Seperti yang aku janjikan, akan bersambung cerita tentang haiwan peliharaan part 2. Entri yang lepas aku cerita tentang kucing. Selepas kematian kucing2 aku yang agak tragis tu, aku bertukar pula kepada membela tupai. Oh, tapi ni bukan tupai kampung ya, aku bela tupai korea. Tupai korea tu macam gambar kat atas tu. Masa mula-mula pergi ke pet shop tu aku ingat nak beli kura2 kecil yang warna hijau tu. Tapi bila difikirkan, kura2 tu tak berapa comel. Akhirnya di sana aku ternampak beberapa ekor tupai yang agak unik. Begitu aktif bersenam pula. Aku pun sambar la 2 ekor. Masa tu seekor saje harganya RM65. Sangkar pula RM40 so total RM170 aku kena bayar kat tokey pet shop for that day. Sengih uncle tu bila aku bayar. Dah le tak mo kasi less. Cesss..
First day sampai rumah, tupai2 ni nampak macam mogok je aku tengok. Yang jantan tu tak berhenti bersenam n tak nak makan. Yang betina tu ok lagi, cuma nampak monyok. Esoknya balik dari kerja aku tengok tupai jantan tu dah terbaring je.Nafas dia turun naik. Macam kena sakit jantung. Aku cubalah juga selamatkan tupai ni. Apa aku buat? heheheh..aku ambik straw n aku hembus ikut mulut ke mulut guna that straw.Ala-ala CPR gitu. Tapi tak berhasil. Tupai tu mati di tapak tangan aku. Sadis betul. Petang tu juga aku korek lubang n tanam tupai tu. Aku cacak la ranting kayu atas kubur dia. Tinggallah yang betina. Hari-hari aku bagi tupai tu makan epal hijau. Naik botak kepala aku belanja dia makan epal. Kalau sebiji epal dia makan tak pe la. Tupai tu makan biji epal hijau tu je.Ala yang kat tengah tu. Selebihnya tupai tu buang. One day, lepas aku bagi makan, aku lupa nak tutup sangkar tu. Tengah aku baring-baring kat bilik (maklumlah masa tu pregnant), aku terdengar bunyi plastik. Bila aku check tengok, alahai tupai tu dah naik atas sinki selongkar benda dalam plastik. Apa lagi, aku hambat la tupai tu nak masukkan balik dalam sangkar. Sebab tupai tu kecik, jadi tupai tu menyelinap celah sana n sini. Akhirnya tupai tu melarikan diri ikut celah bawah pintu dapur. Meraunglah jugak aku. Masa tu baru teringat yang aku tengah pregnant anak sulung. Mujurlah tak mengenan ke apa. Aku rasa sekarang tupai tu dah berkembang biak apa dengan tupai kampung yang ada sekeliling taman aku tu. Mesti cantik hasil kacukan anak2 tupai tu.
Note :.Bersambung part 3
0 comments:
Post a Comment