Bila sebut SBPA..hahahaha
Sume buntang bijik mata nak tau kenaikan gaji yang baru kan?
Penat gak blogwalking carik maklumat,
Dapat lah sket,
Tapi bila compare dengan apa yang dibaca,
Urm..kenapa macam lain la pulak..
Memang gawat ney..
Lambat betul lampiran C tu nak dihebahkan.
Ada kata naik RM230,
Ada yang kira kata RM135,
Ntah yang mana satu la kan,
Harapnya saya dapat memahami dengan jelas lepas ni,
Ingat nak tanya member hubby pasal benda ni,
Dia tu officer kastam n dia dah pegi taklimat ni,
Janganlah korang nak ngata asyik kira gaji je,
Penting jugak kadang2 kira gaji tu,
Sebagai motivasi memacu semangat kerja yang lebih cemerlang,
Dan saya bukan hipokrit,
Pura2 buat tak tau pasal kenaikan gaji baru,
Berlagak macam suci dalam debu rasanya,
Tapi dalam hati n secara diam2 sepanjang masa dok congak gaji,
Saya manusia biasa dan punya naluri kemanusiaan normal,
Dan saya juga pandai marah kalau ada orang cari pasal,
Ngata lebih2,
Sedangkan saya tak ambil tau pun pasal orang tu,
Dan saya akan pastikan orang tu terima balasannya,
Dan ini amaran kepada sesiapa,
Yang berani 'mengejutkan harimau yang sedang tidur'.
Dan jangan berani2 bermain dengan api ya.
Sekian saje entry untuk hari ni..
Sebab saya bosan
Mengira hari untuk balik kampung yang tak berapa kampung.
*Dah lama tak naik gaji banyak..seronok plak kalu dapat naik gaji banyak2 ni..dan tak sabar tunggu tunggakan saya yang dah setahun lebih tu.
13 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment