Pusat Sumber? Emm.. sama la juga dengan perpustakaan dan khutub khana. Orang dulu-dulu tau la khutub khana ni kan? Aku pun tau sejak pegang jawatan guru pusat sumber ni je. Janganlah ditanya apa perasaan aku menjadi guru pusat sumber ni. Dengan tiba-tiba je nanti aku rasa nak demam. Lupakan la tentang cabaran kerja sebagai guru pusat sumber ni. Apa yang aku nak ceritakan ialah berkenaan buku-buku yang kita selalu beli.
Ramai di kalangan kita ni sebenarnya suka membeli buku. Kalau tak beli buku untuk bacaan sendiri, mesti beli buku untuk anak, untuk adik, abang, anak buah, suami, pak mertua, mak mertua dan siapa-siapalah yang ada di sekeliling kita. Bila kita dah habis baca, apa biasanya kita buat dengan buku tu? Kajian yang aku dah buat secara tidak langsung ialah bila dah habis baca buku, ada yang simpan dalam almari (esok dah bercucu barulah nak bawa keluar balik) itu pun kalau anak-anai tak sempat nak jadikan hidangan santapan, ada yang sedekah kat orang atau pihak berkenaan ( mulia hati anda), ada juga yang buat umpan api (bakar). Yang simpan dan sedekah tu tak lah aku rasa ralat. Tapi yang bakar buku tu, aku pula tiba-tiba rasa sayang kat buku tu. Sebab bukan senang nak dapat buku yang kadang-kadang baik isinya. Hanya jauhari mengenal manikam. Kemudian, dari segi harga pula walaupun ada yang beli buku murah dan ada yang mahal harganya tapi tetap beli guna duitkan? Berharga tu.
Jadi apa kata mulai hari ini, sahabat-sahabatku sekalian cuba kelaskan buku dengan cara yang lebih sistematik. Apabila kita urus buku-buku tu dengan lebih bersistem, Insyaallah rasa suka nak tengok sebab senang nak diakses. Boleh juga pinjamkan pada kawan-kawan lain. Tak payahlah buat details sangat macam yang diproses di pusat sumber. Buat je yang simple. Tapi nak ingatkan, biasanya kita kelaskan buku ni mengikut sistem pengelasan perpuluhan dewey ( kena tau juga namanya sebab ada masuk dalam periksa PTK). Mula-mula, buku yang dah lama tak berusik ni asingkan ikut jenis-jenisnya. Macam mana nak asingkan? Kalau yang berunsurkan sains tu letak satu tempat, kalau berkenaan sejarah satu tempat yang lain, kalau ada berkenaan geografi atau bentuk muka bumi atau tentang sesuatu tempat asingkan pula di satu tempat, kalau buku berkenaan management/pengurusan letak sesama dia je dulu. Kalau tak ada masa biarkan je dulu. Sekarang sahabat semua dah tau kan. Kalau ada anak-anak yang dah bersekolah tu bolehlah latih mereka ni untuk asingkannya. Janganlah anggap remeh, leceh, atau buang masa. Nanti akan diceritakan berkenaan kebaikan belajar mengkelaskan buku ni pada anak-anak dan diri kita sendiri.
Kat bawah ni, ada disertakan ringkasan pertama sebagai panduan nak asing-asingkan buku tadi.
RINGKASAN PERTAMA
000 - KARYA AM100 - FALSAFAH
200 - AGAMA
300 - SAINS KEMASYARAKATAN
400 - BAHASA
500 - SAINS TULIN
600 - TEKNOLOGI
700 - KESENIAN
800 - KESUSATERAAN
900 - GEOGRAFI, PENGEMBARAAN,BIOGRAFI DAN SEJARAH
Nanti ada yang tanya, ringkasan pertama tu apa? Ada lagi ringkasan kedua dan ketiganya, tapi cukuplah sekadar ringkasan pertama sebab buku ni untuk diletakkan di rumah je kan. Kalau di pusat sumber biasanya sampai ke ringkasan ketiga kerana mempunyai bilangan buku yang beriban-riban so mudahlah nak diakses nanti. Jadi selamat mengasing ya. Berhenti dulu setakat ni, akan disambung pada bahagian kedua.
Note :. Aku bukanlah pandai sangat bab proses buku ni. Tapi dah tau sikit-sikit ni rasanya tak salah berkongsi kan? Pada yang minat nak membaca coretan aku ni amatlah dialu-alukan. Pada yang rasa ianya membuang masa tak payahlah nak kata apa-apa. Sekian adanya.
0 comments:
Post a Comment