31 May 2010

Kaedah dalam pengajaran

Bila seorang cikgu berblog tak sah rasanya kalau tak cerita pasal anak murid. Aku ni bukanlah seorang cikgu contoh yang kreatif. Tapi sedaya upayanya sentiasa mencari penyelesaian melalui pendekatan yang sesuai semasa mengajar. Aku percaya yang insan lain bergelar guru juga berfikiran sama seperti aku. Bila kita mengajar, yang pertama bagi aku mestilah menganggap pekerjaan kita ni sebagai satu ibadah. Insyaallah diberi kemudahan oleh Allah dalam segala-galanya.


Seterusnya, semasa mengajar kita ni memang tak lari dari bertemu dengan seribu satu macam ragam murid. Memang wajiblah tu sebabnya kita ni berkomunikasi dengan manusia, bukan komputer. Dalam mengajar ni bagi aku, tak kira apa cara yang kita gunakan mestilah nawaitu tu nak memandaikan murid, nak mendidik. Bukan senang nak 'memanusiakan manusia' ni. Kalau setakat ngajar je. Lepas tu ko nak pandai ke tak nak pandai ke bukan urusan aku. Sebaiknya muhasabah la diri, ingatlah nawaitu kita dari peringkat pertama memohon menjadi guru dulu.


Berjela-jela plak aku cerita ni. Terus kepada kaedah pengajaran tadi. Aku pun dalam proses buat kajian tindakan dalam proses mengajar sains pada anak murid aku. Bila sebut tentang sains ni, ada murid yang dapatan faktanya agak lemah. Sebagai contoh aku ajar tajuk "electricity". Terang punya terang, dari cakap omputih sampai cakap bukan omputih. Udahnya tak faham-faham jugak. Pening juga tu. Akhirnya, aku gunakan konsep air mengalir (hubby aku bagi idea) n konsep 'orang' dan 'burger'. Alhamdullilah, anak murid aku bila belajar tajuk ni, semua boleh jawab dengan tepat. Kira tercapai le objektif kalau ajar tajuk ni lain kali. Ada lagi tajuk-tajuk lain yang aku juga sedang buat kajian tindakannya macam tajuk magnet dan asid/alkali. Insyaallah aku akan kongsikan dalam entri yang seterusnya. Bagi aku setiap benda yang baik itu haruslah dikongsi bersama, barulah mendapat keberkatan Ilahi. Amin...


Note : Andai ada pandangan, sila kemukakan pada saya. Kita sama-sama masih belajar dan sentiasa belajar seumur hidup.

0 comments:

Post a Comment