30 October 2011

Mizz Nina

Lately ni selalu dengar lagu Mizz Nina berkumandang. Lagu Take Over -MN ft Flo Rida,What You Waiting For -MN ft Colby O'Donis & Kurnia -MN ft Noh Hujan (pun best jugak). Memula ingat mat salleh mana nyanyi..bila search , lor rupanya Mizz Nina. Mmg best la lagu-lagu dia.

       Pasal pakaian ke lirik ke V.Clip ke, saya tak mo komen beb. Kalau nak kata seksi, ramai lagi artis malaysia yang lebih dasyat dari Mizz Nina ni. Janji lagu tu sedap jadi halwa telinga. Then, now saya dah tersuka plak dengan Mizz Nina. Bila tengok interview dia dengan mana-mana media. Relax, cool je.

      Then, dia memang humble eventho saya tak kenal dia in person, tapi cara dia bercakap, body language dia...mmg terbukti la.Dia tak menunjuk dengan status dia sebagai anak billonaire. Ni kengkadang tu yang anak orang biasa2 je pun berlagak lebey. Bagus Mizz Nina. U go gurl!


Biodata Mizz Nina


Nama penuh: Shazrina Tan Sri Azman Hashim

Tarikh lahir: 1 Julai 1980

Umur: 31 tahun

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Keluarga: Anak bongsu daripada lima beradik

Status: Isteri kepada Mohammad Noh Salleh (Noh, vokalis kumpulan Hujan)

Kerjaya: Model, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan usahawan
Pendidikan: Ijazah Pengajian Media dan Perhubungan Awam di sebuah universiti di Australia

*Biodata ni dari sumber zuarxpdc.com (Tq)

29 October 2011

Bila arnab duduk dalam beg laptop.

Hari ni genap babies arnab ni 9 hari..
Count day je nak tgk babies tu buka mata..
Wahhh...mmg tak sabar...hehehehe

Apa pun,
Nak story pasal sepanjang hidup diaorang beberapa hari yang lepas
Coz of my hubby going to KK on that time,
Haihsss...so me la kena take care kat babies tu.
Jan Di tak mo kat anak dia..
So i fikir la alternatif..
Kena bawa gi keje babies tu,
Tapi nak letak mana?
Dalam bakul?
Urmm..tak bleh coz byk kucing kat sekolah..
Kang kena ngap..
So got ide...harharhar..
Beg laptop ku...
Ada poket kat luar,
So saya pun put the babies inside..
(Hey babies,kamu so lucky dapat stay dlm beg yg harga ratus2)..
huhuhuh
Then sepanjang hari,
No handbag! but change with beg sandang...
Ke hulu hilir selama beberapa hari dengan beg sandang tak lepas di bahu!
Ouwhh..rasa mcm budak form 5 je...myahahaha

Siap bawa botol susu n susu utk babies tu..(hari ini dalam sejarah)..
Bila tunjuk kat my students..alo..lo..lo..
Kesiannya, coz diorang tak tau itu babies rabbit..
Satu sesi pembelajaran baru juga utk diorang..
Lepas hubby balik,
Tak bawa dah gi keje,
Tapi beg sandang tetap ada coz saya banyak benda nak buat dgn laptop tu..
Then,
A few of my frenz..
Still bertanyakan arnab tu..hehehhe
Diorang mmg sangat comel..
Now lagi comel..
Tak sabar nak tgk babies ni membesar..

*Arnab ni haiwan eksotik..so kos tinggi gak nak jaga...

25 October 2011

Happy deepavali

Sempena deepavali esok..
so saya nak ambil kesempatan ucapkan "Happy Diwali"
pada member-member yang berbangsa India....
teringat beraya kat rumah Charan Singh..mana kamu ya sekarang?
Thurga Devi,
Naliny(mesti cantik sari kamu),
David(sahabat rapat ),
Nuresh(u always make my day! hahaha),
n
korang yang saya telah terlupa nama..
almaklumlah, zaman muda-muda dulu...

* Semakin tua, saya semakin cepat lupa..banyak makan semut pa? heheheh

21 October 2011

Tolonggg...saya dah jadi BIDAN!

Tajukk...mak aih CikNgah.
Bidan terjun ke?
Wakakakaka....bukan!Salah!
Saya telah berjaya menjadi bidan pada Jan Di.
Jan Di tu arnab saya (keji je letak nama heroin Korea)..myahahaha..

Tadi masa balik kerja..
Gi lah kat sangkar Jan Di n Ji Hoo.
Rutin nak bagi makan tghri kat Mr. & Mrs Bit ni..
Sekali tu, aduih! nampak darah la pulek..
Mak nak pitam dah tengok ..
Tapi bagi kata2 semangat kat diri sendiri..
Kalau berjaya handle benda ni, maksudnya saya semakin kuat semangat..
Hahahahaha...

Memang lah bagi korang benda kecik je but for me, benda ni berat..
So sementara dia dok beranak,
Saya kelam kabut cari kotak kosong (mmg kamu selalu panik CikNgah),
Kerana nak cari 1 kotak, habis 1 rumah jadi kapal pecah..huhuhuhu..

Finally,
tak jumpa kotak sbb sume kotak dah isi buku2 tak pakai,
Tapi,
Saya jumpa bakul plastik hamper.
Jadilah untuk letak baby rabbit tu..hehehehe...
Bila gi balik kat sangkar,
Jan Di dok tengah makan sekor anak dia,
Mmg bertambah nak pengsan plak..
Cepat plak dia makan..
Tinggal stengah je badan anak dia..
Rasa nak hempuk je kepala dia dengan bakul.

Nnnnnn....
Sekor anak dia dah jatuh celah sangkar..
Slow2 tarik lapik bawah tu supaya anak dia tak tersagat (berjaya!),
Anak yang kedua plak..adoyaiii tersangkut celah sangkar plak..
Perut dia moncit so tak bleh tarik camtuh je..

Adoyai,
Now saya jadi bomba & penyelamat plak.
Cari spanar..
Pusing kot tu tak bleh,
Pusing kot ni pun tak boleh..
Last2 sempangkan batang spanar yang lebar tu kat celah supaya kembang,
Berjaya gak selamatkan anak dia dari tersepit...

Fuh! lega sangat...
Masalah sekarang mcm mana nak bagi susu kat baby tu..
Tak bleh blah dah kepala..
Last2 kol hubby n suh dia beli puting n botol for babies tu..
Ada jual ke kat kedai..
Hope so ada la..
Kalau tak gawat juga!

Bersambung part 2....myahahaha.....

* Saya excited la!

17 October 2011

Berita Harian Online | Bayi baru lahir ditemui mati dengan kesan kelar

Berita Harian Online Bayi baru lahir ditemui mati dengan kesan kelar

BBQ Suria

Hehehe..BBQ suria ya.
Mencintai alam sungguh kamu..
Sebab tu banyak lagu ditujukan untuk Sang Suria.


Apa tu BBQ Suria?
Erm....berkenaan kecekapan tenaga dan tentang tenaga yang boleh diperbaharui.
Boring?
If boring sila tekan ctrl+alt+delete...hahahahaha
Kalau tak boring, sila terus baca blog yang merapu ni..myahahaha

BBQ tu,
Tuan, puan, encik,cik sebenarnya dapur untuk BBQ,
Menggunakan....
Cik Matahari.

So,
Today,
Dari pukul 7.40 sampai pukul 2.10 pm..asyik melayan projek ni.
Thanks Merdu,Redzuan, Musyadi, Nazri n Ashraf.
U guys help me a lot.
Ouwh! ingat senang ke nak buat benda macam ni?
Kalau senang, anda sila lah buat beserta dokumentasi ye..bukan dengan air liur saje..
Karang ada plak yang kata,
Cik Ngah, kamu ni takat buat projek tanam2 + projek ntah apa2..dah  glamour..
Hellooooo....saya buat projek sains sebab ini bidang saya
And
Saya memang minat..(sesape x minat, sila zip mulut).
Orang tak pandang pun saya tak kisah,
Yang penting, murid2 saya seronok..
Sape yang rasa tak seronok,
Anda sila duduk di siring2 jak ya...
Kalau mau minta puji,
Bah, apa lagi..kamu buat la nda payah berdengki bah!

Merapu dah ko ni Cik Ngah,
Ok, berbalik pada BBQ Suria ni tadi..
Kotak besar sikit dari kotak kasut n  kita spray cat hitam(luar+dalam),
Letak kadbod berbalut alumunium foil di tengahnya dan keliling..
Masukkan dawai mata punai n bentukkan V,
Then...
Letakkan sosej(kelar sket supaya lebih cepat masak deh!),
Balut dengan cling plastic di permukaan,
Dannnn...
Letakkan di bawah cik mentari membahang..
Tunggu 20 minit..
Nah!...
Dah masak dan boleh makan...


Tidak mencemarkan alam,amat menyihatkan kerana dimasak tanpa minyak n jimatkan bil elektrik anda juga!
Kepada individu yang nak berdiet n pentingkan kesihatan..
Gunalah dapur BBQ Suria..

Selamat mencoba korang...gambar upload later ya..mmg malas nak publish gambar..hehehehehe

* Jangan cemarkan alam dan amalkan langkah kecekapan tenaga dalam kehidupan...

16 October 2011

All Out Kerja! Harus Pergi Bercuti....

Saya rasa kan,
Semua orang mesti dah merasa agak penat nak menghabiskan
sisa-sisa tahun 2011 ni kan?
Ummm..so do I..hukhukhuk..(memang tgh batuk pun).
Bila kepala asyik fikir pasal keje je,
Hof kos jadi letih,
Nak tido pun tak lena-lena...mata duk gerak2 walau dah pejam .Penah tak korang camtuh?
Tapi bila hujung-hujung tahun ni, memang normal keje lebih dasyat dari bulan biasa..haiyooo

So bersempena cuti panjang yang bakal menjelang,
I decided nak gi vacation..horayyy..
Nak rest cukup2 sbb tahun depan akan mula penggal baru yang sibuk..(tepuk dahi)

Ke mana kamu Cik Ngah?
Hehehehe..biar lah rahsia..
Nanti dah balik. Baru saya update beserta gambar.
Long john dah beli...weeeee..2 pasang (gila tamak!)
Gi cameron Highlands pakai long john ke Cik Ngah?
Hahahaha....biar lah korang teka dulu saya nak gi mana..

Haih, lambat pulak masa berlalu..
Masa,
Cepatlah kamu berlalu,
Kerana aku tidak sabar menunggu...

* So korang di luar sana, kalau dah penat kerja..bawak2 lah bercuti sebelum jadi lebih tensen..

15 October 2011

Ex-Boipren vs Ex-gelfren

Hui, tajuk melets la Cik Ngah..
Bior ah, saje jek..tak bleh ke?
Tak suka sila jgn baca (skima lagi ayat)...terlebih makan gula ke Cik Ngah?

Korang kat luar sana kan,
If terjumpa ex-bf/gf apa perasaan korang?
Sorang je seumur hidup?
Hehehe..tok sah dok buhung la..cinta monyet, cinta zirafah sebelum kawin mesti ada kan? ahaks!
Termasuklah saya!
Bila terjumpa balik dgn ex-bf dalam FB (tq Mark Zuckerberg)..perlu ke ucapan itu?
Erm..rasa sonok gak..
Tapi no heart feeling sbb masing-masing dah ada family..
Move on je lah dengan apa yang kita dah ada kan.

Tapi, masih nak sibuk nak ambik tau sikit-sikit pasal si dia.
Siapa wife, anak berapa, keje kat mana, stay kat mana, happy dak...
Hahahaha...(melets la ko ni Cik Ngah).
Saje je..maklumlah orang yg pernah bertakhta di hati..aceceh..
Tapi now, of course la Incik hubby je in my heart, orang lain tak de tempat..I Love U Baby.

And..
Pada sesape yang terjebak dengan ex memasing n korang pun dah kawin,
Sila beristighfar banyak-banyak ye...may be kamu ter alpa sekejap.
Jangan sesekali terjebak ya..kesian family kamu!

* Ya Allah, sentiasa pelihara lah hati ku supaya tetap pada Mu dan keluargaku...Amin

Thanks frens @ bff

Baru selesai perkhemahan.
Sangat letih sebab dah 2 minggu asyik urus benda ni.
Kenapa kamu CikNgah? Kenapa bukan orang lain?
Ouwh, saya kebetulan SU Kokum..so tanggungjawab saya la melaksanakannya.
Sorry ya bukan nak riak, tapi kenyataan..fuh!emang dasar kamu! hehehehe

Apa pun, perkhemahan ni berjalan lancar seperti yang dirancang,
Walau pun ada beberapa perkara terlepas pandang,
Namun saya terimanya sebagai satu pengajaran di masa depan (skima gila ayat!).
Thanks bos-bos sbb percaya kan saya (semoga mendapat haji yang mabrur..Insyaallah).

Tak lupa,
For my frens,
Special  thanks gang!
Azam, Merdu, Naz,Syaza(ahaks!gurlie sungguh),Pejal, Bang Long, Zuhdi, Mus, Rai n Wan korang memang terbaek!.
Jarang aku dedicate n show my feeling before..dgn korang, sungguh hamba terharu..hukhukhuk..

And..
Kawan-kawan lain yang turut membantu secara langsung,
Andreen, Ali, Lela, Tini, Tipah, Faridah, Maya, Ina, Jue, Poji,Azwa, Samad,
Dillah,Fatimah,Ton,Mas, Maz, Kala, Nani, Tina,Hajar,
And yang secara tak langsung juga..
Thanks a lot kerana memberi kerjasama tak terhingga.

Terima kasih daun keladi,
Lain kali boleh minta tolong lagi..

Sekian saje untuk hari ni...letih sampai nak pensan...

12 October 2011

If Cik Beras Kritikal

Cik Beras?
Alamak, sape lah letak nama anak dia 'beras' ni ?(ada ke?)
Ni bukan nak citer pasal orang .
Entri ni nak citer pasal beras yang jadi makanan ruji rakyat Malaysia..huhuhuhu.
Semenjak Thailand dilanda banjir..Aiyak! Ada sikit susah hati juga maaa...
Sebab kita ni mengimport beras dari Thailand.
Setakat ni Malaysia mengimport 30% beras dari luar.

So....
Sila bayangkan keadaan sekarang ni.
Thailand banjir, maka pengeluaran beras terganggu.
Buat sementara kita bergantung dengan beras tempatan.
Tak de alternatif kecuali sebenarnya Malaysia memang ada stok simpanan beras untuk keadaan genting.

Jadi..
Selama ni selagi namanya orang melayu,
Pagi nasi goreng, nasi lemak,bubur nasi,
Tengah hari nasi campur,
Malam plak nasi goreng pataya or cili padi..
Semua berasaskan nasi...
Kalau beras kurang camne jadinya nanti?

Walaupun....
Dalam media massa dok kata jangan bimbang dengan beras,
Tapi...saya tetap juga bimbang!(Cik Ngah, kamu selalu macam ni ye)
Kalau beras masih cukup untuk rakyat Malaysia pun,
Tapi bila bekalan kurang,
Dasar asasnya masa saya belajar ekonomi masa memuda dulu,
Kalau permintaan tinggi dan tawaran kurang...
Harga mesti naik...fuh!

And..
Saya dah buat keputusan untuk membeli beras tambahan sebanyak 10kg lagi..myahahahaha..
Kalau cik beras yang tercinta kritikal juga,
My hubby and I decided untuk makan bubur je hari2...
Harus berat badan saya turun kalau menu itu ialah bubur setiap hari!...huhuhuhu..

*Sama-samalah berdoa agar bencana banjir ni semakin bertambah baik di Thailand.
  Lepas ni nak buat menu ala-ala western - roti, coleslaw, mashed potato...say no to  
  beras..(Please Cik Ngah, kamu lupa daratan! hehehehe)

11 October 2011

Siapa suami kamu??

Hahaha...sila ambil perhatian,
Entri ini untuk bacaan orang yang sudah berkahwin saje, harap maklum!(acah je)
Firstly, saya  nak tanya.
Korang cinta ke sayang kat suami korang..(sila jawab dalam hati saje supaya saya tidak menjudge kamu :>).
Dan jawapan saya juga hanya dalam hati saje...fuh!
Then, personally bagi saya tanpa mengambil kira pandangan orang lain,
Suami merupakan...
Ketua dan pembimbing keluarga,
Juga..
Sebagai penasihat tak bergaji,
Peguam bela (bila mana kamu di buli)
Sahabat baik (bila tika nak kongsi cerita) dan main chess!
Kaunselor (bila jiwa kacau terutamanya)
Sifu...(yang penting tak bagi ajaran sesat)
Mekanik,
Chef di kala saya keletihan ... :)
Partner gi tgk wayang n gi jogging,
Supporter,
And last,
Teman nak bergaduh bila tak de orang lain nak gaduh dengan kita..hewhewhew..(CikNgah, kamu ni nak bergaduh saje ye )....

Rasanya kalau semua ni merangkap tugasan suami dalam hidup kamu...
Insyaallah kamu akan rasa seronok dalam melayari hidup berumahtangga..
Walau tidak se 'perfect' mcm cerita dongeng tapi bagi saya mencukupi...
Tapi bagi kamu di luar sana, tepuk dada tanya selera...
Walau siapa pun suami kita, RESPECT, RELAX n RESPOND bila bersama hubby masing2 ya (mcm rancangan 3R la pleks)........

* Hidup ini terlalu singkat, jadi hargai lah masa bersama suami/isteri tercinta...

10 October 2011

Masih belum puas dengan bestfriend!

Bila umur dan menjejak ke 30++ (rahsia)..
Rasa dah semakin tak berapa nak muda..
Dan..
Saat-saat ini,
Tiba-tiba
Daku teringat dengan kawan-kawan baikku.
U guys always make my day!
Bila teringat kawan-kawan baik ni,
Mula lah melarat saat-saat zaman nakal dulu.
Masa sekolah rendah daku ada beberapa orang kawan baik,
Nani(KL),Wati(Sibu),Nuris(lost contact!),Niza(KL)..
Pegi sekolah je, harus main sorok2 (dah darjah 6 dah masa tu),
Dan..
Diorang ni juga pembakar semangat nak bersaing dalam pelajaran.
Alhamdulillah..semua akhirnya dapat masuk asrama...(so jarang jumpa)
Daku plak duk asrama n cuba menyesuaikan diri dengan kawan baru,
Sal(Cikgu),Diha(Cikgu),Lin(Hotel),Rahmah(lost contact),Nora(biznez woman),Pilot(lost contact),Jue(biznez woman),Azma(swasta),Pijot(Cikgu) n etc,
Lepak kat koridor sambil makan bekal (lagi2 kalau weekend),
Gossip n gosip...hehehehe
Pas tu, ponteng prep...habis kena ligan dengan warden (dah insaf cikgu!),
Main mercun bola kat depan dorm (kena rotan by warden),
Banyak lagi pahit manis masa duk asrama..
Then form 4 aku pindah sekolah harian..coz nak rasa berkepit dengan parent,
Kat sini Sue,Zila (kelas lain) n Zul,
Menemani aku selalu..especially Zul (bz dgn politik minah ni),
Member group discussion, kengkadang gosip n makan jadi agenda utama..huhuhu...
Hope so one day dah jadi YB tak la kamu melupakan aku!
Dan sekarang,
Masih lagi rapat...
Sue n Zila,
Thanks frens coz always be my side,
Chit chat petang2 n gosip kat kedai Cik Sue,
Sue, now kamu di Senegal (rindu saat lepak sama2),
Zila, kamu plak dah sibuk dgn study n career..but always miss u too...
Masuk Form 6 plak,
Member baik aku Zamri n Fadil!
Ha, lelaki...tapi my parent kenal.
Kaki ponteng kami ni masa form 6 (nasib sekejap je kat form 6),
Siap kena ligan dengan cikgu disiplin (ntah sape nama cikgu tu),
Kami mcm adik beradik wo..raya baru ni dia bawa wife dia beraya kat rumah (terharu beb)..

Ni lah antara bestfriends masa zaman kanak2 ribena...akan bersambung Part 2! Myahahahaha...

*Thanks korang sbb selalu hiburkan aku n always sesama dalam semua hal..Korang la harta aku selama-lamanya. Dan aku belum puas berkawan dengan Uols...

09 October 2011

Rinduku Tertinggal di Bawah Bayu

Dah hampir setahun aku di Malaya (Semenanjung Malaysia lor),
Dengan kehidupan harian yang agak hectic,
Tiba-tiba...
Membuatkan aku..
Sangat rindukan saat dan ketika di Sabah.
Rindukan rojak buah di Suria Sabah,
Sambil makan menghadap view laut yang jernih,
n..
Shopping-shopping di One Borneo,
Afta shopping, lepak makan mi kari yang paling best!
Tentunya..
Di Homes (cari restoran ni kat sana, mmg masyuk sumpah tak tipu),
Then, jalan-jalan lagi cari jeruk jambu batu,
Tanjung Aru u alwalys in my heart!
Rindukan juga melepak di Le Meridien (stay sini selalu),
Yang pastinya congee nya memang terbaek...(meleleh air liur sudah ni)

Kalau rasa boring,
Pegi ke Sutera Harbour n cari tiket bot ke Pulau Mamutik/Pulau Sapi (terbaek!)
Kalau ada masa panjang sikit,
Pastinya, meronda sampai ke Kundasang (kaki Gunung Kinabalu),
Bila sebut Kinabalu teringat bah sama lagu ' Sayang Kinabalu'..
Kadang-kadang kami ni boleh pergi lebih jauh,
Drive sampai ke Kudat or Sandakan..
Memang best!
Daku rindu mcm nak mati.....hurmmmm

*Afta this nak buat catatan perjalanan supaya bawah bayu sentiasa di hati forever...

07 October 2011

Boleh plak update blog hari-hari ya..

Sebelum ni, lama gila daku stop menulis blog..
Last daku nya entri April 2011..
'n'
Baru beberapa hari lepas je daku update blog.
Maksudnya almost 6 months tak tgk blog ni.

Kenapa?
Ko dah tak sibuk ke CikNgah?
A'ah, sebab sibuk amat
'n'
Stress.
Menyebabkan....
Daku nak release tension dalam blog picisan ni.
Kadang-kadang rasa jeles jugek tengok orang boleh goyang kaki aje..*wink*
Tapi...
Kalau asyik buat kerja n tak de side hiburan yang lain...
Adoyai, boleh jadi gila dibuatnya!
Nak layan games mmg dah malas..angry bird? lagi dah bosan!
Game chess kegemaran ko CikNgah?
Bila dah stress mana bleh fikir (asik kalah dgn komputer)..
Jadi lagi tensi sey....

Sibuk-sibuk aku ni buat kerja,
Ada jugek yang kata, daku lum cukup sibuk..
Sebabnya...
Belum cukup 10 tugasan sekaligus.
Ngrrr.....igt daku robot ka..hang lagi kerja nan hado...*sigh*
Selamba je kata camtuh!
Nasib skang ni daku banyak sabar..
Kalau daku yang dulu..
CONFIRM!
Orang tu kenyang setahun sebab telan kasut...

* bersyukur sbb Allah menjadikan daku hambanya yang lebih penyabar sekarang.

06 October 2011

Cik Pengampu Yang Berdedikasi

Wawawah....
Ketar lutut n gigi bila jumpa golongan cenggini (buat gaya cam dlm cartoon catdog)
Bukan sebab takut,
tapi ....
sebab menahan rasa dari bagi sedas kat dia..
Kerja kat mana-mana pun,
Pastinya..banyak golongan macam ni...
First, daku rasa kagum dengan bakat terpendam diorang ni (ye la sangatttt)
Bukan senang ma, daku pueh la melatih diri jadi camtuh. (sumpah tak tipu!)
Namun sampai la ni, saat ini masih tak reti!
Keduanya, rasa nak menjotos pale dia 33 kali...(Meluat tahap dewa! Tolonglah!)
Ketiga, kalau daku jumpa tedung selar n dia..haruslah palu dia dulu..
Wawawawa..

Kadang-kadang tu daku sangat hairan (muka cam ala Mr. Bean blur)
Orang yang kuat ngampu ni mesti dia yang paling tak suka bos di belakang.
Dia yang duk pung pang pung pang kata kat bos..
Aik~~~ alih-alih jap lagi dia yang dok dalam bilik bos ngadu macam-macam hal..
Mak tak bleh masyuk lah dengan orang camnih.
Daku selalu orang cam nih, maleh nak layan..
Kot-kot dia dok tengah nak provok kita supaya mencelah,

Sorry la korang, daku blah malas nak layan (buang karan)
Baik daku layan game chess lam fon..
Cakap lah korang sensorang macam orang meroyan.

* Kami Benci Pengampu ( baca macam ala-ala Belia Benci Dadah)..Myahahaha







05 October 2011

Kawan rapat vs kawan x berapa rapat.

Haih!
Tengok tajuk pun dah rasa panjang nak taip.
Daku suka cerita benda2 yang close dgn kita.
Emm...korang kalau ada masalah..
Kat sape korang cerita?
Kalau baru beli handbag baru, kasut baru..Wahh
Kat sape korang cerita?
n....
Kalau ada gosip terbaru.
Kat sape korang cerita dulu?

Pandai!
Kawan paling rapat le dengan kata lain bestfriend!
Then kawan2 yang kurang rapat tu dapat saki baki cerita je..
Myahahaha..seharusnya!
Then, kalau boleh semua benda nak buat sesama...

Daku biasanya bestfriend 2 orang je dlm satu2 masa..
Maksudnya..kalau kat tempat kerja 2 orang,
Kat area kejiranan 2 orang,
Kat kolej 4 orang,
Kat U 2 orang,
Kawan rapat masa primary school 2 orang,
n....
Kawan masa secondry school pun 2 orang..
Total ?
Haiyooo.....14 orang...hyahyahya....

Aipppp~~~
Mana boleh ramai2 bestfriend...
Suka hatilah wey....tepuk dahi tanya minda...
Tapi kawan x berapa nak rapat boleh lah sampai 8k pun...
sape nak kisah...

*So kalau ada masalah, sila berhubung terus dengan bestfriend anda ya! Kalau merapu bercerita kat kawan yang tak berapa rapat..haruslah korang jadi bahan nanti.Sekian curahan hati untuk hari ini.Noktah!

04 October 2011

Hui Jia De You Huo / The Temptation wife

Ngehhh....semenjak 2 menjak ni layan citer cina plak.
Citer ni membuatkan daku duk melekap depan TV
sampai tak mandi dekat nak maghrib.
Dah rasa cam spiderman plak lekap melekap ni.
Wa cakap lu~~~ citer ni memang best. Best macam citer Boys Over Flower gek la.
Dari pukul 6 sampai pukul 7ptg
di TV2
 (sila ganggu saya kalau nak rasa bertelur di dahi)..
myahahaha..

Wacehhhh~~~ jalan citer amatlah menarik.
Tapi..membuatkan diriku tak dapat bersabar
Apa lagi, tangan ni gatal je meng'google' n
finally!
Dapat tengok sampai episod akhir(walau x faham sepatah haram)...
muhahahaha..
35 episod nak layan..korang sanggup?
mak tak sanggup tunggu.
Namun gembira gile..n menyesal jugek...
lepas habis sume episod (TV2 dok tayang lagi)...*sigh*

Apa pun, happy ending citer ni..ala-ala cam citer cinderella (verangan tak habis).

Haruslah cari OST citer ni lepaih ni...sebagai halwa telinga time tension.

* Tak caya..ce try tengok.Kompem korang pun jadi spiderman.

03 October 2011

Belanjawan 2012 mengancam tak?

Sebut je budget 2012 ni...
Jiwa aku meronta-ronta secara tiba-tiba.
Dengar-dengar ada kenaikan gaji..
Banyak sikit tu tak tau la..banyak sangat rumors..
Tapi aku berminat dengan bakal pengenalan satu tangga gaji tu...
tak yah 2-3 ...
pening kepala nak baca sifirnya..

So budget 2012 on 7th october 2011 ni..
Aku sanggup duduk depan TV sampai habis kalu cam ni..
Jangan ada mesyuarat or whateva on that day..
Aku mesti marah...

* Walau kenaikan gaji 5% sekalipun, bagi aku dah cukup banyak. Dah cukup bersyukur.