Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

15 January 2012

Muhasabah diri....Karma?

Kita hidup ni singkat je kan?
Selagi hidup, buatlah baik sesama makhluk Allah.
Sebut pasal karma?
Saya lebih suka sebut balasan Allah.
Emm...kita ni hidup if berdengki je dengan orang lain,
Memang hidup takkan senang,
Kalau hidup senang dari wang ringgit pun,
Tetap tak diberi kesenangan hati..
Lagi sengsara, azab!
Ha...baru ni ada lah satu insiden..
Saya dapat tau pun dari orang lain,
Ada sorang minah ni kejenya...
Asyik cari salah orang,
Dan lain perasan diri tu mcm bagus dari orang lain,
Dia buat orang macam2, dia tak fikir perasaan orang,
Buruk2 kan orang..
Well...hidup ni adil kan?
Allah juga sangat2 adil..
Finally dia kena benda yang sama,
Yang biasa dia buat kat orang lain..(saya cerita general saje..not in details ya)
Rasa sedih kan bila kena pada diri kita?rasa nak menangis?
Tak payah lah sbb kita kena fikir apa yg kita dah buat kat orang.
Saya hanya tersenyum mendengar cerita2 begini,
Kerana akhir zaman ni,
Balasan Allah memang tak lama,
Hari ni kita buat jahat pada orang,
Esok lusa orang plak buat jahat kat kita,
Dan ingat..
Bila kita memakai hijab, warak dari orang lain, jaga aurat,
Jangan rasa angkuh yang kita lebih baik, lebih bagus dari orang lain,
Maka kamu haruslah menjaga aurat yg lain sama agar tak berbuat maksiat,
Hati, mata, mulut dan telinga juga jaga supaya tak terjebak...
Jangan fikir orang lain lebih teruk..tak berilmu..
Kerana bagi saya..
Hanya Allah yang layak menentukannya...
Jadi berdiam diri itu lebih baik...

*Hari2 kena bermuhasabah diri supaya tidak timbul sikap2 mazmumah dalam diri....insyaallah..

06 January 2012

~~Belajar Disiplin~~

Bila bab disiplin ni.
Sume boleh cakap je, nak ikut memang susah kan.
Tapi once kita dah biasa, ok saje .
If dapat stay asrama dari awal insyaallah..
Biasanya disiplin tu lekat sampai ke tua.
Tapi tak lah kata if tak duk asrama tak disiplin.
Ada juga yang tak pernah duk asrama tapi berdisplinkan..?

So disiplin dalam banyak bentuk.
Contoh if ada anak.
Biasanya banyak baju.
Lepas pakai make sure baju kotor letak dlm bakul khas.
Jangan campak2 mcm hape je.
Then, asingkan juga baju2 yang nak pakai basahan atau gi jalan.
Bila dah biasa, anak2 tau sendiri mana nak pakai time gi jalan n di rumah.
Janganlah baju tidur, baju basahan siang n baju jalan adalah baju yang sama.
Tak rasa janggal ke tengok?

I'm a lil bit fussy about this ya..
Tapi takat ni tgk yaya just like me..
Baju anak2 asingkan kegunaannnya..
Rasa selesa tengok.
Tak lah nampak baju cepat buruk sbb kegunaannya dihadkan.
So pada stalker yang baca entri ni..
Harap take note ya!

* Tak suka tengok orang yang reti hargai sesuatu barang yang diberi orang..annoying!

Memerap hati

Tajuk entri macam tak bleh gi je...
Memerap hati sebab apa?
Sbb sesuatu hal yang memang saya sangat tak suka.

Rasa mcm simple things je.
But for me it even bigger than disaster!
Ye lah kan, if dah tau sesuatu benda tu bukan belonging to us.
Jangan pakai sesuka hati.
Tanya tuan nya dulu.
Takkan kita tak kenal barang sendiri dengan orang lain punya.
Dan lagi....
Kalau dah terkantoi tu,
Harap pandai2 le minta maaf supaya tuannya tak menyinga!

So if orang tu baca ini entri..
Hope so you notice ya!
Sorry la, blog nn jadi tempat complain..

*Cuba disiplinkan diri sket...jangan hentam keromo je mcm tak terdidik.

15 October 2011

Ex-Boipren vs Ex-gelfren

Hui, tajuk melets la Cik Ngah..
Bior ah, saje jek..tak bleh ke?
Tak suka sila jgn baca (skima lagi ayat)...terlebih makan gula ke Cik Ngah?

Korang kat luar sana kan,
If terjumpa ex-bf/gf apa perasaan korang?
Sorang je seumur hidup?
Hehehe..tok sah dok buhung la..cinta monyet, cinta zirafah sebelum kawin mesti ada kan? ahaks!
Termasuklah saya!
Bila terjumpa balik dgn ex-bf dalam FB (tq Mark Zuckerberg)..perlu ke ucapan itu?
Erm..rasa sonok gak..
Tapi no heart feeling sbb masing-masing dah ada family..
Move on je lah dengan apa yang kita dah ada kan.

Tapi, masih nak sibuk nak ambik tau sikit-sikit pasal si dia.
Siapa wife, anak berapa, keje kat mana, stay kat mana, happy dak...
Hahahaha...(melets la ko ni Cik Ngah).
Saje je..maklumlah orang yg pernah bertakhta di hati..aceceh..
Tapi now, of course la Incik hubby je in my heart, orang lain tak de tempat..I Love U Baby.

And..
Pada sesape yang terjebak dengan ex memasing n korang pun dah kawin,
Sila beristighfar banyak-banyak ye...may be kamu ter alpa sekejap.
Jangan sesekali terjebak ya..kesian family kamu!

* Ya Allah, sentiasa pelihara lah hati ku supaya tetap pada Mu dan keluargaku...Amin

11 October 2011

Siapa suami kamu??

Hahaha...sila ambil perhatian,
Entri ini untuk bacaan orang yang sudah berkahwin saje, harap maklum!(acah je)
Firstly, saya  nak tanya.
Korang cinta ke sayang kat suami korang..(sila jawab dalam hati saje supaya saya tidak menjudge kamu :>).
Dan jawapan saya juga hanya dalam hati saje...fuh!
Then, personally bagi saya tanpa mengambil kira pandangan orang lain,
Suami merupakan...
Ketua dan pembimbing keluarga,
Juga..
Sebagai penasihat tak bergaji,
Peguam bela (bila mana kamu di buli)
Sahabat baik (bila tika nak kongsi cerita) dan main chess!
Kaunselor (bila jiwa kacau terutamanya)
Sifu...(yang penting tak bagi ajaran sesat)
Mekanik,
Chef di kala saya keletihan ... :)
Partner gi tgk wayang n gi jogging,
Supporter,
And last,
Teman nak bergaduh bila tak de orang lain nak gaduh dengan kita..hewhewhew..(CikNgah, kamu ni nak bergaduh saje ye )....

Rasanya kalau semua ni merangkap tugasan suami dalam hidup kamu...
Insyaallah kamu akan rasa seronok dalam melayari hidup berumahtangga..
Walau tidak se 'perfect' mcm cerita dongeng tapi bagi saya mencukupi...
Tapi bagi kamu di luar sana, tepuk dada tanya selera...
Walau siapa pun suami kita, RESPECT, RELAX n RESPOND bila bersama hubby masing2 ya (mcm rancangan 3R la pleks)........

* Hidup ini terlalu singkat, jadi hargai lah masa bersama suami/isteri tercinta...

15 April 2011

Cerita yang bersambung...

Kalau kengkawan ada terbaca tajuk entri daku "kesian sesungguhnya". Kali ni nak sambung untuk entri tersebut. Hari ni pegi kantin n bawa sekali murid daku yang 'kesian' tu. Sampai je kat kantin, mak cik tu terus bagitau kat S****N ni suh mai je kat kantin setiap kali rehat. Ingatkan dia sorang je dapat makan free di kantin. Rupanya tiga-tiga beradik diorang  dapat makan free.
Alhamdulillah.............
 Semoga murah lah rezeki mak cik kantin tu. Hari ni memang daku rasa happy sangat sebab dapat membantu murid-murid yang susah ni. Semoga S*****N dan adik-adiknya menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti.
Kalau ada kengkawan yang nak menyumbang dan beramal pun boleh jugak sebabnya ramai juga murid-murid kat sini yang agak susah. Kot-kot ada rezeki lebih ke.Mana tau kan...

*Perlu ke kita menunjuk kemewahan, harta benda yang kita ada. Riak tu dibenci Allah. Janganlah kita terpengaruh dengan hasutan syaitan. Selamat beramal.

Apa perasaan bila bersara ya?

Tetiba terkeluar plak entri ni.Bersempena dengan persaraan seorang sahabat di sekolah tadi membuatkan daku nak buka topik ni.
Sebenarnya bila tengok orang bersara, hati sendiri yang rasa sayu.Kira macam berhenti kerje secara tiba-tiba jugak lah. Semalam masih lagi sembang dengan kawan-kawan,murid-murid. Tetiba hari ni dah duduk kat rumah tak buat apa-apa.
May be sementara nak biasakan diri dengan rutin baru dan tinggalkan alam kesibukan akan rasa kesunyian sikit.
Patutlah tengok my dad lepas bersara dok sibuk dengan biznez lagi. Hilang sket rasa kesunyian tu. Bila fikir pasal pencen ni, daku pun rasa nak pencen awal. Hukhukhuk....Bleh duk rumah, gi ngaji, gi melancong merata dunia. Alamak, bestnya rasa tetiba. Hehehehehe...
Tapi perasaan best tu bleh bertahan sampai bila ya? Kecuali penuhkan jadual harian dengan aktiviti yang padat macam berkebun, gi kelas agama, exercise ronda-ronda jalan kaki atau baca buku ilmiah.
Apa pun harapnya kawan-kawan yang dah bersara tu or yang bakal bersara, semoga Allah merahmati kamu... Insyaallah.........

14 April 2011

Kesian sesungguhnya..

Hari ni nak tulis entri yang agak touching sket. Bagi daku lah, bagi orang len, terpulanglah. Hari ni waktu sebelum rehat, member ada tanya pasal sorang anak murid. Namanya S****N. Sorry nama dirahsiakan demi menjaga maruah serta identiti dia. Masa member tanya tu, daku blur jugaklah. Member kata, S****N ni suka nangis ke? Daku jawab le tidak. Memang tidak pun. Tapi budak ni muka memang kesian sket. Kalau pandang muka dia tu, sayu je. Oleh sebab dia ni budak lelaki so daku ingat member gurau je. So dalam pukul 1.10pm masuk le kelas. Tanyalah jugak pasal hal nangis tu. S****N tak cakap. Dia ni memang berat mulut sket budaknya. So kengkawan dia yang tolong jawabkan. Memang dia menangis.

Daku pun tanya dia bertubi-tubi, dah macam CSI pun ada. Namun, hampa jugak. So masa balik terserempak dengan member. So dia bagitau S****N ni menangis sebab tak de duit nak makan masa rehat. Huwaa....rasa bersalah gila dengan budak ni. Adik dia pun tak bawa duit juga. Tapi ada sorang ustazah ni bagi duit untuk dia makan. Sampai balik rumah daku rasa berdosa sebab tak dapat tolong dia. Dah la daku guru kelasnya. Yang daku tau, selalunya mak dia akan hantar bekal waktu rehat. Tapi hari ni, mak dia hantar adik yang sorang lagi ke klinik. May be sebab tu tak sempat nak hantar bekal masa waktu rehat. Daku terkejut gak budak ni tak dapat RMT. Ayah dia sorang je yang kerje dengan pendapatan RM600 sebulan. Cukup ke untuk tampung keperluan keluarga dengan keadaan zaman macam sekarang ni. Kelas daku ramai bebudak yang susah. Tapi daku tak dapat nak tolong sbb daku pun bukan banyak harta. Hukhukhuk...

Apa pun balik tadi, aku segera ke kantin. Minta mak cik kantin bagi S****N makan setiap rehat dan caj bawah akaun daku. Ni je lah yang daku mampu tolong. Tapi, mak cik ni lagi best. Dia pulak yang nak belanja S****N ni makan hari-hari lepas ni. Terharu gak daku dengan kebaikan mak cik kantin ni. Kira mcm kami berebut S****N plak. Walau macam mana pun daku mengalah, bagi mak cik kantin tu yang sponsor budak ni. Dia pun nak beramal jugak untuk bekalan ke akhirat nanti. Daku, nampaknya terpaksa cari budak-budak susah yang lain...Ni je lah yang daku nak share dengan kawan-kawan untuk entri kali ni.

* Rasa bersyukur dengan apa yang daku ada. 

04 September 2010

Rokku, pemilik blog ragam artis meninggal dunia?

Baru ni blog walking la ke blog ragam artis. As usual la, me mesti nak sibuk-sibuk tau pasal artis-artis ni. Saje je, bukan obses sangat pun dengan gosip-gosip diorang ni. Saje untuk menceriakan hari-hari ku. Masa gi kat shoutbox tu terkejut juga bila ada blogger-blogger lain tulis 'al-fatihah'. Ya Allah, andai berita ini benar, tempatkanlah beliau di kalangan umatmu yang soleh dan mendapat keberkatanmu Ya Allah. Amin. Tak lupa juga pada sorang blogger, 'zaza' yang telah kembali juga ke rahmatullah kerana kemalangan baru-baru ini. Innalillahiwainailaihirojiun.....

Ni link blog beliau ...http://ragam-artis.blogspot.com

.: Ya Allah, lindungilah aku ....

15 August 2010

Suamiku, kekasihku, sahabatku..

Tiba-tiba rasa nak cerita pasal suamiku plak. Dia orang yang paling memahami hati, perasaan dan emosi aku yang serba rencam ni. Hehehehe...aku sangat sayangkan dia hingga akhir hayat aku. Tak terungkap dengan kata-kata sebenarnya sejauh mana aku sayangkan dia. Aku sedar Allah hanya meminjamkan dia kepadaku. Tapi peluang dan anugerah yang diberikan oleh Allah ini, akan ku hargai sepenuhnya sepanjang hidupku. Aku bersyukur kerana dikurniakan dengan suami yang amat memahami diri ini. Andainya, dia terbaca entri untuk kali ini, i just wanna say that "I Love U so Much Abang". Terima kasih kerana membimbing serta menyokong setiap apa yang yana lakukan......

.: Nak dedicate lagu " two steps behind" by def leppard to him..

14 August 2010

SaLaM RaMaDhaN

Sedar tak sedar dah 4 hari kita berpuasa rupanya. Cepat masa berlalu. Rasa macam baru semalam je mula berpuasa. Harapnya belum terlambat untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Puasa'. Semoga puasa pada kali ini memberi seribu rahmat dan keberkatan kepada kita.

.: Jaga diri, hiasi peribadi

11 August 2010

Kepertanggungjawaban, bertanggungjawab or bla bla bla.....

Isu tanggungjawab ni memang banyak yang aku nak ulas n boleh ulaskan. Biasanya di persekitaran kita kerja banyak jumpa orang macam ni. Ada banyak kategori ni nak huraikan satu demi satu. Ewah, macam kaunselor lah pulak. Hahahah...kaunselor wanna be....orang yang bertanggungjawab sebenarnya amat ramai dan orang yang tak bertanggungjawab langsung dengan kerjanya pun ramai jugak. Kadang2 aku terfikir mana kesedaran diri diorang ni. Aku ni tak lah rajin, tapi bila sesuatu yang telah dipertanggungjawab kan kepada kita, haruslah melaksanakannya walau dengan hati yang berat atau tak ikhlas. Kalau ikhlas lagi berlipat ganda pahalanya.

Ni nak cerita pasal orang tak bertanggungjawab. Kadang2 kalau tengok muka,Ya Allah macam bagus2 je. Kalau bagi kerje tu semua dia kata beres. Tapi spesies yang ni, aku faham benar la. Depan bos semua dia kata " yes bosssssssssssssssssssssssssss"..tapi bila tiba masanya kena buat kerja tu. Haram buat tak tau. Ramai ni golongan macam ni. Kadang2 tu atas sikap dia yang mcm tu menyebabkan orang lain yang dapat susah. Aiseh, ayat aku dah mula mcm nak marah ni. Iye, aku tak tipu. Kalau kerja yang glamour2 sampai orang atas kenal, barulah dia nak buat. Keje yang suam2 kuku kat tempat kerja tak nak buat. Tak de alasan bagi aku, kecuali ditimpa musibah mcm sakit kronik atau gila. Kalau mcm cikgu ni lagi lah. Tanggungjawab kita dengan murid. Kena lah ajar bersungguh-sungguh. Jangan lah sambil lewa je. Nak pulak yang memegang title sesuatu yang 'cemerlang'..jangan hanya pada title je. tapi perlaksanaan tak berapa nak ' hado'...nanti balasan Insyaallah, pada anak sendiri juga.

Sekian entri emo dari aku untuk kali ini. Meng'emo' kan untuk orang lain.. hahahaha....

Tak sabar menanti saat itu

Dah lama tak layan blog yang bersawang ni. Rasa macam tak tau nak taip pasal apa. Tajuk ada, cuma tak de idea nak garap isi dengan tajuk. Enti tentang tak sabar tu..hahaha...rasa happy tetiba bila nak ulas tajuk ni. Tak sabar sungguh sebab nak mohon pindah balik semenanjung. Nak jumpa dengan kids. Rindu teramat dengan diorang. Betul lah orang kata, anak ni penguat semangat kita. Walaupun happy berdua berbulan madu dengan hubby, tapi rasa tak lengkap plak tanpa kehadiran anak-anak. 1 September borang pindah keluar lagi. Ini kali kedua dah aku isi untuk tahun. Harapnya untuk kali ini, perpindahan aku balik ke sana diluluskan. Keseronokan kehidupan dah terbayang difikiran aku..boleh window shopping, bleh jalan2 cari makan, bleh juga jalan2 cari pasal. Lama dah aku tak buat semua aktiviti2 ni semenjak aku duk kat sini. Bleh ronda2 merata ajak anak-anak. Best, best...

Tapi apa pun, ada orang lain yang lebih gembira daripada aku n hubby sebenarnya. Mertua aku la paling excited bila aku n hubby decide nak balik semenanjung. Adalah orang yang leh bawa diorang n jaga diorang kot ada apa2 yang berlaku kelak. Yer la kan, diorang pun dah tua n tak berapa sihat sangat. Bila cerita tentang ketidak sihatan diorang tu, semenjak aku pos anak2 aku ke sana. Wah, dengarnya kedua-dua mertua aku semakin bersemangat nak makan n dapat bersenam secara tak langsung. Kira jadi semakin sihat la. Anak -anak aku tu terlebih aktif. So tuk dengan wan dia kena la bergerak cergas. Kesian juga kat diorang, tapi bila fikir balik anak-anak aku tu mcm sumber kekuatan pada diorang so syukur juga. So raya ni, aku balik Penag n Klang. Memang tak sabar menanti saat itu..................

16 June 2010

Is Away....

Untuk beberapa hari yang berikut ni nampaknya tak dapatlah aku nak bermanja-manja dengan blog. Nak balik Penang n KL sampai Ahad. Orang lain masing-masing sibuk nak balik ke sini. Aku dah nak habis cuti barulah sibuk nak balik semenanjung. Tak pe, raya nanti boleh balik lama sikit. Ni pun, aku tak boleh nak mencoret lama-lama dalam blog. Nak bersiap coz ada member nak tolong hantar ke airport dan sebenarnya, aku tak suka orang yang menolong aku tu tertunggu-tunggu nanti. Apa pun thanks a lot gang.Heheheh..sehingga ketemu lagi..

14 June 2010

Belajar menghormati orang lain



Hari ni saje lah nak sembang dan kupas tentang topik 'belajar menghormati orang lain'. Aku percaya di sekeliling kita, di tempat kerja, di kejiranan, di kedai runcit ,hatta di mana sekalipun, mesti selalu jumpa orang yang langsung tak tahu menghormati orang. 'Hormat' adalah satu perkara yang sangat general nak disebutkan dan dalam entri aku ni, aku menjuruskan kepada menghormati hak personal dan pendapat seseorang individu.

Kadang-kadang bila nak bincang perkara ni, akan menjadi satu isu yang menyentuh sensitiviti perasaan individu. Chewah, ayat baik punya. Apa pun, selama aku bekerja dan bersosial ni memang banyak jumpa individu yang tak tahu langsung menghormati orang. Contohnya, bila kita beri pendapat dipandang sebelah mata sahaja dan individu tersebut hanya mengambil kira pandangan sendiri yang memang tak masuk akal. Ini kerana bagi aku, semua pendapat yang diberikan oleh pihak lain haruslah dipertimbangkan buruk baik dengan sewajarnya. Jangan terima pendapat yang enteng sahaja untuk diuruskan. Bagi aku, walaupun kita lebih tua, tak salah menerima pendapat orang lebih muda andai itu membawa kebaikan. Macam-macam manusia ni kan... tapi aku kalau jumpa orang macam ni, aku buat tak tau je sebabnya aku dah set dalam fikiran "biarlah dia terjun dengan labu-labunya". Nanti sendiri yang rugi.

Selain tu, ada juga individu yang tak tau langsung menghormati hak personal orang lain. Ini lah yang paling kerap terjumpa pun. Di persekitaran tempat kerja dan di kejiranan. Ini bukanlah satu tuduhan, hanya contoh yang terdapat di persekitaran aku sahaja. Dan aku percaya, pembaca di luar sana pun sering berhadapan dengan perkara sebegini kan? Contohnya, bila bab menjaja hal rumahtangga kawan-kawan yang menghadapi masalah. Bagi aku, itu hak personal individu tersebut dan kita sebagai orang luar tak berhak membuat spekulasi dan kesimpulan yang macam. Hanky panky gitu. Besok kalau terjadi pada kita dan orang lain buat perkara yang sama, masa tu tolong jangan marah atau nak mengamuk. Contoh yang lain pula, ada individu yang suka sangat nak tau hal luar dalam kawan-kawan. Yang ni pun aku memang tak gemar tengok. Kalau nak tau sikit-sikit tu oklah. Tapi kalau sampai nak tau berapa gaji, bini ada berapa, gaji laki kita berapa, berapa harga kereta. Beli perabot berapa ribu. Simpana bank ada berapa banyak. Ohh...spesies yang ni tersangatlah aku allergic.

Aku setakat ni, cuba menghalang menjauhkan diri aku daripada punca-punca yang mendorong aku ke tahap seperti itu. Walaupun kengkadang ada juga tersasul tetapi sekurang-kurangnya masih mencuba untuk memperbaiki diri. Kerana hidup hanya sekali, selagi kita hidup, carilah seramai rakan yang mungkin dan hindari permusuhan. So pada teman-teman di luar sana, sama-sama lah kita bermuhasabah diri dan kita sebagai manusia biasa tidak akan lari daripada kekhilafan akibat ikhtilaf kita yang berbeza..

Note :. Aku hanyalah insan yang sangat-sangat kerdil di bumi Allah yang sangat luas. Salam Ukkhuwah teman-teman.

02 June 2010

Penyanyi "Sayang Kinabalu" meninggal dunia.

Baru terbaca berita tadi yang penyanyi "Sayang Kinabalu" Allahyarham Kimin Mudin meninggal dunia akibat masalah jantung. Bagi sesiapa yang belum pernah mendengar lagu ni, rugi rasanya kalau tak cuba mendengarnya. Aku sendiri secara peribadinya suka dengan lagu ni. Susunan kata-katanya sehinggalah alunan muziknya yang mengasyikkan. Ditambah pula lagi dengan gemersik suara penyanyinya. Berulang-ulang mendengar dan menyanyi pun tetap tak bosan. Sehinggakan anak-anak aku yang masih kecil tu pun hafal lirik lagu ni.Apa pun Al-Fatihah kepada Allahyarham dan takziah kepada keluarganya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam golongan orang yang soleh.

Note :. Setiap yang hidup pasti akan pergi menghadap-NYA. Begitu juga kita. Adakah kita sendiri sudah bersedia menghadap Ilahi dengan keadaan diri yang penuh noda dan dosa???

http://www.tdborneo.com.my/