14 December 2011

Hawk Brand Hampeh..

Pepagi ni rasa malas nak buat nasi goreng,
Dah 2 hari asyik goreng mi je,
Takkan nak makan menu yang sama lagi kan?
So tengok atas esbok ada baked beans,
Cap helang then guna "Hawk Brand"
As usual saya mesti check expired date nya..
Hohoho...2014..selamat,
Then atas meja makan...
Ada roti jugak, ngamlah tu,
Baked beans ni Hubby Baby  rajin beli,
Sebab dia suka makan benda tu,
Saya makan juga tapi sket2 je la..
My kids pun tak suka baked beans tu,

Oleh sebab dah ada,
Saya pun potong bawang putih n tumis,
Dok tengah tumis tu sambil buka tin hokay,
Bila penutup tin dibukak..
Kedengaran bunyi hembusan gas dari tin tu,
Aishh..mcm tak best je ada gas keluar tu,
Macam ada tindakan microbes je..
Sama ada tin tak dinyahkuman dengan betul atau apa?
Then cium bau baked beans tu..
Apa kau rasa? Oren?
Haih..bau cam harem..
Oleh sebab dah tumis garlic maka tuang jugaklah dalam kuali,
Bila bagi hubby cium,
Muka dia berkerut,
Dia suh lempar je dlm tong sampah,

Saya?
Saya terus ilang mood hokay,
Kalau korang nak buka biznez pun,
Hagak2 lah..
Tu barang makan,
Dah la expired date lama lagi,
Buat eksperimen dulu sama ada benda tu leh tahan lama ke idak,
Jangan nak untung jer..nak cepat kaya,
Kalau saya n family makan juga,
Then sakit perut ke mati ke,
Memang ku saman korang,
Dah la repack tu kat bayan lepas,
Dekat je tu,
Karang saya terjah apa korang rasa,
Report kat bahagian Hal Ehwal Pengguna baru tau.

Apa pun hubby n kids kena makan juga,
Goreng je telur n makan dengan roti..

*Kengkadang orang biznez ni nak untung je..kualiti tak jaga...macam H.A.R.A.M tau dak!

0 comments:

Post a Comment