12 October 2011

If Cik Beras Kritikal

Cik Beras?
Alamak, sape lah letak nama anak dia 'beras' ni ?(ada ke?)
Ni bukan nak citer pasal orang .
Entri ni nak citer pasal beras yang jadi makanan ruji rakyat Malaysia..huhuhuhu.
Semenjak Thailand dilanda banjir..Aiyak! Ada sikit susah hati juga maaa...
Sebab kita ni mengimport beras dari Thailand.
Setakat ni Malaysia mengimport 30% beras dari luar.

So....
Sila bayangkan keadaan sekarang ni.
Thailand banjir, maka pengeluaran beras terganggu.
Buat sementara kita bergantung dengan beras tempatan.
Tak de alternatif kecuali sebenarnya Malaysia memang ada stok simpanan beras untuk keadaan genting.

Jadi..
Selama ni selagi namanya orang melayu,
Pagi nasi goreng, nasi lemak,bubur nasi,
Tengah hari nasi campur,
Malam plak nasi goreng pataya or cili padi..
Semua berasaskan nasi...
Kalau beras kurang camne jadinya nanti?

Walaupun....
Dalam media massa dok kata jangan bimbang dengan beras,
Tapi...saya tetap juga bimbang!(Cik Ngah, kamu selalu macam ni ye)
Kalau beras masih cukup untuk rakyat Malaysia pun,
Tapi bila bekalan kurang,
Dasar asasnya masa saya belajar ekonomi masa memuda dulu,
Kalau permintaan tinggi dan tawaran kurang...
Harga mesti naik...fuh!

And..
Saya dah buat keputusan untuk membeli beras tambahan sebanyak 10kg lagi..myahahahaha..
Kalau cik beras yang tercinta kritikal juga,
My hubby and I decided untuk makan bubur je hari2...
Harus berat badan saya turun kalau menu itu ialah bubur setiap hari!...huhuhuhu..

*Sama-samalah berdoa agar bencana banjir ni semakin bertambah baik di Thailand.
  Lepas ni nak buat menu ala-ala western - roti, coleslaw, mashed potato...say no to  
  beras..(Please Cik Ngah, kamu lupa daratan! hehehehe)

0 comments:

Post a Comment