22 June 2010

Mindaku yang kosong

Lama juga aku tak mencoret apa-apa dalam blog ni. Tangan rasa lincah nak menari di keyboard, tapi idea pula tak ada. Blank. Kenapa agaknya ya? Sebab masih mood cuti kot, tambahan pula tak berapa sihat. Selsema dan batuk. Dah makan ubat tapi masih tak boleh pula tidur. Sunyi bila anak-anak tak de, pandang kiri dinding, pandang kanan dinding, pandang depan dinding, pandang belakang pun dinding. Adoyai, seksanya. Nak siapkan kerja sekolah pun tak de mood. Pada masa-masa macam ni buatkan aku semakin rindukan keriuhan jerit pekik my kiddos....

Note :. Rindu sangat sangat sangat kat kiddos n my hubby... :(

16 June 2010

Is Away....

Untuk beberapa hari yang berikut ni nampaknya tak dapatlah aku nak bermanja-manja dengan blog. Nak balik Penang n KL sampai Ahad. Orang lain masing-masing sibuk nak balik ke sini. Aku dah nak habis cuti barulah sibuk nak balik semenanjung. Tak pe, raya nanti boleh balik lama sikit. Ni pun, aku tak boleh nak mencoret lama-lama dalam blog. Nak bersiap coz ada member nak tolong hantar ke airport dan sebenarnya, aku tak suka orang yang menolong aku tu tertunggu-tunggu nanti. Apa pun thanks a lot gang.Heheheh..sehingga ketemu lagi..

14 June 2010

Belajar menghormati orang lain



Hari ni saje lah nak sembang dan kupas tentang topik 'belajar menghormati orang lain'. Aku percaya di sekeliling kita, di tempat kerja, di kejiranan, di kedai runcit ,hatta di mana sekalipun, mesti selalu jumpa orang yang langsung tak tahu menghormati orang. 'Hormat' adalah satu perkara yang sangat general nak disebutkan dan dalam entri aku ni, aku menjuruskan kepada menghormati hak personal dan pendapat seseorang individu.

Kadang-kadang bila nak bincang perkara ni, akan menjadi satu isu yang menyentuh sensitiviti perasaan individu. Chewah, ayat baik punya. Apa pun, selama aku bekerja dan bersosial ni memang banyak jumpa individu yang tak tahu langsung menghormati orang. Contohnya, bila kita beri pendapat dipandang sebelah mata sahaja dan individu tersebut hanya mengambil kira pandangan sendiri yang memang tak masuk akal. Ini kerana bagi aku, semua pendapat yang diberikan oleh pihak lain haruslah dipertimbangkan buruk baik dengan sewajarnya. Jangan terima pendapat yang enteng sahaja untuk diuruskan. Bagi aku, walaupun kita lebih tua, tak salah menerima pendapat orang lebih muda andai itu membawa kebaikan. Macam-macam manusia ni kan... tapi aku kalau jumpa orang macam ni, aku buat tak tau je sebabnya aku dah set dalam fikiran "biarlah dia terjun dengan labu-labunya". Nanti sendiri yang rugi.

Selain tu, ada juga individu yang tak tau langsung menghormati hak personal orang lain. Ini lah yang paling kerap terjumpa pun. Di persekitaran tempat kerja dan di kejiranan. Ini bukanlah satu tuduhan, hanya contoh yang terdapat di persekitaran aku sahaja. Dan aku percaya, pembaca di luar sana pun sering berhadapan dengan perkara sebegini kan? Contohnya, bila bab menjaja hal rumahtangga kawan-kawan yang menghadapi masalah. Bagi aku, itu hak personal individu tersebut dan kita sebagai orang luar tak berhak membuat spekulasi dan kesimpulan yang macam. Hanky panky gitu. Besok kalau terjadi pada kita dan orang lain buat perkara yang sama, masa tu tolong jangan marah atau nak mengamuk. Contoh yang lain pula, ada individu yang suka sangat nak tau hal luar dalam kawan-kawan. Yang ni pun aku memang tak gemar tengok. Kalau nak tau sikit-sikit tu oklah. Tapi kalau sampai nak tau berapa gaji, bini ada berapa, gaji laki kita berapa, berapa harga kereta. Beli perabot berapa ribu. Simpana bank ada berapa banyak. Ohh...spesies yang ni tersangatlah aku allergic.

Aku setakat ni, cuba menghalang menjauhkan diri aku daripada punca-punca yang mendorong aku ke tahap seperti itu. Walaupun kengkadang ada juga tersasul tetapi sekurang-kurangnya masih mencuba untuk memperbaiki diri. Kerana hidup hanya sekali, selagi kita hidup, carilah seramai rakan yang mungkin dan hindari permusuhan. So pada teman-teman di luar sana, sama-sama lah kita bermuhasabah diri dan kita sebagai manusia biasa tidak akan lari daripada kekhilafan akibat ikhtilaf kita yang berbeza..

Note :. Aku hanyalah insan yang sangat-sangat kerdil di bumi Allah yang sangat luas. Salam Ukkhuwah teman-teman.

13 June 2010

Kalakote

Kalakote


Kuah Kacang


Masa tengah syok jalan-jalan cari resipi lam internet. Terjumpa la resipi yang unik namanya ni. So check la  bahan-bahannya. Gambar tak der, so saya imaginasi sendiri je rupa bentuknya. Hehehe...Bila tengok bahan-bahannya macam buat cucur je tapi makan dengan kuah kacang. Resipi ni saya jumpa dalam resipi.net by Mat Anieh. Thanks a lot ya pencipta resipi. Petang tadi juga saya buat untuk suami dan anak-anak makan. Sedap.

Bahan-bahan Kalakote:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 biji telur
Daun Kucai (potong pendek
Daun Bawang
Taugeh (saya tambah sendiri)
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Ajinamoto (optional)- tapi saya tak letak.

Cara-cara :
1.Masukkan tepung gandum, tepung jagung, dan telur dalam bekas dan bancuh dengan air sehingga agak likat.
2.Masukkan daun kucai, daun bawang dan taugeh ke dalam adunan tepung tadi.
3.Letakkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
4.Goreng terus seperti cucur.

Bahan-bahan kuah kacang :
1 genggam kacang tanah, goreng tanpa minyak, buang kulit dan kisar halus.
2 ulas bawang putih }
2 ulas bawang merah}
1/2 inci lengkuas}
3 ekor udang kering}  tumbuk / kisar
Cili giling/boh
1/4 gelas air asam jawa
1 gelas air
2 keping biskut marie (hancurkan halus)

Cara-cara :
1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.Masukkan cili boh, biarkan sehingga pecah minyak.
3.Masukkan kacang tanah kisar dan kacau sebati.
4.Masukkan air asam jawa dan air. Biarkan menggelegak hingga pecah minyak.
5.Akhir sekali, masukkan biskut marie hancur ke dalam kuah kacang (utk memekatkan).
6.Biarkan hingga pecah minyak kemudian tutp api.

Note :. Saya suka makan apa saje. So semua resipi saya cuba. Mana2 resipi yang saya publishkan di sini, saya akan kreditkan nama blog dan juga pencipta resipi andai saya menggunakan resipinya. Mana yang tidak dikreditkan bermaksud resipi sendiri atau turun temurun. Sekian, adanya.




Lokan / Etak masak lemak cili api


Teringin makan masak lomak cili api. Teringat plak 'uwan2' maso ngajar kek  Negri Sembilan maghin masak lomak cili api. Memang sodap raso eh. Sepinggan tak cukup. Semalam pagi pergi supermarket, nampak la isi lokan ni. Terliur rasanya. Memandangkan Mr. Hubby tak de (dia tak gemar gulai ni), saya pun ambil kesempatan memasak untuk diri sendiri. Puashati dapat makan. Nyum..nyum..
Bahan-bahan :

10 isi etak/lokan saiz besar
7 biji cili api ( ikut citarasa)
1/2 inci kunyit
1 keping asam keping
1 gelas kecil santan pekat
1/2 gelas santan cair
1 batang serai (diketuk/dititik)
1 helai daun kunyit dihiris nipis.

Cara-cara :

  1. Tumbuk cili api bersama kunyit.

  2. Kemudian, masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama etak/lokan dan kecutkan (bagi mesra atas api sebentar). Tambahkan sedikit air supaya tidak kering.

  3. Setelah itu, masukkan santan cair dan serai yang telah dititik.

  4. Masukkan asam keping dan biar menggelegak.

  5. Kemudian, masukkan santan cair dan garam secukup rasa dan biarkan menggelegak.

  6. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan biarkan sebentar di atas api

  7. Sentiasa kacau gulai dengan api perlahan supaya santan tidak pecah.
Note :. Resipi di atas ialah untuk hidangan bagi seorang atau 2 orang.

12 June 2010

Kerabu Udang

http://www.tdborneo.com.my/



Kelmarin tengok pokok cekur dalam pasu dah makin gemuk. Daunnya hijau, cantik je lebarnya. Almaklumlah musim hujan. Tu yang rasa nak makan kerabu tiba-tiba. Tengok semua bahan ada, kecuali bunga kantan, so mulakan lah operasi membuat kerabu. Ni resipi mak mertua. Kalau menantu dia ni balik, kerabu ni lah kerap terhidang atas meja. Sedap.

Bahan-bahan :

12 ekor udang saiz kecil (rebus dgn suku cawan air)
Segenggam kecil taugeh (dicelur dan toskan)
1/2 bahagian bunga kantan saiz kecil (belah 2 dan hiris nipis-nipis)
5 helai daun cekur (dihiris nipis-nipis)
1/2 biji bawang besar (belah 2  dan dihiris melintang)
1/2 inci halia (dihiris halus-halus dan nipis)
2 sudu besar kerisik (belilah yg dah siap punya)
2 sudu besar beras goreng yang telah dihancurkan(ni pun buat dan simpan bakinya)
gula secukup rasa
garam secukup rasa
2 sudu besar air asam jawa / perahan lemon

Cara-cara :

  1. Campurkan udang beserta air rebusannya, taugeh,bunga kantan,daun cekur, bawang besar, dan halia di dalam pinggan. Gaulkan

  2. Kemudian campurkan dengan kerisik dan juga beras goreng. Gaulkan sebati.

  3. Akhir sekali masukkan garam, gula dan air asam jawa ke dalam kerabu tadi. Gaulkan sebati.

  4. Siap untuk dihidang.
Note :. Resipi yang tercatat di atas bukan sahaja untuk dikongsi bersama teman-teman di luar sana, tetapi juga sebagai sumber rujukan saya sendiri pada masa  akan datang.


11 June 2010

Pengalaman Daki Gunung Tahan

http://www.tdborneo.com.my/

Saje la entri kali ni nak cerita tentang pengalaman pendakian 10 tahun yang lalu. Sekarang dah gantung beg coz hubby tak suka la wife dia ni melakukan aktiviti lasak melasak ni. Apa nak buat, terima je lah walau terpaksa melupakan minat hiking ni.

Gunung tahan ni mcm yang semua dah tahu terletak di Pahang. Apa yang nak dimaklumkan ialah trek kami bermula dari Merapoh-Puncak(Gunung Tahan)-Kuala Tahan. Perjalanan bermula dari stesyen keretapi Tampin. Dengan beg dan ration yang berat. Memang mencabar. Bertolak dari Tampin jam 10-11 gitu, sampai di Merapoh hampir subuh. Kami turun dari keretapi terus menuju ke surau berdekatan untuk bersolat. Lepas solat kami terus ke Merapoh. Di sana kami tunggu lagi sehari sebelum memulakan pendakian. Kami menumpang di rumah kosong milik ranger hutan di Merapoh tu. So sempatlah memasak menggunakan gas yang kami bawa. Walaupun hidangan hanyalah sardin dan juga sayur kacang buncis. Tapi cukup menyelerakan. Keesokan paginya kami bertolak dr sg relau (if not mistaken sbb dah lama sgt n tak buat pun catatan perjalanan). Mulalah trekking. Dalam pada tu, ada group lain yang mendaki bersama kami. Group Matshushita. Lega sket sbb ada ramai yang mendaki gunung tu.

Untuk pengetahuan, aku memang tak de langsung pengalaman pendakian on that time. Cuma sebelum mendaki tu ada lah jogging hari2 nak bagi ada stamina. Memang dalam kepala asyik fikir yang aku bakal mati di Gunung Tahan tu. Bukan apa, sebelum naik tu aku dah dimomok-momokkan dengan pelbagai cerita dan azab rintangannya. Nak tarik diri dah terlambat sbb semua dah dibayar. Makanya berbekalkan semangat dan stamina yang tak berapa nak ada tu, teruskan juga cabaran pendakian untuk menawan Gunung Tahan.

Day 1
Pengalaman masa mula2 mendaki tu memang tak tau nak kata. Rasa nak menangis, rasa nak menjerit, rasa nak berputus asa pun ada. Apa pun aku nak berterima kasih dengan guide yang merendah2kan keupayaan aku, menyebabkan aku rasa tercabar dan teruskan juga pendakian. Sebenarnya dah tak de pilihan, nak turun dah jauh juga berjalan n tak der sape nak hantar aku balik semula ke Sg Relau. Sama ada aku teruskan perjalanan atau aku terpaksa berkubur kat situ. So aku teruskan mendaki. Dah lah beg berat. Barang aku bawa sama je berat dengan pendaki lelaki sbbnya ration tu diagihkan sama rata beratnya. Masa tu plak dengan berat aku cuma 40kg, ishh memang cabaran betul la.

Lepas beberapa jam berjalan n mendaki, kami pun berhenti di camp site. Kem Kor rasanya. Masa sampai tu, ada nampak ration group lain tersangkut tinggi atas pokok. Guide pun bgtau ration tu group MRSM  yang punya. Kena gantung sbb diorang tak nak bawa ration tu naik. Berat n lagi pulak group tu akan turun balik melalui Sg. Relau juga.So kitaorang pun terus  dirikan khemah masing2, mandi (air sungai tu sejuk mcm air batu) dan masak. Malam tu hujan renyai2. Makin sejuk jadinya. Lagi pulak dalam hutan tebal. Memang agak menyeramkan. Malam tu tak dapat tidur sbb terlalu penat dan ditambah plak lagi terdengar bunyi tapak kaki memijak ranting disekeliling khemah. Terbayang yang bukan-bukan masa tu. Binatang buas lah, makhluk halus lah.

Bila daki gunung ni, tengoklah tempat bermalamnya. Kadang2 tak mandi pun sbb air tak cukup. Air tu digunakan untuk benda wajib yang lain contohnya mcm solat, masak n gosok gigi je. Lepas camp site yang pertama, kami teruskan perjalanan lagi. Aku tak ingat dah nama-nama laluan yang aku lalui sbb masa tu roh mendaki ni belum meresap sepenuhnya dalam jiwa aku. Aku tak berapa nak igt dah nama tempat laluan pendakian. Antara yang aku ingat melalui permatang. Yang mana aku pengsan kat sini. Mungkin udara sangat nipis dan aku plak jenis paru2 tak cukup oksigen. Yang aku ingat bila member buka sweater, n aku terbau minyak cap kapak. Memasing hulur air. Masa tu rasa selamat sbb dalam group kami byk laki2. Group Matshushita pun tak lokek tenaga menghulur bantuan dan beri sokongan pada group kami. Lepas aku dah ok, perjalanan diteruskan, pendakian mmg mencabar di sini. Dari terpaksa memanjat batu, melalui duri pokok rotan, berpaut pada akat pokok saje. Memang pengalaman ni membuatkan individu tu lebih mensyukuri nikmat yang diberikan oleh-NYA. Walaupun ada perjalanan yang agak santai, tetapi halangan pokok rotan berduri membuatkan kami lebih berhati-hati, tambahan pula hujan sejak beberapa hari menyebabkan trek yang santai menjadi becak. Ini melambatkan lagi perjalanan kami.

Day 2
Esoknya kami meneruskan perjalanan ke base camp seterusnya . Bukit botak. Sepanjang perjalanan tu, tersangatlah dahaga sbb air dah habis. Nampak le satu lopak air yang agak keruh, tak de pilihan lain, keluarkan straw dari dalam beg n sedut le air tu. Sedap, tak sedap belakang kira. Sepanjang perjalanan tu byk betul panorama menarik yang tak dapat dilihat di tanah rendah. Pokok periuk kera selamba je tumbuh merata-rata. Kagum aku. Kemudian nak ke bonsai tu agak penat juga la mendaki. Otai2 gunung ni nasiblah baik hati tetap setianya menunggu kami yang agak slow mcm traktor berantai. Di Bonsai, memang cantik pandangannya. May be sbb suhu agak sejuk maka byk pokok terbantut (agaknya lah). So masa tu ada beberapa org member yang nak terkucil terpaksa le pergi dibalik pokok2 bonsai tu. Tapi kepala tetap nampak. Malu? darurat. Sume dah tak heran. Tak de masa pun nak skodeng2 sbb memasing menikmati pemandangan yang sangat indah.

Berehat skejap je n teruskan perjalanan ke Bukit Botak. Nama laluan sory tak ingatla. Nak naik Bukit Botak tu bercinta jugalah. Mencanak.Thanks Salleh(otai gunung ni) sbb sanggup tunggu n bagi semangat kat aku. Akhirnya dah gelap sampai juga kami di Bukit Botak. Badan dah la rasa tak selesa. Turun sket kat bawah, ada kolam batu. Kecik je la. Tak boleh berenang pun. Sekali pegang air, punya lah sejuk mcm ais. Tapi mandi juga sbb tak tahan rasa kotor. Habis je mandi badan menggigil mcm parkinson dah. Aku tak boleh nak makan pun sbb sejuk sgt kat Bukit Botak tu. Walaupun member buat unggun. Tetap tak hilang sejuk. Jari aku kebas dan membengkak. Terus aku masuk khemah. Tidur dalam sleeping beg. Menggigil juga. Ni belum sampai puncak lagi..

Note :. Bersambung Part 2

10 June 2010

Simple Cheese Cake



Teringin makan cheese cake. Apakan daya, sini tak de secret recipe. So google skejap, dapat lah resipi cheese kek ni. Tapi saya ada ubah dan tambah sedikit bahannya. Cheese kek yang saya buat ni, tak letak biskut pun di bawahnya kerana stok biskut di rumah memang dah habis n saya tak berapa rajin nak keluar membelinya. Jadi seadanya je yang saya buat ni.
Bahan-bahan :

Bahan A :
1 cawan biskut hancur (marie atau apa biskut manis)/10 keping biskut
1/3 cawan butter dicairkan

Bahan B :
250g cream cheese
200g fresh cream
3 sudu tepung gandum/ serbaguna
2 sudu jus lemon
100g gula halus
Telur 2 biji

Cara-cara :
1.Campur biskut hancur dan butter yang dicairkan dan ratakan di dasar loyang.Jangan lupa sapu loyang dengan butter atau margerin. Takut melekat.
2.Masukkan semua bahan B di dalam blender dan blend sehingga sebati.
3.Tuang bahan B ke dalam loyang.
4.Bakar dengan suhu 170 darjah celcius selama 45 minit (Pada 30 minit bolehlah letakkan alumunim foil di atas loyang supaya permukaan kek tidak hangus dan sambung bakar 15 minit lagi).
5.Selepas keluar dari oven, sejukkan dan kemudian simpan di dalam peti sejuk semalaman.Baru sedap dimakan.


Note :. Sesuai untuk minum petang. Bagi penggemar cheese cake, selamat mencuba ya.

08 June 2010

~~~Resipi Donut Gebu, Lembut~~~

Breakfast hari ni saja la buat donut. Anak2 request. Gagah jugalah buat. Buka esbok ada bahan-bahan lagi. Mulakan la operasi menguli. Orang kata mudah je buat donut ni. Tapi saya tetap rasa susah sebab nak dapatkan kelembutan yang seimbang. Apa pun resepi donut ni adalah kacukan beberapa resipi donut. Memang lembut walaupun dah sejuk. Kadang-kadang ada donut yang memang lembut tetapi liat. Tapi donut yang ni memang lembut dan tak liat. Dah buat eksperimen dulu, memang terbukti..maklumlah cikgu sains. Kat bawah ni disertakan resipinya. Kalau nak ubahsuai pun terpulanglah ya.

Bahan-bahan :
  1. 500g tepung gandum
  2. 50 g butter/margerin
  3. 2 sudu gula
  4. 1/2 sudu kecil garam
  5. 1 peket mauripan / dry yeast
  6. 1 biji telur (pukul sebentar)
  7. 200ml susu segar + sedikit air suam (optional)- nak guna air suam semua pun boleh tapi jgn lupa letak 2 sudu susu tepung atau susu manis.
Cara :
  1. Masukkan mauripan, gula, butter dan susu segar dalam bekas dan biar selama 10 minit(bahan kacau)
  2. Kemudian masukkan tepung, garam dan telur yang telah dipukul di dalam satu bekas yang lain.
  3. Campurkan bahan kacau dan tepung tadi serta uli hingga tak melekat di tangan.
  4. Semasa menguli, pastikan gunakan hujung jari bukan tapak tangan (petua orang tua).
  5. Kemudian bentuk lah doh-doh bulat kecil dan biarkan sebentar (5 minit). Nak goreng baru lubangkan di tengahnya.
  6. Sementara itu, panaskan minyak dengan api perlahan.
  7. Kemudian goreng lah doh tadi sehingga warna kekuningan. Angkat dan toskan.
  8. Gaulkan dengan gula halus atau topping yang anda suka.

Note :. Resipi yang simple dan mudah tapi sangat puashati bila kita sendiri membuatnya. Selamat mencuba.


07 June 2010

Homemade Pizza~~~walla~~~~

Tiba-tiba rasa nak makan pizza. Minta hubby pergi ke supermarket n beli bahan-bahan yang diperlukan. Bila buat sendiri ni, puas sket makan sbb kita boleh letak apa yang kita suka. Nyum..nyum...Untuk resipi ni jadi 2 biji pizza large size..


Bahan-Bahan :

PIZZA
500 tepung gandum...........]
1 paket yeast mauripan........] gaul rata
1 sudu kecil gula..........................]
1 sudu kecil garam........................]
1 sudu besar majerin/butter (pun boleh)
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak

cara :

1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. Tudungkan adunan dgn kain lembab sehingga adunan naik 2 x ganda.
3. Tumbukkan adunan (untuk mengilangkan angin) dan bahagikan adunan kepada beberapa ketulan. Nak senang buat 2 ketul besar.
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendaki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180 C selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan bahan yang disediakan.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.


INTI PIZZA

bahan

2 ketul dada ayam (potong kecil)
200 gram
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji capsicum kecil
3 keping nanas – (pilihan)
1 cawan cendawan butang [hiris nipis) / nak potong 2 pun boleh.
2 biji tomato
100 gm parutan keju mozzarella (ikut kesukaan individu nak banyak atau sikit)
1 sudu besar minyak
3 sudu serbuk kari
1 sudu kecil daun oregano (tak letak pun ok je)
garam secukup rasa

cara

1. Potong dadu semua bahan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu bersama serbuk kari
3. Masukkan ayam dan tambahkan garam serta daun aregano
4. Kacau hingga ayam empuk. Biarkan sehingga pekat.
5. Ratakan inti atas doh yang sudah di sapukan tomato sos.
6. Aturkan tomato, capsicum, cendawan, nanas dan sedikit keju di atas ayam.
7. Bakar hingga masak dalam suhu 180'C
8. Taburkan lebihan keju dan bakar sekejap hingga keju cair
9. Hidangkan.

Note :.  Resipi ni dapat dari blog seseorang dan saya dah ubah sikit resipinya. Tapi maaf sangat sebab
tak ingat langsung blog mana saya ambil resipi ni. Kes nak cepat le ni. Apa pun credit to that blogger.

06 June 2010

Presiden Egypt (mesir) yang patut dilaknat Allah

http://www.tdborneo.com.my/


Kekejaman Israel semakin memuncak bagi aku bila mana serangan dan tawanan ke atas aktivis-aktivis ke Gaza. Semalam pula, satu-satunya kapal yang berjaya melepasi beberapa siri tawanan Israel  membawa bantuan keperluan kepada penduduk Gaza , Rachel Corrie ditawan. Makna lainnya, barang bantuan yang beribu tan tu mestilah Israel sapu bersih, satu habuk pun tak dapat pada penduduk Gaza. Simpati aku. Tapi dalam hal ni, yang paling kejam ialah Presiden Mesir , Hosni Mubarak. Dia ni nama je Islam, tapi jadi pengkhianat agama. Sepatutnya sempadan Mesir(sempadan Rafah)  ke Semenanjung Gaza boleh dibuka. Ini tidak, disekat dan dibina tembok besi untuk menghalang penduduk Gaza mendapatkan barangan keperluan di sana.Tak cukup dengan tembok besi, dibina juga tembok bawah tanah bagi menghalang pejuang-pejuang Islam mendapatkan bekalan melalui terowong bawah tanah. Sememangnya kejam juga Hosni Mubarak ni ala-ala Benjamin Netanyahu si Israel laknat. Marilah sama-sama doakan Hosni Mubarak ni dapat kecacatan mental atau dapat barah otak . Melampau tindakan dia. Memang bagus sangatlah tindakan Hamas mengebom tembok besi tu sebelum ni. Namun sehari selepas serangan komando Israel, Mesir buka juga sempadanya bagi tujuan bantuan kemanusiaan. Takut buka kejap je, seminggu lepas kes ni reda mesti Mesir tutup balik. Memang hati yahudi betul si Hosni(walaupun Islam) ni. Hosni Mubarak ni nama je Islam gamaknya, tapi tak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar pun rasanya. Islam liberal ke hape dia ni amalkan agaknya. One day biar mesir tu sendiri kena serang dengan Israel, baru penduduk dengan pemimpin Mesir ni tau langit tinggi ke rendah. Ingat sokong Israel ada jaminan keselamatan ke? Bekerjasama ke bantu ke, Israel ni boleh diumpamakan macam 'membantu anjing yang tersepit'. Aku harap Gaza dan penduduknya akan selamat di bawah lindungan Allah Taala.

Note :. Entri yang agak emosional kali ni daripada aku .

04 June 2010

Israel lagi?Ideologi Yahudi yang berterusan.


Bila sebut Israel sampai bila-bila pun kebanyakan orang terutamanya umat Islam jadi sedikit emo. Bagi aku, memang sepatutnya kita sebagai umat Islam ni rasa marah bila umat kita, saudara sesama Islam sewenang-wenangnya dinafikan haknya di bumi sendiri. Tapi yang menjadi kemusykilan aku, sejauh mana tanggungjawab kita sebagai umat Islam nak menyelamatkan saudara sesama Islam kita di sana. Cukup ke dengan hanya berdegar-degar anti Israel di FB? FB tu pun bukan yahudi punya ke? Cukup ke dengan hanya sekadar berdemonstrasi di kedutaan? Cukup ke sekadar menulis huruf kecil pada awalan yahudi? Ada kesan ke pada Israel/yahudi? Pada aku tak memberi apa kesan pun pada mereka. Tentang memboikot barangan yahudi/ Amerika. Selama ni pun dah diwar-warkan, tapi sejauh mana kejayaannya. Jangan tak tau, Maybelline, McD, Levi's pun yahudi punya. Yang nyata, masih ramai juga umat Islam menggunakannya. Kita ni janganlah bila sesuatu isu tu tengah hangat maka masing-masing pun sibuk nak menunjukkan kepekaan. Kepekaan itu bagus, tapi jika ianya konsisten. Kalau nak boikot, boikot saje tak cukup, haramkan terus produk/ jenama tersebut di bumi Malaysia. Sanggup ke? Ketegasan perlu ada bermula dari pihak di atas sehingga di bawahnya.

Kemudian, tentang kapal yang dihantar ke Gaza. Cukup ke beberapa buah kapal saje? Bagi aku tak cukup nak banding dengan keganasan Israel tu. Sepatutnya hantar kapal membawa bantuan satu ARMADA. Aku setuju juga apa yang dikatakan oleh KJ. Apa salahnya semua negara OIC ni wajibkan hantar 4-5 buah biji kapal diiringi dengan tentera bagi tiap-tiap negara. Bukannya  negara Islam tak de duit untuk support semua tu. Tapi itu sekadar pandangan saje. Nanti ada pula yang kata, kos tinggilah, apalah. Bagi aku, kalau betul2 nak membantu biarlah sesungguh hati. Jangan hanya ala kadarnya.

Note :. Hanya sekadar pandangan dari seorang insan kerdil.

Cerita Haiwan Peliharaan - Part 2

http://www.tdborneo.com.my/

Seperti yang aku janjikan, akan bersambung cerita tentang haiwan peliharaan part 2. Entri yang lepas aku cerita tentang kucing. Selepas kematian kucing2 aku yang agak tragis tu, aku bertukar pula kepada membela tupai. Oh, tapi ni bukan tupai kampung ya, aku bela tupai korea. Tupai korea tu macam gambar kat atas tu. Masa mula-mula pergi ke pet shop tu aku ingat nak beli kura2 kecil yang warna hijau tu. Tapi bila difikirkan, kura2 tu tak berapa comel. Akhirnya di sana aku ternampak beberapa ekor tupai yang agak unik. Begitu aktif bersenam pula. Aku pun sambar la 2 ekor. Masa tu seekor saje harganya RM65. Sangkar pula RM40 so total RM170 aku kena bayar kat tokey pet shop for that day. Sengih uncle tu bila aku bayar. Dah le tak mo kasi less. Cesss..

First day sampai rumah, tupai2 ni nampak macam mogok je aku tengok. Yang jantan tu tak berhenti bersenam n tak nak makan. Yang betina tu ok lagi, cuma nampak monyok. Esoknya balik dari kerja aku tengok tupai jantan tu dah terbaring je.Nafas dia turun naik. Macam kena sakit jantung. Aku cubalah juga selamatkan tupai ni. Apa aku buat? heheheh..aku ambik straw n aku hembus ikut mulut ke mulut guna that straw.Ala-ala CPR gitu. Tapi tak berhasil. Tupai tu mati di tapak tangan aku. Sadis betul. Petang tu juga aku korek lubang n tanam tupai tu. Aku cacak la ranting kayu atas kubur dia. Tinggallah yang betina. Hari-hari aku bagi tupai tu makan epal hijau. Naik botak kepala aku belanja dia makan epal. Kalau sebiji epal dia makan tak pe la. Tupai tu makan biji epal hijau tu je.Ala yang kat tengah tu. Selebihnya tupai tu buang. One day, lepas aku bagi makan, aku lupa nak tutup sangkar tu. Tengah aku baring-baring kat bilik (maklumlah masa tu pregnant), aku terdengar bunyi plastik. Bila aku check tengok, alahai tupai tu dah naik atas sinki selongkar benda dalam plastik. Apa lagi, aku hambat la tupai tu nak masukkan balik dalam sangkar. Sebab tupai tu kecik, jadi tupai tu menyelinap celah sana n sini. Akhirnya tupai tu melarikan diri ikut celah bawah pintu dapur. Meraunglah jugak aku. Masa tu baru teringat yang aku tengah pregnant anak sulung. Mujurlah tak mengenan ke apa. Aku rasa sekarang tupai tu dah berkembang biak apa dengan tupai kampung yang ada sekeliling taman aku tu. Mesti cantik hasil kacukan anak2 tupai tu.

Note :.Bersambung part 3




03 June 2010

Resipi roti

Baru belajar buat roti. Sejak semalam dan hari ni la buat. Semalam punya first time buat so tak berapa nak cantik kembangnya, tapi yang hari ni punya  elok jadinya. Buat roti saje suka-suka untuk anak-anak makan. Nampaknya anak-anak ni agak teruja bila tengok mama diorang dah pandai buat roti. Apa pun tq kak yani dari http://www.myresipi.com/ kerana sudi berkongsi resipi roti yang lembut tu. Boleh lah buat selalu lepas ni. Tak payah dah beli kat kedai. Kat bawah ni lah hasil roti yang dah siap. Sila abaikan rupa bentuknya.

 Ni masa dah siap jadi doh.

Ni lah hasil lepas siap dibakar.

DG29-DG32-DG41 / DG29 -DG41

http://www.tdborneo.com.my/

Bila tenung topik entri kali lama-lama mesti sakit matakan? Bukanlah semua yang tenung sakit mata. Hanya orang-orang yang tertentu sahaja. Orang tertentu tu aku lah, siapa lagi. Tiada unsur sindiran atau menyentuh dengan yang hidup atau yang mati ya. Firstly, yang tak kerja kerajaan mesti ada yang agak kabur dengan huruf awalan di depan tu kan. DG tu sebenarnya mewakili perjawatan dalam perguruan, kalau bahagian kewangan macam bahagian audit biasanya mula dengan W, dan kalau kementerian kesihatan perjawatan bermula dengan huruf U, kalau tak silap aku lah. Kalau silap sila betulkan. Yang lain-lain tu bolehlah rujuk sendiri dalam http://www.spa.gov.my/.

Kenapa  ramai cikgu yang bersungut tentang benda ni. Apa bezanya? ha, ni lah yang aku nak terang sebab aku secara langsung juga terlibat dalam nombor yang istimewa kat atas tu bukan nombor ekor ya. Ceritanya bermula begini, aiseh macam nak buat cerita rimba la pulak. Andainya aku ni cikgu yang diploma dari maktab perguruan je. Bila keluar, gred jawatan aku ialah DGA29. Lepas 5 tahun, aku pun sambung lah belajar secara jarak jauh (PJJ). PJJ ni kan ambil masa 4 tahun baru habis. So 5 tahun servis + 4 tahun belajar PJJ jumlahnya 9 tahun. Lepas habis belajar penat-penat mestilah kita nak up gradekan diri ke DG41 sebab gajinya besor sikit.  Gred DGA29 ni nak ke DGA32 pula mestilah 10 tahun (time based). So ada sesetengah orang tak mohon DG41 dulu, sabor setahun then apply DG32, lepas dapat surat lantikan baru mohon DG41. Sile le layari http://www.spp.gov.my/. Ada pula yang tak nak ambil risiko, lepas habis PJJ je terus apply DG41 walhal pada masa tu dah kira 8-9 tahun servis. Bila dipanggil interview lulus la pula. Tak lama lepas tu terus dapat surat lantikan DG41. Kiranya tak de la individu ni melalui DG32. So basic DG41 ialah "tuttt" (check sendiri) sensitif ni. Manakala basic DG32 "tutt" (check sendiri). Tapi kesimpulannya basic DG32 tu banyak sket la dari DG41 .Kalu fresh graduate tak rasa ralat pun pasal benda ni. Berbeza ya keadaannya.

Lain pula keadaan kalau orang tu dari DG29, after 5 years ambil PJJ, kemudian tahun ke-10 tu dia mohon dulu DG32 (dah naik banyak kat sini ya),lepas beberapa bulan dia mohon pula DG41 yang dia simpan buat khazanah setahun tu. Bila lulus interview dan dapat surat lantikan, maka akan naik gaji DG41 yang paling hampir dengan DG32 tadi. Tambah pula lagi hadiah satu kenaikan tangga gaji (ini khas untuk cikgu yang dah servis dulu then baru sambung belajar ya). Cuba tengok berapa kenaikan dah? boleh tahan lah kan. Bila bincang isu ni kang ada yang cakap cikgu ni sibuk kira gaji, kerja macam tak ikhlas. Gaji yang kami dapat bukan lah untuk beli baju je manjang (kang ada lagi yang kata sekolah dah macam pentas peragaan). Duit gaji tu la yang diberi untuk keluarga, ada juga sebahagian kecil beri kepada anak murid. Walau pun bukan dalam bentuk wang ringgit, tapi bila murid dapat A dalam subjek kita, kita rasa seronokkan? nak juga bagi hadiah walau tak mahal mana. Kalau murid dapat jawab soalan. Dapat gula-gula. Kalau murid tu dah penat menjadi ayam tambatan kita, kita belanja dia makan KFC, McD dan paling koman pun nasi ayam. Kadang mesin fotostat sekolah rosak kena pula fotostat di luar.  Hujung tahun buat jamuan, ramai cikgu2 tak kedekut sponsor untuk jamuan kelas masing-masing. Yang seringnya, melatih murid dalam sukan, pertandingan aktiviti, kelas tambahan kena juga guna beli minyak kereta. Ini bukanlah satu ungkitan apa yang kita dah habiskan sebab benda tu ikhlas. Tapi kalau ada bunyi-bunyi di belakang yang kata sebegitu rupa, maka perlu diperjelaskan sebab musababnya. Harap maklum.

Note :. Aku suka jadi guru kerana pekerjaan yang mulia. Berkorban untuk anak bangsa demi negara tercinta.

Pusat Sumber - Cara nak proses buku (Part 1)

Pusat Sumber? Emm.. sama la juga dengan perpustakaan dan khutub khana. Orang dulu-dulu tau la khutub khana ni kan? Aku pun tau sejak pegang jawatan guru pusat sumber ni je. Janganlah ditanya apa perasaan aku menjadi guru pusat sumber ni. Dengan tiba-tiba je nanti aku rasa nak demam. Lupakan la tentang cabaran kerja sebagai guru pusat sumber ni. Apa yang aku nak ceritakan ialah berkenaan buku-buku yang kita selalu beli.

Ramai di kalangan kita ni sebenarnya suka membeli buku. Kalau tak beli buku untuk bacaan sendiri, mesti beli buku untuk anak, untuk adik, abang, anak buah, suami, pak mertua, mak mertua dan siapa-siapalah yang ada di sekeliling kita. Bila kita dah habis baca, apa biasanya kita buat dengan buku tu? Kajian yang aku dah buat secara tidak langsung ialah bila dah habis baca buku, ada yang simpan dalam almari (esok dah bercucu barulah nak bawa keluar balik) itu pun kalau anak-anai tak sempat nak jadikan hidangan santapan, ada yang sedekah kat orang atau pihak berkenaan ( mulia hati anda), ada juga yang buat umpan api (bakar). Yang simpan dan sedekah tu tak lah aku rasa ralat. Tapi yang bakar buku tu, aku pula tiba-tiba rasa sayang kat buku tu. Sebab bukan senang nak dapat buku yang kadang-kadang baik isinya. Hanya jauhari mengenal manikam. Kemudian, dari segi harga pula walaupun ada yang beli buku murah dan ada yang mahal harganya tapi tetap beli guna duitkan? Berharga tu.

Jadi apa kata mulai hari ini, sahabat-sahabatku sekalian cuba kelaskan buku dengan cara yang lebih sistematik. Apabila kita urus buku-buku tu dengan lebih bersistem, Insyaallah rasa suka nak tengok sebab senang nak diakses. Boleh juga pinjamkan pada kawan-kawan lain. Tak payahlah buat details sangat macam yang diproses di pusat sumber. Buat je yang simple. Tapi nak ingatkan, biasanya kita kelaskan buku ni mengikut sistem pengelasan perpuluhan dewey ( kena tau juga namanya sebab ada masuk dalam periksa PTK). Mula-mula, buku yang dah lama tak berusik ni asingkan ikut jenis-jenisnya. Macam mana nak asingkan? Kalau yang berunsurkan sains tu letak satu tempat, kalau berkenaan sejarah satu tempat yang lain, kalau ada berkenaan geografi atau bentuk muka bumi atau tentang sesuatu tempat asingkan pula di satu tempat, kalau buku berkenaan management/pengurusan letak sesama dia je dulu. Kalau tak ada masa biarkan je dulu. Sekarang sahabat semua dah tau kan. Kalau ada anak-anak yang dah bersekolah tu bolehlah latih mereka ni untuk asingkannya. Janganlah anggap remeh, leceh, atau buang masa. Nanti akan diceritakan berkenaan kebaikan belajar mengkelaskan buku ni pada anak-anak dan diri kita sendiri.

Kat bawah ni, ada disertakan ringkasan pertama sebagai panduan nak asing-asingkan buku tadi.

RINGKASAN PERTAMA
000 - KARYA AM
100 - FALSAFAH
200 - AGAMA
300 - SAINS KEMASYARAKATAN
400 - BAHASA
500 - SAINS TULIN
600 - TEKNOLOGI
700 - KESENIAN
800 - KESUSATERAAN
900 - GEOGRAFI, PENGEMBARAAN,BIOGRAFI DAN SEJARAH

Nanti ada yang tanya, ringkasan pertama tu apa? Ada lagi ringkasan kedua dan ketiganya, tapi cukuplah sekadar ringkasan pertama sebab buku ni untuk diletakkan di rumah je kan. Kalau di pusat sumber biasanya sampai ke ringkasan ketiga kerana mempunyai bilangan buku yang beriban-riban so mudahlah nak diakses nanti. Jadi selamat mengasing ya. Berhenti dulu setakat ni, akan disambung pada bahagian kedua.

Note :. Aku bukanlah pandai sangat bab proses buku ni. Tapi dah tau sikit-sikit ni rasanya tak salah berkongsi kan? Pada yang minat nak membaca coretan aku ni amatlah dialu-alukan. Pada yang rasa ianya membuang masa tak payahlah nak kata apa-apa. Sekian adanya.

02 June 2010

Penyanyi "Sayang Kinabalu" meninggal dunia.

Baru terbaca berita tadi yang penyanyi "Sayang Kinabalu" Allahyarham Kimin Mudin meninggal dunia akibat masalah jantung. Bagi sesiapa yang belum pernah mendengar lagu ni, rugi rasanya kalau tak cuba mendengarnya. Aku sendiri secara peribadinya suka dengan lagu ni. Susunan kata-katanya sehinggalah alunan muziknya yang mengasyikkan. Ditambah pula lagi dengan gemersik suara penyanyinya. Berulang-ulang mendengar dan menyanyi pun tetap tak bosan. Sehinggakan anak-anak aku yang masih kecil tu pun hafal lirik lagu ni.Apa pun Al-Fatihah kepada Allahyarham dan takziah kepada keluarganya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam golongan orang yang soleh.

Note :. Setiap yang hidup pasti akan pergi menghadap-NYA. Begitu juga kita. Adakah kita sendiri sudah bersedia menghadap Ilahi dengan keadaan diri yang penuh noda dan dosa???

http://www.tdborneo.com.my/

Cerita tentang haiwan peliharaan --- Part 1


Entri yang ni aku nak cerita yang ringan-ringan je. Manusia ni kan ade seribu satu macam jenisnya. Hari ni aku nak tulis tentang kecintaan manusia pada haiwan. Perlu ke ada haiwan kesayangan ni? Bagi aku perlu. Tapi kena tengok faktor persekitaran dulu. Rata-rata penghuni rumah, aku nampak paling tidak pun seekor kucing. Mesti ada. Ye la, sejarahnya pun sejak dari dulu haiwan ni sahabat manusia yang paling akrab. Kenapa haiwan ye? kenapa bukan manusia yang akrab dengan manusia?

Secara logiknya, akrab dengan haiwan ni boleh menjadi satu terapi minda secara tak langsung. Haiwan tu mana la pandai menyakitkan hati manusia. Kalau nampak kita ni asyik menggesel kat kaki je. Oh, manjanya. Pas tu tengok mukanya yang comel. Alahai, geram jugak nak gomol. Kalau dia tido sebelah kita, best la nak sambung tido lagi. Terpulanglah pada individu tu nak bela haiwan apa kan. Ada yang aku tengok, suka kucing , ada yang suka bela anjing, ada yang suka bela monyet, ada yang suka bela iguana (aku takut nak pegang binatang ni), ada yang bela labah-labah, ada yang bela tupai, ada yang suka bela biawak (ada ke?)pendek kata macam-macam la haiwan yang jinak-jinak biasa dijadikan haiwan peliharaan ni.

Aku sendiri tak terlepas dari perasaan suka bela membela itu. Dari kecil dulu family aku memang suka bela kucing. Tapi bukanlah kucing parsi. Kucing biasa je yang tompok-tompok. Kucing Malaysia aje. Tapi jaga mesti kasi elok. Kasi mandi, kasi makan friskies, ikan segar (kadang-kadang), ikan rebus, ikan bilis. Tapi ikan goreng aku tak bagi, sebab bulunya jadi tak sihat dan cepat luruh. Cerita pasal kucing aku ni, yang paling aku sayang ada 2 ekor. Semuanya jantan. Memang tak nak bela kucing betina sebab tak larat nak tampung kos bersalinnya. Kang setiap 3 bulan beranak, belum habis pantang dah bunting lagi. Sakit kepala tu maintanace tinggi. Sampai sekarang kalau teringat kucing tu, menitik air mata aku (gurau aje). Kucing aku ni sekor namanya 'gendut', sekor lagi namanya 'bodo'. Yang gendut tu sebab montel. Muka pun handsome (lawak je). Yang bodo tu sebab memang dia tak berapa cerdik la. Macam mana aku ngukurnya? Bila letak ikan dengan timun, si bodo ni akan pilih timun. Kalau ada ikan n timun si bodo ni lebih rela curi timun. Itulah penilaiannya. Memanglah satu penilaian yang tak adil bagi kucing ni. Tapi apa pun aku sayangkan semua kucing ni. Dah macam ahli keluarga la pulak. Tapi inilah kucing terakhir yang aku bela. Yang gendut mati kena langgar dengan kereta. Tragis betul tengok si gendut dah leper di tengah jalan. Kena langgar masa dalam perjalanan balik dari rumah awek dia. Si bodo pulak mati beberapa bulan lepas tu. Mulut penuh ulser. Bawa jumpa doktor katanya, bodo ni termakan racun. Racun apa pun aku tak tau. Family aku memang tak kurung kucing. Lagi pun kucing ni tak le buang air merata. Jadi kami beri kepercayaan penuh untuk beri hak kebebasan dan pembebasan. Bila dah bebas habis merata pulak merayaunya. Apa nak buat, bukannya kucing-kucing ni faham moraliti dalam kehidupan manusia.

Aku rasa cukup la dulu setakat ni cerita aku tentang haiwan peliharaan ni. Tunggu untuk part 2.

Cuti-cuti Sabah - Klias Wetland


Dalam bulan 3 hari tu, aku sefamily ke Klias Wetland di Beaufort Sabah. Kalau tengok dari tepi jalan memang macam tak de apa yang menarik. Tapi bila selalu sangat nampak bas-bas pelancong sentiasa ada parkir kat tepi-tepi jalan tu menyebabkan hubby aku pun tergerak hati ajak aku ke sana. Seronok juga bila dapat pergi tempat yang kita tak pernah lawati ni. Nak juga tau apa yang ada kat situ. Lagi pun, aku kerja kat sini so kena la jugak memahami dan mendalami apa yang ada di sekitarnya. Esok, lusa kalau dah balik ke semenanjung memang tak kan dah sampai ke tempat ni.

Tambahan lagi, hubby aku pun dah buka company travel ni, so he should know la tempat-tempat yang menarik kat Borneo ni. Sampai je di pintu utama, kami dah disambut dengan penyambut tetamunya yang sangat mesra. Kedatangan kami disambut dengan paluan gong. Macam tetamu kehormat la pulak rasa (perasan kejap). Lepas tu, kami sempatlah tengok orang demo main gasing tradisional. Kalau nak cuba main pun boleh juga. Kat tepi gelanggang gasing yang comel tu, ada meja diletakkan dengan ulat sagu. Ulat sagu tu menggodek-godek aku tengok. Gemuk bulat sebab cukup makan . Ulat sagu tu kalau ada yang pandai makan, cara makannya mentah2. Kalau tumis pun boleh juga la. Tapi tak boleh lama2 sgt atas api , nanti sumber proteinnya dah tak bagus. Yang tumis tu aku tengok dokumentari dalam TV. Lepas beramas mesra dengan ulat sagu, tiba giliran pulak nak cuba skill menyumpit. Aku tak berani la nak cuba, takut tersumpit orang lain je. Tak pasal je karang.

Yang bestnya kat sini, ada juga disediakan spa ikan tu. Celup kaki dalam air nanti ikan makan le sel-sel mati yang ada kat kaki kita. Memang bestlah sebab sambil ber 'spa' sambil menikmati keindahan alam dan pokok-pokok menghijau di sekelilingnya. Spa ni pulak binaan asasnya dari buluh. Lagi syahdu duk situ. Bukan spa je, laluan yang mcm gajah menyusur dan restorannya juga diperbuat dari buluh dan papan. Memang damai teramat.

Dalam pukul 4 gitu, kami dijemput minum petang. Lepas minum baru la kami bersedia dengan life jacket untuk menaiki bot menyusur sungai. Nak diingatkan, siap2 la buat solat jama' sebelum ke sini. Teruja masa mula2 naik bot. Aku siap tanya la juga kat guide tu kot2 ada buaya. Takut jugaklah aku sebab sungai tu besar. Guide tu cakap memang ada, tapi siang jarang nampak, belah malam kalau nasib baik bolehlah nampak. Ye la, mata buaya kat bersinar menyilau bila kena suluhan cahaya. Menyusur di sepanjang sungai Klias ni ambil masa dalam 1 jam 45 minit. Tujuan sebenarnya ialah nak tengok proboscis monkey atau monyet Belanda yang merupakan tarikan utama di Klias Wetland ni. Alkisahnya, waktu aktif monyet ni ialah sekitar 4-6, sebab waktu tu monyet2 ni mencari makanan.

So sepanjang menyusur tu kalau ternampak je proboscis monkey ni mesti bot akan berhenti di tebing. Tapi kami tak boleh turunla, tengok dari atas bot je. Memang besar la monyet ni. Sama besar dengan aku rasanya monyet jantannya.Lepas tangkap gambar kami teruskan lagi menyusur. Bukan je proboscis monkey yang aku jumpa, monyet Beckham pun aku jumpa. Kenapa nama Beckham? May be sebab fesyen jambul atas kepala dia macam Beckham kot. Ada juga terjumpa kera, kera kat sini macam tak heran langsung dengan pelancong yang dok sibuk ambik gambar, berbanding dengan proboscis monkey yang agak pemalu gayanya.
Walau pun sungai tu masih jauh boleh disusuri tapi hanya sekerat jalan je sebab yang selebihnya hutan simpan kerajaan. Tak bolehlah ceroboh sebarangan. Kena minta kebenaran. Masa perjalanan balik tu, aiseh ikut jalan short cut.Adventure la juga macam dalam cerita anaconda tu, lalu bawah pohon-pohon yang rendang dan berjuntaian. Memang best. Ada pulak aku tengok biawak dok lepak atas pokok kelapa yang condong. Macam bersantai dah biawak tu menghirup udara dan suasana petang yang mendamaikan. Jeles aku dengan biawak tu.

                                                         Ni la Beckham. Comel kan.


Proboscis Monkey. Comel jugak.

Lepas 1 jam 45 minit perjalanan, bot pun balik ke jeti. Sampai tu dah maghrib.Oleh sebab kami buat jama'  ta'hir maka  terus je la makan sebab dah siap dihidangkan secara buffet. Lauknya memang segar. Ada ayam, ikan, sotong, sambal belacan, sayur. Sedap hingga menjilat jari. Sebenarnya lepas makan malam tu ada lagi agendanya, tengok kelip-kelip kat pokok. Kelip-kelip, kunang-kunang, firefly sama la tu kekdahnya. Lepas dah kenyang, lagi sekali menyusur menaiki bot tengok kelip2 ni. Wah, macam pokok krismas dah. Bila pemandu bot tu blink2 kan lampu bot, melawan pulak kelip-kelip tu. Jadi macam agresif. Agaknya kelip2 tu ingat pasangan mengawan dia kot. Agaknya la. Dalam stengah jam gitu, kami pun dibawa balik ke jeti. Tamat sudah agenda hari tu. Satu pengalaman baru yang tak dapat aku lupakan. Harapnya sahabat di luar sana dapat lah sampai ke sini suatu hari nanti.

Note : Bayaran ke Klias Wetland ni RM100 sekepala sebab ada minum petang + makan malam + life jacket + sewa bot 2 jam. Berbaloilah dengan bayaran kita. Kalau ada sebarang pertanyaan atau nak ke sini, boleh la contact http://www.tdborneo.com.my/ / Tel (O) : 088-272858 (Rahim)

01 June 2010

Apa ada dalam kotak fikiran seorang budak dan seorang dewasa

Ternyata tiba-tiba aku nak tulis tentang apa yang difikirkan oleh seorang budak dalam blog ni. Bagus juga, ini sebagai satu eksperimen dan aku plak secara langsungnya terlibat dalam hal sebegini bila berhadapan dengan anak murid.


Yang membuatkan aku teruja dengan kotak fikiran seorang budak ni ialah bila mana, anak aku yang berumur 4+ secara tiba-tibanya melontarkan kata-kata yang tak terjangkau di fikiran aku. Sampai ke hari ini aku masih terfikir tentang kata-katanya tu. Suatu petang, my son minta kebenaran main basikal di luar. Aku seperti biasala, " tak boleh, mama tak nak ada orang kudis nanti". Bukan apa, kat kawasan aku ni musim panas, kering, berdebu, tambah plak lori tanah lalu lalang(ada projek perumahan baru sebelah rumah aku) so debu tu kalau kena kulit sensitif boleh jadi gatal-gatal. Oleh sebab aku menghalang tanpa memberikan sebab yang kukuh pada anak aku. Makanya dia pun menjawab "kenapalah orang tua tak paham otak budak? Budak je yang paham otak budak-budak". Lepas dengar ayat yang keluar dari mulut dia, fahamlah aku sekarang bahawasanya itulah yang selama ini ada dalam kotak fikiran dia. Yang mana aku rasa, dia tunggu masa je nak muntahkannya keluar.


Mulai saat itu, aku mula fikirkan setipa kata-kata aku bila nak bercakap dengan dia. Ye la, kita ni sebagai ibu bapa kadang2 terover care pada orang yang kita sayang terutamanya anak-anak. Kalau main lari2 sangat pun aku nak tegur sebab takut dia cedera. Kalau main kat playground pun aku mesti nak pastikan dia pijak tangga, pegang palang yang ada betul-betul.Kejap2 aku ingatkan diorang "hati-hati nanti jatuh". Paling aku marah bila diorang ni suka main dengan gunting. Pegang pun aku dah rasa seriau. Tapi bila duk dengan atuk n nenek diorang, semua pun boleh. Alasan orang-orang yang lebih tua ni "biarlah diorang rasa, nanti dah terkena baru tau". Kira macam diorang nak bagi pengajaran kekal dalam fikiran cucu2 diorang. Macam hands-on jugak la. Murid kalau belajar secara hands-on, lebih kekal di ingatan berbanding teori.



::...Sila abaikan kesalahan ejaan dan perkataan ya. Kalau formal sangat pun boring juga.

Kenapa menulis blog?

Mesti teman-teman di luar sana masih ada yang belum jelas kenapa perlu menulis blog kan? Apa pun menulis blog ni bukanlah satu kewajipan atau kecanggihan yang perlu ditunjuk-tunjuk. Bagi aku, menulis blog ni memberi 1001 kepuasan dan kebaikan pada individu yang terlibat secara langsung dengannya.
Ada yang guna blog kerana nak promosikan barang-barang, ada yang menulis blog kerana nak menajam dan memahirkan lagi corak penulisan (ada karakter tertentu), ada juga yang berblog kerana nak berkongsi pengalaman dengan orang sekeliling, ada yang kerana nak melepaskan tensen (berfungsi macam diari) dan macam-macam lagi la tujuan yang tak larat aku nak tulis di sini.
Aku sendiri, secara peribadinya menulis blog kerana nak berkongsi pengalaman dan pendapat yang ada dalam kotak fikiran kepada teman-teman di luar sana. Di samping mengurangkan kadar ketensenan(sorry aku dah ubah jadi perkataan BM) dalam diri. Kalau ada yang berpendapat menulis blog sebab menunjuk-nunjuk, itu silap. Lagi pun dalam zaman serba canggih, segala kemudahan serba lengkap di depan mata, apa salahnya kita gunakan dengan sebaiknya kan. Macam blog yang free ni juga. Merupakan satu media dan rantai penghubung kepada masyarakat.
Secara peribadinya, blog ni sendiri punya blog so terpulang jugalah apa yang teman-teman nak coretkan atasnya. Yang baik ke yang tak berapa baik ke terpulanglah. Itukan daya pemikiran masing-masing dan pendapat yang selama ini tak terluah di mulut. Selagi penulisan kita ni tak menyentuh sensitiviti kaum, agama, budaya etc maka teruskan je. Ber'blog' ni ada juga bahayanya bila ada orang salah tafsirkan apa yang kita tulis. Bak kata pepatah ' rambut sama hitam, hati lain-lain'. Akta media tu perlu juga kita sebagai blogger mengkajinya supaya tak sembrono je menulis di blog. Kang tak pasal-pasal pula ke lokap. Harapnya, aku sebagai blogger yang masih novis ni tak tersilap kata, tak tersalah langkah.
Sebelum ni rajin juga aku blog walking ke top-top blogger punya blog. Dari situ aku cuba contohi cara penulisan dan pendekatan mereka dengan keadaan sekeliling, dengan teman-teman yang seribu satu macam ragam. Memang aku kagum la, diorang ni tangani benda tu dengan cara yang paling bagus dan jayanya. Contoh top blogger yang aku rajin baca penulisannya macam redmummy (mak merah) dan justkhai.Masing-masing ada karakter cara penulisan yang tersendiri dan bila baca ayat pertamanya rasa nak baca ke ayat seterusnya.
Harapnya dengan ber'blog' ni dapat la menambah baik lagi cara penulisan dan susunan frasa ayat aku. Selain mematangkan daya pemikiran aku sendiri.
Sekian, salam 1 Malaysia.

Misi bantuan ke Gaza di serang.

Salam perpaduan,

Di pagi-pagi yang hening ni membuatkan tangan aku lincah menari di atas keyboard komputer. Sejak semalam mendengar berita bahawa misi bantuan ke Gaza di serang oleh Israel. Siapa Israel ni? semua orang pun tau sape israel ni kan. Tapi macam aku belum mendalami lagi siapa Israel sebenarnya. Hanya tau secara dasar sahaja. Oleh itu, aku pun mula meng'google' berkenaan Israel ni.


Israel ni kalau baca melalui wikipedia, penduduknya seramai 7.5 juta dan 5.7 juta daripadanya merupakan orang Yahudi. Banyak tu. Then aku try baca sejarah bani Israel ni. Merupakan bangsa yang pertama kafir kepada Nabi Muhammad S.A.W. Bangsa yang tak suka melihat umat Islam. Benci terhadap malaikat Jibril n banyak lagi. Selebihnya tu kalau nak tau cari buku 76 karakter yahudi dalam Al-Quran oleh Syaikh Mustafa Al-Maraghi dan disusun oleh Drs. M. Thalib. Kalau tengok sejarah asalnya orang yahudi asyik diseksa oleh bangsa lain. Cuba tengok semasa zaman Firaun dulu, Firaun mengarahkan anak laki-laki dalam bani Isreal mestilah dibunuh. Then bersambung dengan zaman Nazi. Hitler membunuh orang-orang Yahudi beramai-ramai dengan gas beracun (kalau tak silap aku). Cerita yang hampir serupa sahabat-sahabat boleh tonton, tajuknya "The boy in the Stripped Pyjamas" . Aku pernah tengok cerita ni di HBO or Star movies tak silap. Mesti ada ulangan lagi ni. Cerita ni menjurus kepada ideologi Nazi terhadap bangsa Yahudi tapi endingnya tragis. Sedih juga tengok cerita ni.

Itu tadi serba sedikit tentang yahudi ni . Apa yang aku nak katakan dalam entri kali ni ialah tindakan israel menyerang dan menembak sukarelawan ke Gaza ini ada satu perbuatan kejam yang dah melanggar undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa. Tapi siapa lah kita ni, hanya mampu bersuara tapi tak boleh pun buat apa-apa tindakan. Sedih dan sengsara jiwa hanya melihat umat Islam dilakukan sewenang-wenangnya oleh zionis ni. Jangan esok lusa umat Islam di Malaysia pula yang ditimpa hal sedemikian rupa. Tak sanggup aku.Marilah kita sama-sama berdoa pada Allah agar semua umat Islam dilindungi dari segala mata-mata kejahatan. Amin..