Dah lama tak layan blog yang bersawang ni. Rasa macam tak tau nak taip pasal apa. Tajuk ada, cuma tak de idea nak garap isi dengan tajuk. Enti tentang tak sabar tu..hahaha...rasa happy tetiba bila nak ulas tajuk ni. Tak sabar sungguh sebab nak mohon pindah balik semenanjung. Nak jumpa dengan kids. Rindu teramat dengan diorang. Betul lah orang kata, anak ni penguat semangat kita. Walaupun happy berdua berbulan madu dengan hubby, tapi rasa tak lengkap plak tanpa kehadiran anak-anak. 1 September borang pindah keluar lagi. Ini kali kedua dah aku isi untuk tahun. Harapnya untuk kali ini, perpindahan aku balik ke sana diluluskan. Keseronokan kehidupan dah terbayang difikiran aku..boleh window shopping, bleh jalan2 cari makan, bleh juga jalan2 cari pasal. Lama dah aku tak buat semua aktiviti2 ni semenjak aku duk kat sini. Bleh ronda2 merata ajak anak-anak. Best, best...
Tapi apa pun, ada orang lain yang lebih gembira daripada aku n hubby sebenarnya. Mertua aku la paling excited bila aku n hubby decide nak balik semenanjung. Adalah orang yang leh bawa diorang n jaga diorang kot ada apa2 yang berlaku kelak. Yer la kan, diorang pun dah tua n tak berapa sihat sangat. Bila cerita tentang ketidak sihatan diorang tu, semenjak aku pos anak2 aku ke sana. Wah, dengarnya kedua-dua mertua aku semakin bersemangat nak makan n dapat bersenam secara tak langsung. Kira jadi semakin sihat la. Anak -anak aku tu terlebih aktif. So tuk dengan wan dia kena la bergerak cergas. Kesian juga kat diorang, tapi bila fikir balik anak-anak aku tu mcm sumber kekuatan pada diorang so syukur juga. So raya ni, aku balik Penag n Klang. Memang tak sabar menanti saat itu..................
0 comments:
Post a Comment