31 May 2010

Kaedah dalam pengajaran

Bila seorang cikgu berblog tak sah rasanya kalau tak cerita pasal anak murid. Aku ni bukanlah seorang cikgu contoh yang kreatif. Tapi sedaya upayanya sentiasa mencari penyelesaian melalui pendekatan yang sesuai semasa mengajar. Aku percaya yang insan lain bergelar guru juga berfikiran sama seperti aku. Bila kita mengajar, yang pertama bagi aku mestilah menganggap pekerjaan kita ni sebagai satu ibadah. Insyaallah diberi kemudahan oleh Allah dalam segala-galanya.


Seterusnya, semasa mengajar kita ni memang tak lari dari bertemu dengan seribu satu macam ragam murid. Memang wajiblah tu sebabnya kita ni berkomunikasi dengan manusia, bukan komputer. Dalam mengajar ni bagi aku, tak kira apa cara yang kita gunakan mestilah nawaitu tu nak memandaikan murid, nak mendidik. Bukan senang nak 'memanusiakan manusia' ni. Kalau setakat ngajar je. Lepas tu ko nak pandai ke tak nak pandai ke bukan urusan aku. Sebaiknya muhasabah la diri, ingatlah nawaitu kita dari peringkat pertama memohon menjadi guru dulu.


Berjela-jela plak aku cerita ni. Terus kepada kaedah pengajaran tadi. Aku pun dalam proses buat kajian tindakan dalam proses mengajar sains pada anak murid aku. Bila sebut tentang sains ni, ada murid yang dapatan faktanya agak lemah. Sebagai contoh aku ajar tajuk "electricity". Terang punya terang, dari cakap omputih sampai cakap bukan omputih. Udahnya tak faham-faham jugak. Pening juga tu. Akhirnya, aku gunakan konsep air mengalir (hubby aku bagi idea) n konsep 'orang' dan 'burger'. Alhamdullilah, anak murid aku bila belajar tajuk ni, semua boleh jawab dengan tepat. Kira tercapai le objektif kalau ajar tajuk ni lain kali. Ada lagi tajuk-tajuk lain yang aku juga sedang buat kajian tindakannya macam tajuk magnet dan asid/alkali. Insyaallah aku akan kongsikan dalam entri yang seterusnya. Bagi aku setiap benda yang baik itu haruslah dikongsi bersama, barulah mendapat keberkatan Ilahi. Amin...


Note : Andai ada pandangan, sila kemukakan pada saya. Kita sama-sama masih belajar dan sentiasa belajar seumur hidup.

Sahabat



Kali ni aku nak cerita tentang buku yang baru aku baca. Buku ni sebenarnya dihadiahkan oleh kawan aku sempena hari guru baru-baru ni. Aku memang teruja kalau orang hadiahkan buku pada aku. Sebab sekarang ni aku gila membaca. Dari buku cerita kanak-kanak sampailah kepada buku ilmiah semuanya aku suka baca.

Berbalik tentang buku yang aku baca. Tajuknya "SAHABAT" teman menangis dan ketawa, selenggaraan Theressa Ong, Penerbitnya Alaf21. Tengok pada cover pun dah menarik minat aku nak membacanya. Buku ni berjaya memberi aku panduan tentang erti persahabatan yang suci. Bagaimana mencari sahabat yang sejati. Seterusnya bagaimana caranya kita menjaga hubungan dalam persahabatan. Ini penting juga sebab kadang-kadang kita bila dah berkawan kita lupa tertib-tertib dalam persahabatan. Bila kita lupa tentang perkara ni maka menyebabkan sahabat kita pun terluka dengan sikap kita. Ye la kan, kita ni cuma manusia biasa yang selalu mempunyai ikhtilaf yang berbeza. Bila ada ikhtilaf yang berbeza membuatkan kadang-kadang kita terkhilaf.

Selain dari itu, part yang paling aku suka ialah berkenaan 1001 masalah dalam persahabatan. Bila dah baca ni baru aku tau kenapa agaknya sahabat kita kadang kalanya berbohong pada kita. Tak boleh melenting dah lepas baca buku. Alkisahnya ....apa pun banyak lagi tip-tip yang berguna yang sahabat2 di luar sana boleh dapati dalam buku ni. Dengan harga RM9, apa la sangat kan berbanding dengan ilmu yang kita dapat di dalamnya. Memang berbaloi-baloi. Emm, ini bukan promote ya. Aku pun bukan dapat apa-apa tolong promote buku orang. Tapi bagi aku, benda yang baik perlu lah dikongsi "sharing is caring'" kan...tunggu ulasan aku untuk buku-buku yang pernah aku baca. Sekadar perkongsian ilmiah.
P/S : di petang yang kudus ni tiba-tiba membuatkan aku rasa betapa kerdilnya aku di sisi Allah..

Marah

Orang yang baca entri blog aku mesti fikir aku ni kemaruk ke apa kan? Dalam sehari sampai 2 entri aku tulis.hehehe..sebenarnya dah lama jari jemari aku ni gian nak melontarkan sesuatu dalam fikiran aku untuk dikongsi. Dalam pada tu juga dah berapa blog ntah aku create, tapi semuanya sekerat jalan je. Kali ni memang ide luahan perasaan datang mencurah-curah bagaikan hujan batu kat amerika tu...

Berbalik pada topik entri ni -----> marah..

Kenapa manusia diciptakan untuk mempunyai perasaan marah. Macam mana agaknya nak mengatasi perasaan itu dengan cara yang sebaiknya. Bukan apa, sebab biasanya kalau orang marah mesti nak dikaitkan dengan mengamuk la, hentak meja la, menjerkah orang yang tak berdosa la n bla bla bla...tapi marah ni merupakan sifat biasa bagi manusia macam kita ni kan. Macam aku sendiri, mustahil la kalau tak pernah marah kan. Apa aku buat bila aku marah? tengoklah pada keadaan. Kalau orang buat sesuatu yang menyakitkan aku, selagi boleh tahan marah, biasanya aku diam je (tak bercakap).Kalau orang tu tanya aku jawab sepatah. Tapi kalau orang tu mengumpan aku kepada kemarahan yang amat sangat..biasanya aku jumpa je terus orang tu. Cakap terus terang aku tak puashati dan minta maaf. Kalau orang tu pulak rasa nak marah aku, terpulang la pada orang tu.

Tapi pernah juga aku marah yang aku tak boleh nak control dah. Maklumlah, kadang2 emosi kita bukan stabil sangat dan ada pulak orang buat kita marah..nampaknya memang kena serangan mortar la.Dalam meeting, cakap benda yang sama berulang2 kali. Muak juga. Asyik minta puji. Kerja tak ikhlas. May be kawan2 lain boleh tahan la.Aku time tu mmg sakit telinga dengar dan akhirnya bertubi-tubi serangan mortar aku hinggap di telingan orang tu.Puas. Tapi lepas meeting, aku relax je tegur orang tu pun.Sebabnya, dah lepas kemarahan aku.

P/S : Kawan2 jangan la ikut cara aku ni kalau telinga tak cukup tahan n jiwa tak cukup kental.


Apa pun, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi..peace no war.... :)

Perancangan Cuti

Entri kali ni nak cerita plak pasal cuti aku yang sebanyak 3 minggu ni sampai tak tau nak habiskan macam mana. Aku ingat nak habiskan je cuti kat labuan ni. Tapi nampaknya sangatlah membosankan coz selama ni aku memang akan habiskan cuti dengan makan angin di merata borneo ni.Cuti bulan 3 hari tu aku sefamily travel ke Miri. Tersangatlah mengujakan. Tapi kali ni sebab dah tak de mood nak ke mana-mana (kes tak dapat pindah)..akhirnya FIL menghadiahkan tiket penerbangan balik bercuti ke semenanjung..heheheh..(tq FIL n MIL) ..apa pun tiket masih disiasat kekosongannya oleh hubby ku..almaklumlah belah borneo ni ada perayaan pesta keamaatan.Makanya ramai yang ambil kesempatan balik bercuti ke semenanjung. Ye la cuti 3 minggu tu. Berbaloi la balik ke kampung halaman (untuk golongan guru) je la yang aku cerita ni. Untuk kakitangan awam n swasta lain bekerja seperti biasa. Semoga anda semua diberkati hendaknya.Tak sabarnya nak balik semenanjung..."saya rindu char koay teaw" penang..nyum..nyum..

30 May 2010

Seorang sumandak yang nakal tapi comel...

Anak ...

Entah kenapa tiba-tiba aku rasa nak cerita pasal anak dalam blog. Gambar sebelah ni ialah anak perempuan aku. Gambar anak laki aku belum di 'upload' kan lagi..kesian dia. Anak ni kurniaan suci Allah kepada kita. Amanah yang perlu digalas sehingga akhir hayat.
Bila baca paper lately banyak kes orang bunuh anak, dera anak dan macam2 lagi..Buatkan aku rasa sedih. Ye la, bayi yang comel tu dengan selambanya dicampak ke tong sampah, ditanam hidup2..macam zaman jahiliyah plak jadinya..Ini lah agaknya yng orang panggil globalisasi.Aku cuba bayangkan benda ni dilakukan oleh orang2 yang terdekat atau anak murid aku sendiri.Memang aku bagi penampar ulang alik dulu..