http://www.tdborneo.com.my/
Bila tenung topik entri kali lama-lama mesti sakit matakan? Bukanlah semua yang tenung sakit mata. Hanya orang-orang yang tertentu sahaja. Orang tertentu tu aku lah, siapa lagi. Tiada unsur sindiran atau menyentuh dengan yang hidup atau yang mati ya. Firstly, yang tak kerja kerajaan mesti ada yang agak kabur dengan huruf awalan di depan tu kan. DG tu sebenarnya mewakili perjawatan dalam perguruan, kalau bahagian kewangan macam bahagian audit biasanya mula dengan W, dan kalau kementerian kesihatan perjawatan bermula dengan huruf U, kalau tak silap aku lah. Kalau silap sila betulkan. Yang lain-lain tu bolehlah rujuk sendiri dalam http://www.spa.gov.my/.

Kenapa ramai cikgu yang bersungut tentang benda ni. Apa bezanya? ha, ni lah yang aku nak terang sebab aku secara langsung juga terlibat dalam nombor yang istimewa kat atas tu bukan nombor ekor ya. Ceritanya bermula begini, aiseh macam nak buat cerita rimba la pulak. Andainya aku ni cikgu yang diploma dari maktab perguruan je. Bila keluar, gred jawatan aku ialah DGA29. Lepas 5 tahun, aku pun sambung lah belajar secara jarak jauh (PJJ). PJJ ni kan ambil masa 4 tahun baru habis. So 5 tahun servis + 4 tahun belajar PJJ jumlahnya 9 tahun. Lepas habis belajar penat-penat mestilah kita nak up gradekan diri ke DG41 sebab gajinya besor sikit. Gred DGA29 ni nak ke DGA32 pula mestilah 10 tahun (time based). So ada sesetengah orang tak mohon DG41 dulu, sabor setahun then apply DG32, lepas dapat surat lantikan baru mohon DG41. Sile le layari http://www.spp.gov.my/. Ada pula yang tak nak ambil risiko, lepas habis PJJ je terus apply DG41 walhal pada masa tu dah kira 8-9 tahun servis. Bila dipanggil interview lulus la pula. Tak lama lepas tu terus dapat surat lantikan DG41. Kiranya tak de la individu ni melalui DG32. So basic DG41 ialah "tuttt" (check sendiri) sensitif ni. Manakala basic DG32 "tutt" (check sendiri). Tapi kesimpulannya basic DG32 tu banyak sket la dari DG41 .Kalu fresh graduate tak rasa ralat pun pasal benda ni. Berbeza ya keadaannya.
Lain pula keadaan kalau orang tu dari DG29, after 5 years ambil PJJ, kemudian tahun ke-10 tu dia mohon dulu DG32 (dah naik banyak kat sini ya),lepas beberapa bulan dia mohon pula DG41 yang dia simpan buat khazanah setahun tu. Bila lulus interview dan dapat surat lantikan, maka akan naik gaji DG41 yang paling hampir dengan DG32 tadi. Tambah pula lagi hadiah satu kenaikan tangga gaji (ini khas untuk cikgu yang dah servis dulu then baru sambung belajar ya). Cuba tengok berapa kenaikan dah? boleh tahan lah kan. Bila bincang isu ni kang ada yang cakap cikgu ni sibuk kira gaji, kerja macam tak ikhlas. Gaji yang kami dapat bukan lah untuk beli baju je manjang (kang ada lagi yang kata sekolah dah macam pentas peragaan). Duit gaji tu la yang diberi untuk keluarga, ada juga sebahagian kecil beri kepada anak murid. Walau pun bukan dalam bentuk wang ringgit, tapi bila murid dapat A dalam subjek kita, kita rasa seronokkan? nak juga bagi hadiah walau tak mahal mana. Kalau murid dapat jawab soalan. Dapat gula-gula. Kalau murid tu dah penat menjadi ayam tambatan kita, kita belanja dia makan KFC, McD dan paling koman pun nasi ayam. Kadang mesin fotostat sekolah rosak kena pula fotostat di luar. Hujung tahun buat jamuan, ramai cikgu2 tak kedekut sponsor untuk jamuan kelas masing-masing. Yang seringnya, melatih murid dalam sukan, pertandingan aktiviti, kelas tambahan kena juga guna beli minyak kereta. Ini bukanlah satu ungkitan apa yang kita dah habiskan sebab benda tu ikhlas. Tapi kalau ada bunyi-bunyi di belakang yang kata sebegitu rupa, maka perlu diperjelaskan sebab musababnya. Harap maklum.
Note :. Aku suka jadi guru kerana pekerjaan yang mulia. Berkorban untuk anak bangsa demi negara tercinta.

0 comments:
Post a Comment