http://www.tdborneo.com.my/
Saje la entri kali ni nak cerita tentang pengalaman pendakian 10 tahun yang lalu. Sekarang dah gantung beg coz hubby tak suka la wife dia ni melakukan aktiviti lasak melasak ni. Apa nak buat, terima je lah walau terpaksa melupakan minat hiking ni.
Saje la entri kali ni nak cerita tentang pengalaman pendakian 10 tahun yang lalu. Sekarang dah gantung beg coz hubby tak suka la wife dia ni melakukan aktiviti lasak melasak ni. Apa nak buat, terima je lah walau terpaksa melupakan minat hiking ni.
Gunung tahan ni mcm yang semua dah tahu terletak di Pahang. Apa yang nak dimaklumkan ialah trek kami bermula dari Merapoh-Puncak(Gunung Tahan)-Kuala Tahan. Perjalanan bermula dari stesyen keretapi Tampin. Dengan beg dan ration yang berat. Memang mencabar. Bertolak dari Tampin jam 10-11 gitu, sampai di Merapoh hampir subuh. Kami turun dari keretapi terus menuju ke surau berdekatan untuk bersolat. Lepas solat kami terus ke Merapoh. Di sana kami tunggu lagi sehari sebelum memulakan pendakian. Kami menumpang di rumah kosong milik ranger hutan di Merapoh tu. So sempatlah memasak menggunakan gas yang kami bawa. Walaupun hidangan hanyalah sardin dan juga sayur kacang buncis. Tapi cukup menyelerakan. Keesokan paginya kami bertolak dr sg relau (if not mistaken sbb dah lama sgt n tak buat pun catatan perjalanan). Mulalah trekking. Dalam pada tu, ada group lain yang mendaki bersama kami. Group Matshushita. Lega sket sbb ada ramai yang mendaki gunung tu.
Untuk pengetahuan, aku memang tak de langsung pengalaman pendakian on that time. Cuma sebelum mendaki tu ada lah jogging hari2 nak bagi ada stamina. Memang dalam kepala asyik fikir yang aku bakal mati di Gunung Tahan tu. Bukan apa, sebelum naik tu aku dah dimomok-momokkan dengan pelbagai cerita dan azab rintangannya. Nak tarik diri dah terlambat sbb semua dah dibayar. Makanya berbekalkan semangat dan stamina yang tak berapa nak ada tu, teruskan juga cabaran pendakian untuk menawan Gunung Tahan.
Day 1
Pengalaman masa mula2 mendaki tu memang tak tau nak kata. Rasa nak menangis, rasa nak menjerit, rasa nak berputus asa pun ada. Apa pun aku nak berterima kasih dengan guide yang merendah2kan keupayaan aku, menyebabkan aku rasa tercabar dan teruskan juga pendakian. Sebenarnya dah tak de pilihan, nak turun dah jauh juga berjalan n tak der sape nak hantar aku balik semula ke Sg Relau. Sama ada aku teruskan perjalanan atau aku terpaksa berkubur kat situ. So aku teruskan mendaki. Dah lah beg berat. Barang aku bawa sama je berat dengan pendaki lelaki sbbnya ration tu diagihkan sama rata beratnya. Masa tu plak dengan berat aku cuma 40kg, ishh memang cabaran betul la.
Lepas beberapa jam berjalan n mendaki, kami pun berhenti di camp site. Kem Kor rasanya. Masa sampai tu, ada nampak ration group lain tersangkut tinggi atas pokok. Guide pun bgtau ration tu group MRSM yang punya. Kena gantung sbb diorang tak nak bawa ration tu naik. Berat n lagi pulak group tu akan turun balik melalui Sg. Relau juga.So kitaorang pun terus dirikan khemah masing2, mandi (air sungai tu sejuk mcm air batu) dan masak. Malam tu hujan renyai2. Makin sejuk jadinya. Lagi pulak dalam hutan tebal. Memang agak menyeramkan. Malam tu tak dapat tidur sbb terlalu penat dan ditambah plak lagi terdengar bunyi tapak kaki memijak ranting disekeliling khemah. Terbayang yang bukan-bukan masa tu. Binatang buas lah, makhluk halus lah.
Bila daki gunung ni, tengoklah tempat bermalamnya. Kadang2 tak mandi pun sbb air tak cukup. Air tu digunakan untuk benda wajib yang lain contohnya mcm solat, masak n gosok gigi je. Lepas camp site yang pertama, kami teruskan perjalanan lagi. Aku tak ingat dah nama-nama laluan yang aku lalui sbb masa tu roh mendaki ni belum meresap sepenuhnya dalam jiwa aku. Aku tak berapa nak igt dah nama tempat laluan pendakian. Antara yang aku ingat melalui permatang. Yang mana aku pengsan kat sini. Mungkin udara sangat nipis dan aku plak jenis paru2 tak cukup oksigen. Yang aku ingat bila member buka sweater, n aku terbau minyak cap kapak. Memasing hulur air. Masa tu rasa selamat sbb dalam group kami byk laki2. Group Matshushita pun tak lokek tenaga menghulur bantuan dan beri sokongan pada group kami. Lepas aku dah ok, perjalanan diteruskan, pendakian mmg mencabar di sini. Dari terpaksa memanjat batu, melalui duri pokok rotan, berpaut pada akat pokok saje. Memang pengalaman ni membuatkan individu tu lebih mensyukuri nikmat yang diberikan oleh-NYA. Walaupun ada perjalanan yang agak santai, tetapi halangan pokok rotan berduri membuatkan kami lebih berhati-hati, tambahan pula hujan sejak beberapa hari menyebabkan trek yang santai menjadi becak. Ini melambatkan lagi perjalanan kami.
Day 2
Esoknya kami meneruskan perjalanan ke base camp seterusnya . Bukit botak. Sepanjang perjalanan tu, tersangatlah dahaga sbb air dah habis. Nampak le satu lopak air yang agak keruh, tak de pilihan lain, keluarkan straw dari dalam beg n sedut le air tu. Sedap, tak sedap belakang kira. Sepanjang perjalanan tu byk betul panorama menarik yang tak dapat dilihat di tanah rendah. Pokok periuk kera selamba je tumbuh merata-rata. Kagum aku. Kemudian nak ke bonsai tu agak penat juga la mendaki. Otai2 gunung ni nasiblah baik hati tetap setianya menunggu kami yang agak slow mcm traktor berantai. Di Bonsai, memang cantik pandangannya. May be sbb suhu agak sejuk maka byk pokok terbantut (agaknya lah). So masa tu ada beberapa org member yang nak terkucil terpaksa le pergi dibalik pokok2 bonsai tu. Tapi kepala tetap nampak. Malu? darurat. Sume dah tak heran. Tak de masa pun nak skodeng2 sbb memasing menikmati pemandangan yang sangat indah.
Berehat skejap je n teruskan perjalanan ke Bukit Botak. Nama laluan sory tak ingatla. Nak naik Bukit Botak tu bercinta jugalah. Mencanak.Thanks Salleh(otai gunung ni) sbb sanggup tunggu n bagi semangat kat aku. Akhirnya dah gelap sampai juga kami di Bukit Botak. Badan dah la rasa tak selesa. Turun sket kat bawah, ada kolam batu. Kecik je la. Tak boleh berenang pun. Sekali pegang air, punya lah sejuk mcm ais. Tapi mandi juga sbb tak tahan rasa kotor. Habis je mandi badan menggigil mcm parkinson dah. Aku tak boleh nak makan pun sbb sejuk sgt kat Bukit Botak tu. Walaupun member buat unggun. Tetap tak hilang sejuk. Jari aku kebas dan membengkak. Terus aku masuk khemah. Tidur dalam sleeping beg. Menggigil juga. Ni belum sampai puncak lagi..
Note :. Bersambung Part 2
Berehat skejap je n teruskan perjalanan ke Bukit Botak. Nama laluan sory tak ingatla. Nak naik Bukit Botak tu bercinta jugalah. Mencanak.Thanks Salleh(otai gunung ni) sbb sanggup tunggu n bagi semangat kat aku. Akhirnya dah gelap sampai juga kami di Bukit Botak. Badan dah la rasa tak selesa. Turun sket kat bawah, ada kolam batu. Kecik je la. Tak boleh berenang pun. Sekali pegang air, punya lah sejuk mcm ais. Tapi mandi juga sbb tak tahan rasa kotor. Habis je mandi badan menggigil mcm parkinson dah. Aku tak boleh nak makan pun sbb sejuk sgt kat Bukit Botak tu. Walaupun member buat unggun. Tetap tak hilang sejuk. Jari aku kebas dan membengkak. Terus aku masuk khemah. Tidur dalam sleeping beg. Menggigil juga. Ni belum sampai puncak lagi..
Note :. Bersambung Part 2
0 comments:
Post a Comment