Semenjak 2,3 menjak ni...jalan sebelah rumah daku ni banyak nau motor lalu lalang. Bukan motor je, kereta, van n lori pun sama naik nak lalu juga. Kalau jalan raya besar tak pe lah. Ni jalan taman je ( belah belakang rumah taman plak tu)..
Tempiasnya rumah pak mertua aku pun kena sekali sbb rumah ni bersebelahan dengan taman. Sebenarnya tak kisah pun apa nak lalu kat sini, kalau kapal terbang nak landing sini pun daku tak kisah.
Tapi yang tak bestnya bila mat-mat motor kampung ni bawa lelaju kat jalan ni. Jalan ni plak tempat budak-budak kecik lalu termasuklah anak-anak aku. Bawa macam pelesit, tak peduli orang kiri kanan.
Kalau ikut hati yang marah, memang ku baling dengan batu bata je biar tergolek terus dalam longkang.
Kelmarin, ada sorang mamat botak ni . Bawa laju gila. Akhirnya dia terlanggar kucing mak long aku. Tergolek la kucing tu masuk longkang. Cedera parah di kepala dan menghembuskan nafas terakhirnya dalam longkang tu. Sakit hati daku. Geram tengok mamat tu (mamat botak tu berenti dengan muka bersalah). Daku sempat sound le jugak.
Antara ayat daku " sape langgar kucing tu??? nasib baik langgar kucing, kalau langgar anak aku, memang aku saman ko sampai ko tak sanggup nak hidup kat dunia ni". Mamat tu diam je.
Semalam n hari ni, mamat tu bawa slow je dah lalu kat sini. Bagus juga kengkadang ni bila kita agak kurang ajar sket dengan orang yang tak paham bahasa ni. Bikin panas.
* Fikir bila buat sesuatu. Timbang tara semasa berfikir tu perlu supaya tak menyusahkan orang lain.
0 comments:
Post a Comment