum/ serbaguna
2 sudu jus lemon
100g gula halus
Telur 2 biji

Cara-cara :
1.Campur biskut hancur dan butter yang dicairkan dan ratakan di dasar loyang.Jangan lupa sapu loyang dengan butter atau margerin. Takut melekat.
2.Masukkan semua bahan B di dalam blender dan blend sehingga sebati.
3.Tuang bahan B ke dalam loyang.
4.Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 45 minit (Pada 30 minit bolehlah letakkan alumunim foil di atas loyang supaya permukaan kek tidak hangus dan sambung bakar 15 minit lagi).
5.Selepas keluar dari oven, sejukkan dan kemudian simpan di dalam peti sejuk semalaman.Baru sedap dimakan.


Note :. Sesuai untuk minum petang. Bagi penggemar cheese cake, selamat mencuba ya.

08 June 2010

~~~Resipi Donut Gebu, Lembut~~~

Breakfast hari ni saja la buat donut. Anak2 request. Gagah jugalah buat. Buka esbok ada bahan-bahan lagi. Mulakan la operasi menguli. Orang kata mudah je buat donut ni. Tapi saya tetap rasa susah sebab nak dapatkan kelembutan yang seimbang. Apa pun resepi donut ni adalah kacukan beberapa resipi donut. Memang lembut walaupun dah sejuk. Kadang-kadang ada donut yang memang lembut tetapi liat. Tapi donut yang ni memang lembut dan tak liat. Dah buat eksperimen dulu, memang terbukti..maklumlah cikgu sains. Kat bawah ni disertakan resipinya. Kalau nak ubahsuai pun terpulanglah ya.

Bahan-bahan :
  1. 500g tepung gandum
  2. 50 g butter/margerin
  3. 2 sudu gula
  4. 1/2 sudu kecil garam
  5. 1 peket mauripan / dry yeast
  6. 1 biji telur (pukul sebentar)
  7. 200ml susu segar + sedikit air suam (optional)- nak guna air suam semua pun boleh tapi jgn lupa letak 2 sudu susu tepung atau susu manis.
Cara :
  1. Masukkan mauripan, gula, butter dan susu segar dalam bekas dan biar selama 10 minit(bahan kacau)
  2. Kemudian masukkan tepung, garam dan telur yang telah dipukul di dalam satu bekas yang lain.
  3. Campurkan bahan kacau dan tepung tadi serta uli hingga tak melekat di tangan.
  4. Semasa menguli, pastikan gunakan hujung jari bukan tapak tangan (petua orang tua).
  5. Kemudian bentuk lah doh-doh bulat kecil dan biarkan sebentar (5 minit). Nak goreng baru lubangkan di tengahnya.
  6. Sementara itu, panaskan minyak dengan api perlahan.
  7. Kemudian goreng lah doh tadi sehingga warna kekuningan. Angkat dan toskan.
  8. Gaulkan dengan gula halus atau topping yang anda suka.

Note :. Resipi yang simple dan mudah tapi sangat puashati bila kita sendiri membuatnya. Selamat mencuba.


07 June 2010

Homemade Pizza~~~walla~~~~

Tiba-tiba rasa nak makan pizza. Minta hubby pergi ke supermarket n beli bahan-bahan yang diperlukan. Bila buat sendiri ni, puas sket makan sbb kita boleh letak apa yang kita suka. Nyum..nyum...Untuk resipi ni jadi 2 biji pizza large size..


Bahan-Bahan :

PIZZA
500 tepung gandum...........]
1 paket yeast mauripan........] gaul rata
1 sudu kecil gula..........................]
1 sudu kecil garam........................]
1 sudu besar majerin/butter (pun boleh)
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak

cara :

1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. Tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda.
3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin) dan bahagikan adunan kepada beberapa ketulan. Nak senang buat 2 ketul besar.
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendaki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZA

bahan

2 ketul dada ayam (potong kecil)
200 gram
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas – (pilihan)
1 cawan cendawan butang [hiris nipis) / nak potong 2 pun boleh.
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella (ikut kesukaan individu nak banyak atau sikit)
1 sudu besar minyak
3 sudu serbuk kari
1 sudu kecil daun oregano (tak letak pun ok je)
garam secukup rasa

cara

1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu bersama serbuk kari
3. Masukkan ayam dan tambahkan garam serta daun aregano
4. Kacau hingga ayam empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.

Note :.  Resipi ni dapat dari blog seseorang dan saya dah ubah sikit resipinya. Tapi maaf sangat sebab
tak ingat langsung blog mana saya ambil resipi ni. Kes nak cepat le ni. Apa pun credit to that blogger.

03 June 2010

Resipi roti

Baru belajar buat roti. Sejak semalam dan hari ni la buat. Semalam punya first time buat so tak berapa nak cantik kembangnya, tapi yang hari ni punya  elok jadinya. Buat roti saje suka-suka untuk anak-anak makan. Nampaknya anak-anak ni agak teruja bila tengok mama diorang dah pandai buat roti. Apa pun tq kak yani dari http://www.myresipi.com/ kerana sudi berkongsi resipi roti yang lembut tu. Boleh lah buat selalu lepas ni. Tak payah dah beli kat kedai. Kat bawah ni lah hasil roti yang dah siap. Sila abaikan rupa bentuknya.

 Ni masa dah siap jadi doh.

Ni lah hasil lepas siap dibakar.