Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

18 December 2011

Perkahwinan Gay pertama di Malaysia

Ariff Alfian Rosli pelajar tajaan PETRONAS,
Berkahwin dengan pasangannya Jonathan di Dublin Ireland,
Nanti saya nak confirmkan citer ni dengan my fren di Dublin,
My fren ni doktor di Dublin,
Mesti dia pun ada dengar citer ni..

Dunia ni dah akhir zaman,
Macam2 perkara songsang berlaku,
Mesti parent Ariff ni kecewa andai perkara ni benar,
Tak gamak saya nak tepek gambar,
Rasa mcm ngeri plak,
Semoga Allah melindungi kami sekeluarga daripada perkara yang dilaknat,
Insyaallah..

Kepada Ariff,
Semoga Allah membuka pintu hati kamu,
Insyaallah..

13 December 2011

Scale gaji baru DG41 SBPA

Bila sebut SBPA..hahahaha
Sume buntang bijik mata nak tau kenaikan gaji yang baru kan?
Penat gak blogwalking carik maklumat,
Dapat lah sket,
Tapi bila compare dengan apa yang dibaca,
Urm..kenapa macam lain la pulak..
Memang gawat ney..
Lambat betul lampiran C tu nak dihebahkan.
Ada kata naik RM230,
Ada yang kira kata RM135,
Ntah yang mana satu la kan,

Harapnya saya dapat memahami dengan jelas lepas ni,
Ingat nak tanya member hubby pasal benda ni,
Dia tu officer kastam n dia dah pegi taklimat ni,
Janganlah korang nak ngata asyik kira gaji je,
Penting jugak kadang2 kira gaji tu,
Sebagai motivasi memacu semangat kerja yang lebih cemerlang,

Dan saya bukan hipokrit,
Pura2 buat tak tau pasal kenaikan gaji baru,
Berlagak macam suci dalam debu rasanya,
Tapi dalam hati n secara diam2 sepanjang masa dok congak gaji,
Saya manusia biasa dan punya naluri kemanusiaan normal,
Dan saya juga pandai marah kalau ada orang cari pasal,
Ngata lebih2,
Sedangkan saya tak ambil tau pun pasal orang tu,
Dan saya akan pastikan orang tu terima balasannya,
Dan ini amaran kepada sesiapa,
Yang berani 'mengejutkan harimau yang sedang tidur'.
Dan jangan berani2 bermain dengan api ya.
Sekian saje entry untuk hari ni..
Sebab saya bosan
Mengira hari untuk balik kampung yang tak berapa kampung.

*Dah lama tak naik gaji banyak..seronok plak kalu dapat naik gaji banyak2 ni..dan tak sabar tunggu tunggakan saya yang dah setahun lebih tu.

01 December 2011

Mission complete!

Hehehe...macam citer mission imposible je..
Very tiring day!
Hari ni..
Seawal pagi (dah le semalam sampai dari JB kul 1 pagi)..
Dah terpacak kat JABATAN PENDAFTARAN..hightlight pesal ni??? :)
Sebab nak amik IC yang baru..
IC lama tu..iskhhh...cip boleh baca tapi jap jari tak sama..
Menyebabkan urusan nak buka buku akaun
&
Renew pasport bermasalah..
7 tahun yang lalu penah nak tukar IC tu lepas sebulan pakai..
Tapi JPN kata tak perlu sbb 100% match identity..
Masa first IC dulu okey je..so IC tu muka masa umur 12 tahun,
So when i'm 24 rasa patut tukar ke wajah dewasa la kan.
Masa saya buat IC ke-2 tu kebetulan my finger print problem..
Saya alah dengan detergent n kimia cucian..
Habis menggelupas..
Bila tanya kat kerani kaunter tu masih boleh teruskan ke misi saya nak tukar IC tu..
Wah!!! katanya tak pe...data lama kita masih ada.
Then saya tangkap gambar kat situ..
Tak payah plak pakai tudung hitam,
Tudung purple muda yang saya pakai nampak bersilau je dalam IC bila siap..Haishhh
Kalau ikut masa umur 12 tahun buat IC tu kena pakai tudung hitam...

Then lepas sebulan my IC pun siap..
Seronok je nak pakai..
Then bila pegi bank saya hadapi kesukaran keluarkan duit..
Sebab cap jari tak boleh baca, tapi data dalam cip ok..
Memang masalah...

So lepas pindah sini,
I decided nak guna add rumah baru ni n tukar IC ke-3..
Hari ni IC tu dah siap,
Dan masa untuk men'try' nya...
Try guna kat bank yang tak mo terima saya tu..
Hahahaha..dah bolehhhh...
Lepas selesai urusan bank..
Renew plak my pasport...
Diorang boleh baca dah IC dgn cap jari...
Yeayyy...boleh buka akaun,
Boleh renew pasport.....
Jakun betul hari ni...hahahahaha

*Pening pengguna bila prosedur berbeza antara negeri.....

29 November 2011

Khairul Fahmi Che Mat yang super hot...walawey!

Wakakaka....super hot tu tak bleh tahan baca.
Saje je buat tajuk cam tuh,
Sebenarnya tidak ponnnn...

Bila yang aku notice mamat ni wujud ek?
Sejak terbaca pertunangan dia dengan jejari runcing (hello kak jejar!)
Sejak itu, aku rajin singgah blog elia ni,
Tapi bukan baca entri pasal KFCM ni (sorry bro, gua tak minat lu)...
Safee baru gua minat sey..
Tapi banyak baca entri lain yang agak santai dalam blog elia,

And..
Bila diorang putus tunang...baca jugak berita tu.
Haih, tak kisah lah apa pun,
Tapi saya kesian kat elia,
Tak pe elia,
Kamu pasti akan dapat lelaki yang boleh membimbing kamu ke jalan kebaikan..insyallah..

Baru ni kontroversi lagi pasal KFCM ni..
Ha, ini baru karma namanya,
Dengan tersebarnya gambar kamu bersama sape ntah,
Huhuhuhu....bagi saya amat memalukan!
Walau kita tak sentuh arak tu, tapi kalu dah keliling meja penuh arak..
Sendiri mau ingat la!

Dan si teck tu, baju tak agak2..
Now aku nak compare si teck dgn MIZZ NINA (nape highlight?sbb MIZZ NINA bagus)
Eventho MIZZ NINA orang dok kata seksi, tapi still ok..
Nampak gaya urban tu tulen,
Go gurl!

* entri ni dah lama dok dalam draft...baru post hari ni...mcm tak menarik je cite...tp sbb dah lama tulis...post je le

12 October 2011

If Cik Beras Kritikal

Cik Beras?
Alamak, sape lah letak nama anak dia 'beras' ni ?(ada ke?)
Ni bukan nak citer pasal orang .
Entri ni nak citer pasal beras yang jadi makanan ruji rakyat Malaysia..huhuhuhu.
Semenjak Thailand dilanda banjir..Aiyak! Ada sikit susah hati juga maaa...
Sebab kita ni mengimport beras dari Thailand.
Setakat ni Malaysia mengimport 30% beras dari luar.

So....
Sila bayangkan keadaan sekarang ni.
Thailand banjir, maka pengeluaran beras terganggu.
Buat sementara kita bergantung dengan beras tempatan.
Tak de alternatif kecuali sebenarnya Malaysia memang ada stok simpanan beras untuk keadaan genting.

Jadi..
Selama ni selagi namanya orang melayu,
Pagi nasi goreng, nasi lemak,bubur nasi,
Tengah hari nasi campur,
Malam plak nasi goreng pataya or cili padi..
Semua berasaskan nasi...
Kalau beras kurang camne jadinya nanti?

Walaupun....
Dalam media massa dok kata jangan bimbang dengan beras,
Tapi...saya tetap juga bimbang!(Cik Ngah, kamu selalu macam ni ye)
Kalau beras masih cukup untuk rakyat Malaysia pun,
Tapi bila bekalan kurang,
Dasar asasnya masa saya belajar ekonomi masa memuda dulu,
Kalau permintaan tinggi dan tawaran kurang...
Harga mesti naik...fuh!

And..
Saya dah buat keputusan untuk membeli beras tambahan sebanyak 10kg lagi..myahahahaha..
Kalau cik beras yang tercinta kritikal juga,
My hubby and I decided untuk makan bubur je hari2...
Harus berat badan saya turun kalau menu itu ialah bubur setiap hari!...huhuhuhu..

*Sama-samalah berdoa agar bencana banjir ni semakin bertambah baik di Thailand.
  Lepas ni nak buat menu ala-ala western - roti, coleslaw, mashed potato...say no to  
  beras..(Please Cik Ngah, kamu lupa daratan! hehehehe)

03 October 2011

Belanjawan 2012 mengancam tak?

Sebut je budget 2012 ni...
Jiwa aku meronta-ronta secara tiba-tiba.
Dengar-dengar ada kenaikan gaji..
Banyak sikit tu tak tau la..banyak sangat rumors..
Tapi aku berminat dengan bakal pengenalan satu tangga gaji tu...
tak yah 2-3 ...
pening kepala nak baca sifirnya..

So budget 2012 on 7th october 2011 ni..
Aku sanggup duduk depan TV sampai habis kalu cam ni..
Jangan ada mesyuarat or whateva on that day..
Aku mesti marah...

* Walau kenaikan gaji 5% sekalipun, bagi aku dah cukup banyak. Dah cukup bersyukur.


01 June 2010

Misi bantuan ke Gaza di serang.

Salam perpaduan,

Di pagi-pagi yang hening ni membuatkan tangan aku lincah menari di atas keyboard komputer. Sejak semalam mendengar berita bahawa misi bantuan ke Gaza di serang oleh Israel. Siapa Israel ni? semua orang pun tau sape israel ni kan. Tapi macam aku belum mendalami lagi siapa Israel sebenarnya. Hanya tau secara dasar sahaja. Oleh itu, aku pun mula meng'google' berkenaan Israel ni.


Israel ni kalau baca melalui wikipedia, penduduknya seramai 7.5 juta dan 5.7 juta daripadanya merupakan orang Yahudi. Banyak tu. Then aku try baca sejarah bani Israel ni. Merupakan bangsa yang pertama kafir kepada Nabi Muhammad S.A.W. Bangsa yang tak suka melihat umat Islam. Benci terhadap malaikat Jibril n banyak lagi. Selebihnya tu kalau nak tau cari buku 76 karakter yahudi dalam Al-Quran oleh Syaikh Mustafa Al-Maraghi dan disusun oleh Drs. M. Thalib. Kalau tengok sejarah asalnya orang yahudi asyik diseksa oleh bangsa lain. Cuba tengok semasa zaman Firaun dulu, Firaun mengarahkan anak laki-laki dalam bani Isreal mestilah dibunuh. Then bersambung dengan zaman Nazi. Hitler membunuh orang-orang Yahudi beramai-ramai dengan gas beracun (kalau tak silap aku). Cerita yang hampir serupa sahabat-sahabat boleh tonton, tajuknya "The boy in the Stripped Pyjamas" . Aku pernah tengok cerita ni di HBO or Star movies tak silap. Mesti ada ulangan lagi ni. Cerita ni menjurus kepada ideologi Nazi terhadap bangsa Yahudi tapi endingnya tragis. Sedih juga tengok cerita ni.

Itu tadi serba sedikit tentang yahudi ni . Apa yang aku nak katakan dalam entri kali ni ialah tindakan israel menyerang dan menembak sukarelawan ke Gaza ini ada satu perbuatan kejam yang dah melanggar undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa. Tapi siapa lah kita ni, hanya mampu bersuara tapi tak boleh pun buat apa-apa tindakan. Sedih dan sengsara jiwa hanya melihat umat Islam dilakukan sewenang-wenangnya oleh zionis ni. Jangan esok lusa umat Islam di Malaysia pula yang ditimpa hal sedemikian rupa. Tak sanggup aku.Marilah kita sama-sama berdoa pada Allah agar semua umat Islam dilindungi dari segala mata-mata kejahatan. Amin..