31 May 2010

Sahabat



Kali ni aku nak cerita tentang buku yang baru aku baca. Buku ni sebenarnya dihadiahkan oleh kawan aku sempena hari guru baru-baru ni. Aku memang teruja kalau orang hadiahkan buku pada aku. Sebab sekarang ni aku gila membaca. Dari buku cerita kanak-kanak sampailah kepada buku ilmiah semuanya aku suka baca.

Berbalik tentang buku yang aku baca. Tajuknya "SAHABAT" teman menangis dan ketawa, selenggaraan Theressa Ong, Penerbitnya Alaf21. Tengok pada cover pun dah menarik minat aku nak membacanya. Buku ni berjaya memberi aku panduan tentang erti persahabatan yang suci. Bagaimana mencari sahabat yang sejati. Seterusnya bagaimana caranya kita menjaga hubungan dalam persahabatan. Ini penting juga sebab kadang-kadang kita bila dah berkawan kita lupa tertib-tertib dalam persahabatan. Bila kita lupa tentang perkara ni maka menyebabkan sahabat kita pun terluka dengan sikap kita. Ye la kan, kita ni cuma manusia biasa yang selalu mempunyai ikhtilaf yang berbeza. Bila ada ikhtilaf yang berbeza membuatkan kadang-kadang kita terkhilaf.

Selain dari itu, part yang paling aku suka ialah berkenaan 1001 masalah dalam persahabatan. Bila dah baca ni baru aku tau kenapa agaknya sahabat kita kadang kalanya berbohong pada kita. Tak boleh melenting dah lepas baca buku. Alkisahnya ....apa pun banyak lagi tip-tip yang berguna yang sahabat2 di luar sana boleh dapati dalam buku ni. Dengan harga RM9, apa la sangat kan berbanding dengan ilmu yang kita dapat di dalamnya. Memang berbaloi-baloi. Emm, ini bukan promote ya. Aku pun bukan dapat apa-apa tolong promote buku orang. Tapi bagi aku, benda yang baik perlu lah dikongsi "sharing is caring'" kan...tunggu ulasan aku untuk buku-buku yang pernah aku baca. Sekadar perkongsian ilmiah.
P/S : di petang yang kudus ni tiba-tiba membuatkan aku rasa betapa kerdilnya aku di sisi Allah..

0 comments:

Post a Comment