Hari ni saje lah nak sembang dan kupas tentang topik 'belajar menghormati orang lain'. Aku percaya di sekeliling kita, di tempat kerja, di kejiranan, di kedai runcit ,hatta di mana sekalipun, mesti selalu jumpa orang yang langsung tak tahu menghormati orang. 'Hormat' adalah satu perkara yang sangat general nak disebutkan dan dalam entri aku ni, aku menjuruskan kepada menghormati hak personal dan pendapat seseorang individu.
Kadang-kadang bila nak bincang perkara ni, akan menjadi satu isu yang menyentuh sensitiviti perasaan individu. Chewah, ayat baik punya. Apa pun, selama aku bekerja dan bersosial ni memang banyak jumpa individu yang tak tahu langsung menghormati orang. Contohnya, bila kita beri pendapat dipandang sebelah mata sahaja dan individu tersebut hanya mengambil kira pandangan sendiri yang memang tak masuk akal. Ini kerana bagi aku, semua pendapat yang diberikan oleh pihak lain haruslah dipertimbangkan buruk baik dengan sewajarnya. Jangan terima pendapat yang enteng sahaja untuk diuruskan. Bagi aku, walaupun kita lebih tua, tak salah menerima pendapat orang lebih muda andai itu membawa kebaikan. Macam-macam manusia ni kan... tapi aku kalau jumpa orang macam ni, aku buat tak tau je sebabnya aku dah set dalam fikiran "biarlah dia terjun dengan labu-labunya". Nanti sendiri yang rugi.
Selain tu, ada juga individu yang tak tau langsung menghormati hak personal orang lain. Ini lah yang paling kerap terjumpa pun. Di persekitaran tempat kerja dan di kejiranan. Ini bukanlah satu tuduhan, hanya contoh yang terdapat di persekitaran aku sahaja. Dan aku percaya, pembaca di luar sana pun sering berhadapan dengan perkara sebegini kan? Contohnya, bila bab menjaja hal rumahtangga kawan-kawan yang menghadapi masalah. Bagi aku, itu hak personal individu tersebut dan kita sebagai orang luar tak berhak membuat spekulasi dan kesimpulan yang macam. Hanky panky gitu. Besok kalau terjadi pada kita dan orang lain buat perkara yang sama, masa tu tolong jangan marah atau nak mengamuk. Contoh yang lain pula, ada individu yang suka sangat nak tau hal luar dalam kawan-kawan. Yang ni pun aku memang tak gemar tengok. Kalau nak tau sikit-sikit tu oklah. Tapi kalau sampai nak tau berapa gaji, bini ada berapa, gaji laki kita berapa, berapa harga kereta. Beli perabot berapa ribu. Simpana bank ada berapa banyak. Ohh...spesies yang ni tersangatlah aku allergic.
Aku setakat ni, cuba menghalang menjauhkan diri aku daripada punca-punca yang mendorong aku ke tahap seperti itu. Walaupun kengkadang ada juga tersasul tetapi sekurang-kurangnya masih mencuba untuk memperbaiki diri. Kerana hidup hanya sekali, selagi kita hidup, carilah seramai rakan yang mungkin dan hindari permusuhan. So pada teman-teman di luar sana, sama-sama lah kita bermuhasabah diri dan kita sebagai manusia biasa tidak akan lari daripada kekhilafan akibat ikhtilaf kita yang berbeza..
Note :. Aku hanyalah insan yang sangat-sangat kerdil di bumi Allah yang sangat luas. Salam Ukkhuwah teman-teman.
0 comments:
Post a Comment