Hari ni berbuka, menu kami berdua ialah nasi minyak.Nasi minyak ni macam biasa le digandingkan dengan ayam 'gurindam jiwa' n acar 'angan tak sudah'. Dah lama giler tak makan nasi minyak wooo. Gila kentang rindunya. So balik keje tadi, singgah jap kedai. Beli apa yang patut. Solat zohor pun kan main lajunya sebab tak sabar nak masak nasi minyak (macam ni punya orang pun ada) wuawuawua. Start masak kat dapur seawal pukul 3. Yer la kan, nak siang2 ayam lagi, prepare benda2 yang rencam tu lagi. Iskh..tak reti nak budget masa sebenarnya. Tung tang, tung tang kat dapur. Udahnya siap masak pukul 4.30. Lor, terawal lah pulak. Tahan je lah napesu nak makan nasi minyak tu. Apalah punya kemaruk nak makan nasi minyak kali ni. So gambar dan resipi akan di update nanti. Sabor yer.
Nak citer jugak ni, selain nasi minyak tu, ada juga member datang hantar makaroni dengan cempedak goreng. Wallawey~~~ lama tak makan cempedak goreng. Nak beli cempedak rasa tak berbaloi sebab hubby ku tak makan benda2 macam tu. Aiyooo~~~ So hari ni ada variety untuk menu berbuka puasaku. As usual, yang makan cempedak n makaroni tu only me, me and me again..Hehehehehe...
30 August 2010
24 August 2010
My first birthday cake~~ Sooooo funnyyyy...
Masa besday diriku last month, terasa nak buat kek sendiri. Memang dah jangka tak jadi cantik macam yang pakar, tapi myself tersangatlah puas hati dengan hasilnya (jangan kutuk ahh, buruk pun korang kena puji jugak)..muhahahaha...permintaan yang sangat perasan dariku..hehehe..so sponge kek kat dalam tu perasa coklat. Tang luar tetiba warna putih. Hentam je la kan. Tak de ide betul masa tu. So ikut tangan dan apa yang terlintas di kepala. Decoration cake masa tu pun belajar ikut internet je. Dari start frosting d' cake until buat bunga ros sekali pun. Tu yang bunga ros kembang kuncup jadinya. Tak pernah langsung pegang nozzle tu sebenarnya. Tangan punya la ketar macam kena 'parkinson' hahahaha...apa nak buat kan, 'saya budak baru belajar'. Hasilnya.....
~~~~Taraaaaa~~~~
Ni plak cupcakes percubaan pertamaku..uhuk~uhuk~uhuk~
dan lagi...order pertama yang ku terima
tersangatlah simplenya....
----> kek yang lain-lain ditempah gambar dah ada kat entri sebelum ni...
.: Saya budak baru belajar. Sila bimbing ye kawan2 yang dah pakar tu. Resipi akan diupdate dalam entri seterusnya. Malas sebenarnya nak taip resipi malam ni. Macam nak mengarut tiba-tiba.
~~~Biskut shortbread-Versi tanpa loyang acuan khas (manual da)~~~
Ni lah versi tanpa loyang acuan
Ni selepas dipotong guna pisau biasa.
Bahan-bahan base :
Tepung gandum 170g
Gula castor 50g
Almond 80g
Susu tepung 45g
Butter - 75g -(cairkan pada suhu bilik)
Toppingnya :
Coklat masakan - agak2 dengan base kita tu
Coklat putih - sket je sebab nak buat hiasan
Shortening
Cara-cara :
1.Gaul kesemua bahan base dalam mangkuk sehingga sebati -guna sudu atau tangan.
2.Sapu shortening pada kertas minyak yang diletakkan didasar loyang.
2.Tekan padat bahan base pada loyang nipis ukuran 10x8 (ni sebab saya tak de acuannya) . Kalau ada acuan guna la acuan.
3.Cucuk-cucuk guna garfu atau lidi satay sebelum masukkan ke dalam oven.
4.Bakar pada suhu 180C selama lebih kurang 12 minit.
5.Keluarkan dan biarkan sejuk baru lah diletakkan topping diatasnya.
Cara-cara membuat topping :
1.Double boiler coklat masakan bersama shortening. Setelah siap tuang ke atas bahan base yang telah sejuk.
2.Double boiler colat putih dan hias sedikit di atas coklat masakan tadi.
3.Masukkan ke dalam chiller lebih kurang 10 minit.
4.Setelah siap, potonglah dengan pisau.
.: Sorry ya, biskut ni versi tanpa acuan, so tak secantik yang orang lain buat. Kat sini tak de jual loyang canggih tu. Sedihnya diriku. Tapi tetap tak mematahkan semangatku untuk terus mencubanya. TQ Maklang for d' resipi.
22 August 2010
@@@@ Projek Hari Ni @@@@
Hari ni dah rancang nak siapkan 2 biji kek yang ditempah oleh member. 1 biji cheese kek bersalji dan 1 biji capuchino cheese kek. Ku tunda lagi projek melipat kain demi kek. Dah setinggi rumah kain tak berlipat ni. Takut juga ada benda lain bersembunyi disebalik kain. Iskhh...serem la plak. Nape lah malas sangat nak lipat baju ni??? Ini memang kojer yang paling teman tak suka-lipat kain,sidai kain, iron baju. Nape ntah..sejak azali dah macam tu. Tapi kalau suh buat benda lain, ok je plak. Panjat bumbung, panjat pagar, panjat gunung..eh merepek dah plak. Gurau je...wakakaka...
Actually, dah siap bakar 1 biji kek. Tinggal buat topping je. Jap lagi nak bakar sebiji kek lagi sebelum bersambung dengan projek buat biskut. Alamatnya, tak berasap la dapurku petang ni. Silap-silap berbuka di McD..sorry ya laling. muhahahaha.....
.: Upload gambar kemudian je lah.

21 August 2010
Menu Berbuka ~~~~Mi Kari dan Donut~~~~
Hari ni saje gatal nak letak menu berbuka dalam blog. Nak tulis benda lain ide bukan ada pun. Bulan-bulan pose ni daya pemikiranku agak lemah sikit. Tak pasal je kang orang kata 'blog sampah'. Dush!dush! kalau ada orang kata camtuh. Ok, berbalik pada menu for today....taraaaaa~~~~~
Mi Kari Cinta Sakti (requested by my beloved hubby)---> layankan je lah.
~~~Telur rebus dah tenggelam di dasar mangkuk mi kari ni. Sila abaikan ~~~~~~
Donut angan tak sampai ---> sebab angan2 ku membuat blueberry tart asyik terbantut. Udahnya donut je le.
~~~Donut terakhir hubby ku tolong goreng. Berjaya juga dia menghanguskan donut ni..hahahah~~~
Resipi Mi Kari Cinta Sakti : (hidangan untuk 2 orang)
Sebungkus Mi Kuning
Taugeh - 50 sen
Sawi - setangkai
Terung - potong sederhana nipis dan goreng
Cili besar (merah dan hijau) - sebiji setiap satu dah cukup
Daun bawang & daun sup - potong halus
Tomato - sebiji
Bawang putih - 3 ulas
Bawang merah kecil- 3 ulas
Halia & Lengkuas - sebesar ibu jari
2 sudu serbuk kari ikan (bancuh siap2 dengan air suam)
Secawan santan
Udang kering -5-6 ekor (optional)
Ayam - dipotong kecil
Fish cake - potong ikut suka
Fish ball - potong ikut suka
Kerang
Lobak
keledek(direbus dan lecek )/Serbuk mashed potato(segera punya)
Cara-cara membuat kuah mi :
1.Tumbuk bawang putih,bawang merah,halia,lengkuas dan udang kering.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga naik bau.
3.Masukkan serbuk kari dan biarkan sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan sedikit air dan biar skejap.
4.Kemudian, masukkan ayam yang telah dipotong kecil.
5.Setelah menggelegak, masukkan santan dan lobak merah.
6. Setelah agak masak, masukkan fish ball,fish cake dan kerang.
7.Akhir sekali masukkan keledek lecek atau mashed potato yg dibancuh dengan air (untuk pekatkan kuah).
8.Tutup periuk dgn tudung dan tunggu hingga menggelegak lagi. Siap untuk dihidang.
Cara menyediakan mi dan aksesorinya :
1. Celur mi kuning sekejap, diikuti taugeh dan juga sawi.
2.Hiris cili merah dan hijau sebagai aksesori.
3.Potong tomato kepada 6 bahagian.
4.Potong daun sup dan daun bawang.
5.Rebus 2 biji telur dan belah 2.
6.Terung dihiris sederhana nipis dan digoreng-aksesori gak ni
.: Resipi ni may be anda tak berkenan, so boleh lah tukar atau modified ikut kehendak anda.

20 August 2010
Tauhu Sumbat
Sorry..tauhu sumbatku tiada gambar. Lupa plak nak snap on that day time buat santapan berbuka. Halal je la ye. Lagi pun semua orang dah tau rupa tauhu sumbat ni kan. Tauhu sumbat ni ekceli one of my fav kudapan. So bawah ni resipi untuk org yang tak berapa rajin macam diri ku..
Bahan Tauhu Sumbat :
Taugeh (dicelur sekejap)
Timun ( potong memanjang)
Carrot (potong memanjang)-optional
Sengkuang (potong memanjang)-optional
Bahan sos/kuah :
Sos cili bawang putih (jenama kimball) - agak2 dgn tauhu sumbat yang kita ada
Sedikit air
sedikit garam
sedikit gula
sedikit cuka - optional
Cara-cara :
1.Goreng tauhu sehingga kekuningan pekat.
2.Kemudian potong dua bentuk segitiga.
3.Then, sumbatkan bahan-bahan sayur tadi ke dalamnya.
4.Hidangkan di dalam pinggan
Cara-cara membuat kuah versi orang tak berapa rajin mcm diriku ini :
1.Tuang sos cili bawang putih, gula,garam dan air. Cuka tak letak pun tak pe sebab sos cili bawang putih tu agak kuat juga cukanya.
2.Kemudian kacau atas api sehingga agak pekat sedikit. Siap sudah...
3.Sedia untuk dihidang bersama tauhu sumbat tadi.
.: Resipi ni, bebudak sekolah rendah pun boleh mencuba membuatnya. Mudah dan berkhasiat..

19 August 2010
Blueberry Tart plak.
Dari semalam lagi dok terpikir la nak buat blueberry tart. Tapi lepas buka malam tadi rasa agak letih+malas secara tiba-tiba. Bahan-bahan sume dah ada kecuali lemon. Lemon memang ku keluarkan dari agenda coz of tak boleh makan lemon lagi. Agak2nya sedap ke tart ni without lemon? ntah le..so azamnya, hari ni mesti nak buat juga tart ni. Selama ni asyik beli kat bakery je. Mahal lagi tu. Kalau beli plak bukan cukup satu, mesti nak lebih dari 5. Kalau jadi buat, esok baru publish resipi ni wif picture.
Cik Jue....manalah badan awak ni tak macam pau yang kat Utama Jaya tu..heheheheh
Tengok resipi tart ni, akan jadi dalam 12-14 pcs. Banyak juga ni. My hubby plak tak makan benda2 macam ni. Nampaknya kena la bagi serba sedikit kat kawan2 rasa. Semalam pun buat tauhu sumbat hubby makan sebiji je. Sabor je lah. Dah la, ada 6 biji. Udahnya bawa sampai ke sahur. iskh..iskh....hubby ku yang sangat cerewet makan ni.
.: Hari ni nak try wat blueberry tart yang saiznya 2 kali ganda duit 50 sen...terliur plak bulan2 pose cakap pasal makanan ni. Nyum,nyum....

Subscribe to:
Posts (Atom)