30 October 2011

Mizz Nina

Lately ni selalu dengar lagu Mizz Nina berkumandang. Lagu Take Over -MN ft Flo Rida,What You Waiting For -MN ft Colby O'Donis & Kurnia -MN ft Noh Hujan (pun best jugak). Memula ingat mat salleh mana nyanyi..bila search , lor rupanya Mizz Nina. Mmg best la lagu-lagu dia.

       Pasal pakaian ke lirik ke V.Clip ke, saya tak mo komen beb. Kalau nak kata seksi, ramai lagi artis malaysia yang lebih dasyat dari Mizz Nina ni. Janji lagu tu sedap jadi halwa telinga. Then, now saya dah tersuka plak dengan Mizz Nina. Bila tengok interview dia dengan mana-mana media. Relax, cool je.

      Then, dia memang humble eventho saya tak kenal dia in person, tapi cara dia bercakap, body language dia...mmg terbukti la.Dia tak menunjuk dengan status dia sebagai anak billonaire. Ni kengkadang tu yang anak orang biasa2 je pun berlagak lebey. Bagus Mizz Nina. U go gurl!


Biodata Mizz Nina


Nama penuh: Shazrina Tan Sri Azman Hashim

Tarikh lahir: 1 Julai 1980

Umur: 31 tahun

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Keluarga: Anak bongsu daripada lima beradik

Status: Isteri kepada Mohammad Noh Salleh (Noh, vokalis kumpulan Hujan)

Kerjaya: Model, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan usahawan
Pendidikan: Ijazah Pengajian Media dan Perhubungan Awam di sebuah universiti di Australia

*Biodata ni dari sumber zuarxpdc.com (Tq)

29 October 2011

Bila arnab duduk dalam beg laptop.

Hari ni genap babies arnab ni 9 hari..
Count day je nak tgk babies tu buka mata..
Wahhh...mmg tak sabar...hehehehe

Apa pun,
Nak story pasal sepanjang hidup diaorang beberapa hari yang lepas
Coz of my hubby going to KK on that time,
Haihsss...so me la kena take care kat babies tu.
Jan Di tak mo kat anak dia..
So i fikir la alternatif..
Kena bawa gi keje babies tu,
Tapi nak letak mana?
Dalam bakul?
Urmm..tak bleh coz byk kucing kat sekolah..
Kang kena ngap..
So got ide...harharhar..
Beg laptop ku...
Ada poket kat luar,
So saya pun put the babies inside..
(Hey babies,kamu so lucky dapat stay dlm beg yg harga ratus2)..
huhuhuh
Then sepanjang hari,
No handbag! but change with beg sandang...
Ke hulu hilir selama beberapa hari dengan beg sandang tak lepas di bahu!
Ouwhh..rasa mcm budak form 5 je...myahahaha

Siap bawa botol susu n susu utk babies tu..(hari ini dalam sejarah)..
Bila tunjuk kat my students..alo..lo..lo..
Kesiannya, coz diorang tak tau itu babies rabbit..
Satu sesi pembelajaran baru juga utk diorang..
Lepas hubby balik,
Tak bawa dah gi keje,
Tapi beg sandang tetap ada coz saya banyak benda nak buat dgn laptop tu..
Then,
A few of my frenz..
Still bertanyakan arnab tu..hehehhe
Diorang mmg sangat comel..
Now lagi comel..
Tak sabar nak tgk babies ni membesar..

*Arnab ni haiwan eksotik..so kos tinggi gak nak jaga...

25 October 2011

Happy deepavali

Sempena deepavali esok..
so saya nak ambil kesempatan ucapkan "Happy Diwali"
pada member-member yang berbangsa India....
teringat beraya kat rumah Charan Singh..mana kamu ya sekarang?
Thurga Devi,
Naliny(mesti cantik sari kamu),
David(sahabat rapat ),
Nuresh(u always make my day! hahaha),
n
korang yang saya telah terlupa nama..
almaklumlah, zaman muda-muda dulu...

* Semakin tua, saya semakin cepat lupa..banyak makan semut pa? heheheh

21 October 2011

Tolonggg...saya dah jadi BIDAN!

Tajukk...mak aih CikNgah.
Bidan terjun ke?
Wakakakaka....bukan!Salah!
Saya telah berjaya menjadi bidan pada Jan Di.
Jan Di tu arnab saya (keji je letak nama heroin Korea)..myahahaha..

Tadi masa balik kerja..
Gi lah kat sangkar Jan Di n Ji Hoo.
Rutin nak bagi makan tghri kat Mr. & Mrs Bit ni..
Sekali tu, aduih! nampak darah la pulek..
Mak nak pitam dah tengok ..
Tapi bagi kata2 semangat kat diri sendiri..
Kalau berjaya handle benda ni, maksudnya saya semakin kuat semangat..
Hahahahaha...

Memang lah bagi korang benda kecik je but for me, benda ni berat..
So sementara dia dok beranak,
Saya kelam kabut cari kotak kosong (mmg kamu selalu panik CikNgah),
Kerana nak cari 1 kotak, habis 1 rumah jadi kapal pecah..huhuhuhu..

Finally,
tak jumpa kotak sbb sume kotak dah isi buku2 tak pakai,
Tapi,
Saya jumpa bakul plastik hamper.
Jadilah untuk letak baby rabbit tu..hehehehe...
Bila gi balik kat sangkar,
Jan Di dok tengah makan sekor anak dia,
Mmg bertambah nak pengsan plak..
Cepat plak dia makan..
Tinggal stengah je badan anak dia..
Rasa nak hempuk je kepala dia dengan bakul.

Nnnnnn....
Sekor anak dia dah jatuh celah sangkar..
Slow2 tarik lapik bawah tu supaya anak dia tak tersagat (berjaya!),
Anak yang kedua plak..adoyaiii tersangkut celah sangkar plak..
Perut dia moncit so tak bleh tarik camtuh je..

Adoyai,
Now saya jadi bomba & penyelamat plak.
Cari spanar..
Pusing kot tu tak bleh,
Pusing kot ni pun tak boleh..
Last2 sempangkan batang spanar yang lebar tu kat celah supaya kembang,
Berjaya gak selamatkan anak dia dari tersepit...

Fuh! lega sangat...
Masalah sekarang mcm mana nak bagi susu kat baby tu..
Tak bleh blah dah kepala..
Last2 kol hubby n suh dia beli puting n botol for babies tu..
Ada jual ke kat kedai..
Hope so ada la..
Kalau tak gawat juga!

Bersambung part 2....myahahaha.....

* Saya excited la!

17 October 2011

Berita Harian Online | Bayi baru lahir ditemui mati dengan kesan kelar

Berita Harian Online Bayi baru lahir ditemui mati dengan kesan kelar

BBQ Suria

Hehehe..BBQ suria ya.
Mencintai alam sungguh kamu..
Sebab tu banyak lagu ditujukan untuk Sang Suria.


Apa tu BBQ Suria?
Erm....berkenaan kecekapan tenaga dan tentang tenaga yang boleh diperbaharui.
Boring?
If boring sila tekan ctrl+alt+delete...hahahahaha
Kalau tak boring, sila terus baca blog yang merapu ni..myahahaha

BBQ tu,
Tuan, puan, encik,cik sebenarnya dapur untuk BBQ,
Menggunakan....
Cik Matahari.

So,
Today,
Dari pukul 7.40 sampai pukul 2.10 pm..asyik melayan projek ni.
Thanks Merdu,Redzuan, Musyadi, Nazri n Ashraf.
U guys help me a lot.
Ouwh! ingat senang ke nak buat benda macam ni?
Kalau senang, anda sila lah buat beserta dokumentasi ye..bukan dengan air liur saje..
Karang ada plak yang kata,
Cik Ngah, kamu ni takat buat projek tanam2 + projek ntah apa2..dah  glamour..
Hellooooo....saya buat projek sains sebab ini bidang saya
And
Saya memang minat..(sesape x minat, sila zip mulut).
Orang tak pandang pun saya tak kisah,
Yang penting, murid2 saya seronok..
Sape yang rasa tak seronok,
Anda sila duduk di siring2 jak ya...
Kalau mau minta puji,
Bah, apa lagi..kamu buat la nda payah berdengki bah!

Merapu dah ko ni Cik Ngah,
Ok, berbalik pada BBQ Suria ni tadi..
Kotak besar sikit dari kotak kasut n  kita spray cat hitam(luar+dalam),
Letak kadbod berbalut alumunium foil di tengahnya dan keliling..
Masukkan dawai mata punai n bentukkan V,
Then...
Letakkan sosej(kelar sket supaya lebih cepat masak deh!),
Balut dengan cling plastic di permukaan,
Dannnn...
Letakkan di bawah cik mentari membahang..
Tunggu 20 minit..
Nah!...
Dah masak dan boleh makan...


Tidak mencemarkan alam,amat menyihatkan kerana dimasak tanpa minyak n jimatkan bil elektrik anda juga!
Kepada individu yang nak berdiet n pentingkan kesihatan..
Gunalah dapur BBQ Suria..

Selamat mencoba korang...gambar upload later ya..mmg malas nak publish gambar..hehehehehe

* Jangan cemarkan alam dan amalkan langkah kecekapan tenaga dalam kehidupan...

16 October 2011

All Out Kerja! Harus Pergi Bercuti....

Saya rasa kan,
Semua orang mesti dah merasa agak penat nak menghabiskan
sisa-sisa tahun 2011 ni kan?
Ummm..so do I..hukhukhuk..(memang tgh batuk pun).
Bila kepala asyik fikir pasal keje je,
Hof kos jadi letih,
Nak tido pun tak lena-lena...mata duk gerak2 walau dah pejam .Penah tak korang camtuh?
Tapi bila hujung-hujung tahun ni, memang normal keje lebih dasyat dari bulan biasa..haiyooo

So bersempena cuti panjang yang bakal menjelang,
I decided nak gi vacation..horayyy..
Nak rest cukup2 sbb tahun depan akan mula penggal baru yang sibuk..(tepuk dahi)

Ke mana kamu Cik Ngah?
Hehehehe..biar lah rahsia..
Nanti dah balik. Baru saya update beserta gambar.
Long john dah beli...weeeee..2 pasang (gila tamak!)
Gi cameron Highlands pakai long john ke Cik Ngah?
Hahahaha....biar lah korang teka dulu saya nak gi mana..

Haih, lambat pulak masa berlalu..
Masa,
Cepatlah kamu berlalu,
Kerana aku tidak sabar menunggu...

* So korang di luar sana, kalau dah penat kerja..bawak2 lah bercuti sebelum jadi lebih tensen..